Thursday, July 31, 2008

Pengajaran Hidup: Nikmati Hidup Atau Baik Mati Saja

'Dying is one thing to be sad about, living unhappily is another thing.' -Morrie Schwartz-

Aku membesar dengan belajar dari pengalaman aku dan pengalaman manusia lain.

Aku belajar mengenai kehidupan dan ragam hidup manusia.

Kehidupan yang tak sentiasa indah, tak seperti syurga.

Dugaan, cabaran, masalah datang sepanjang perjalanan hidup.

Aku membesar dengan belajar yang dugaan, cabaran, masalah ini perlu aku hadapi dan selesaikan.

Aku belajar bukan semuanya dapat dihadapi dan diselesaikan dengan mudah.

Kehidupan begini buat hidup jadi menarik, lebih bermakna.

Aku dan kamu patut belajar; nikmati hidup atau baik mati saja!

UITM Business Day 2008

Our Happiness and Art Syndrome will be there, at Padang Kawat, UITM Shah Alam from 1 August till 3 August 2008.

Do come and enjoy the event!

Wednesday, July 30, 2008

From Kuala Kangsar..." (The Second Leg)

R A Fine Arts and School of Arts USM
cordially invite you to the opening of

"From Kuala Kangsar..." (The Second Leg)
An Exhibition featuring the creative side
of those who have walked through the hallways of MCKK

Which will be launched by
Prof. Tan Sri Dato' Dzulkifli Abdul Razak
Vice Chancellor, Universiti Sains Malaysia


Date : Wednesday, 6th August 2008
Time : 3 pm
Venue : Galeri Budaya Rekacipta dan Inovasi, Universiti Sains Malaysia (USM), Penang


"From Kuala Kangsar..." (The Second Leg) showcases the various talents of those who have walked through the hallways of Malay College Kuala Kangsar.

The works exhibited include photographs, paintings, sketches, books and other articles of writing by alumni who have traversed the various fields of administration, academia, business and the professions. They also include those who have served in the public terrain as Rulers, Ministers, and sundry members of the Executive at all levels.

R A Fine Arts hopes "From Kuala Kangsar..." (The Second Leg) will project a lesser known dimension to the trajectories undertaken by the alumni.

For further details, please call 03 2161 7341.

Pengajaran Hidup: Tak Perlu Puaskan Semua Orang

Balik dari kelas, aku duduk depan PC. Chat sekejap dengan perempuan yang ajak aku ke pasar petang ni.

Aku: "Jadi tak nak pergi pasar petang ni?"

Perempuan: "Jadi la, tapi sudi ke naik kereta aku yang buruk ni."

Aku: "Alaa, kau merajuk lagi ke sebab aku tak tumpang kau?"

Perempuan: "Takde la, bukan kau lagi suka naik kereta lain ke?"

Aku: "Mana ada camtu. Aku suka je naik kereta kau."

Perempuan: "Alaa, tak perlu la kau pura-pura."

Aku: "Betul la. Aku suka je naik kereta kau. Cuma kadang-kadang susah nak puaskan semua orang."

Perempuan: "Tak perlu pun puaskan semua orang. Just choose and stick to it. Like if you have so many girl friends, you can't fuck and satisfy everybody, right?"

Aku: "Hahaha. How if I choose to fuck and try to satisfy everybody?"

Perempuan: "Yeah. You are dreaming..."

Pengajaran Hidup: Bukan Semua Nyah Feminin

Bangun pagi lambat, aku dan teman bergegas ke lecture hall. Dalam perjalanan, terserempak dengan Nyah yang baik dengan teman aku.

Teman: "Nyah, kenapa aku cam familiar je dengan baju kau ni? Kau pakai baju semalam eh?"

Nyah: "Alaa, kau ni Nyah suka la kantoikan aku. Baju ni wangi lagi tau, aku pakai je la lagi hari ni."

Teman: "Kau ni Nyah, memang ada wardrobe malfunction la."

Nyah: "Eee, benciiiii la kau ni Nyah."

Tuesday, July 29, 2008

Indie Rockshow

Sky Juice Coffee dan band-band lain akan menghiburkan peminat-peminat muzik underground sempena Indie Rockshow bertempat di Stadium Merdeka pada hari Ahad, 3 Ogos 2008.

Come and join the crowd. See you guys there!

Hidup Adalah Perjuangan #7

Aku dan kamu patut belajar dan fahami ideologi ini.

Nampak mudah, tapi belum tentu berjaya dilaksanakan dalam kehidupan harian.

Jadi, terus perjuangkan ideologi ini tanpa putus asa!

Pengajaran Di Waktu Pagi

Jangan mudah sekali untuk menterjemahkan peribadi manusia hanya bersandarkan pada rupa luaran.

Jangan mudah sekali untuk percaya pada cakapan manusia lain jika kita belum ada bukti yang kukuh.

Jangan mudah sekali untuk berbicara tanpa memikirkan akibat yang menyusul dari apa yang dibicarakan.

Sunday, July 27, 2008

Hidup Adalah Perjuangan! #6

Kita membesar dengan belajar dari kesilapan dan pengalaman silam.

Kita kejar impian dan cita-cita hidup kita.

Kita yang perjuangkan hidup kita.

Kita yang tentukan hidup kita.

Hujung Minggu di Kota Keriangan



Sepanjang MRR2 minda melayang, fikir aktiviti untuk dilakukan bersama teman-teman.

Jumpa teman-teman, kami sepakat menghabiskan hujung minggu di Genting Highlands.

Udara malam yang dingin, udara pagi yang segar buat kami tenang, gembira bersama.

Friday, July 25, 2008

Carian Yang Mengimbau Kenangan Lama

Bosan tiada kerja, aku jenguk Site Meter lihat kunjungan pembaca blog ini. Salah satu link datang dari carian Google mengenai Grace Margaret MCKK. Grace Margaret, guru fizik yang menjadi pujaan dan juga igauan bagi pelajar-pelajar MCKK.

Sifat prihatin yang sering bertanya keadaan terkini pelajar, nasihat dan ceramah percuma di kala pagi, Chicken Soup for the Soul untuk mengembalikan suasana ketika sesi pembelajaran Fizik menjadi bosan. Bagi aku ini memang jadi pujaan mana-mana pelajar.

Suara nyaring yang boleh kedengaran dari jarak 1 batu, sesi potong rambut panjang pelajar tingkatan 5, sesi pelajar didenda dengan pelbagai jenis dan bentuk hukuman. Bagi aku ini memang jadi igauan mana-mana pelajar.

*

2003.

"Ameirul ni yang merosakkan Irzani," kata Grace Margaret pada seluruh kelas 5 Sains 3. Aku tergamam. "Apa salah aku sampai dituduh merosakkan kawan aku yang sememangnya sediakala rosak?" soal aku dalam hati, pasrah dituduh.

"Cikgu Grace, minggu depan dah nak SPM. Saya minta maaf banyak-banyak, doakan saya dapat jawab soalan Fizik nanti," pohon aku penuh belas ihsan minta kemaafan dan keberkatan ilmu. "Kamu ingat, senang-senang saja kamu buat salah dan minta maaf. Kamu runtuhkan bangunan Big School dan kamu ingat senang-senang boleh minta maaf pada old boys?" soal Cikgu Grace dengan analogi gilanya.

*

2004.

Sesi mengambil keputusan peperiksaan SPM dari cikgu kelas, Cikgu Grace. Lihat slip keputusan SPM, kira jumlah A dan B. Semua sekali ada 6A dan 3B. Subjek paling teruk pasti sahaja subjek yang tiada keberkatan dari cikgu. Fizik dapat B4. Aku diam, malas banyak bicara. "Tunggu aku buktikan yang aku akan berjaya nanti," bisik aku dalam hati beri kata-kata semangat pada diri sendiri.

*

2005.

Sambutan 100 Tahun MCKK. "Cikgu Grace, saya dah masuk UTP, buat Mechanical Engineering," kata aku dengan bangga dan ceria. "Dulu malas belajar, masih mahu cari makan dengan Fizik," balas Cikgu Grace dengan bunyi yang masih belum dapat menerima yang aku sedang melakukan perubahan pada diri.

*

(Masa depan - 2010).

Perjumpaan Hujung Minggu Murid-Murid Tua. "Cikgu Grace, saya dah kerja jadi engineer," kata aku dengan bangga. "Wah, baguslah kamu sudah ada kerjaya, sudah jadi engineer. Ini semua berkat saya ajar kamu Fizik," balas Cikgu Grace bangga.

*

Semoga masa depan akan seindah impian. Semoga impian akan jadi kenyataan. Tunggu aku buktikan yang aku bukan cebisan hampa yang boleh dipandang sebelah mata. Kita jumpa lagi 2 tahun dari sekarang untuk pastikan aku boleh berbangga dengan pencapaian diri sendiri.

Permulaan Baru, Harapan Baru

Final Year Project Title
Analysis of CO2 corrosion behavior at high temperature using Electrochemical Impedance Spectroscopy

UTP, dunia lama yang ditinggalkan selama 8 bulan kini dikunjungi semula untuk tempoh 10 bulan lagi. Dunia yang akan dilalui dengan seribu satu cerita yang aku harap akan lebih banyak dipenuhi kisah dari kayangan berbanding kisah dari neraka.

Permulaan baru di UTP dipenuhi dengan pelbagai harapan baru. (Lihat tajuk di atas), lihat kesungguhan aku mengikut nasihat supervisor di Carigali Hess yang mencadangkan supaya aku jadi pakar pengkaratan karbon dioksida yang kini sangat diperlukan oleh mana-mana syarikat yang memiliki platform yang sudah usang dibina sejak zaman Parameswara.

Harapan baru aku untuk tahun akhir di UTP, semoga bimbingan MCI boleh menjadikan aku pakar pengkaratan karbon dioksida yang dibayar dengan bayaran yang tinggi jadi kenyataan.

"Eh, baru 5 hari balik UTP dah balik KL semula? Boleh berjaya ke harapan baru? Camni pudar la harapan I nak minta duit U bila dah kerja nanti," gurau kakak tanpa aku ambil peduli.

Siapa SC, Kamu Mahu Tahu? #Finale

Kisah ini telah tamat, sudah dibawa pergi angin hampa masuk ke dalam lubang hitam.

Sudah ada titik noktah, jangan kamu persoalkan lagi.

Thursday, July 24, 2008

Hearts & Fragile Things

'Hearts may break, but hearts are the toughest of muscles able to pump for a lifetime, seventy times a minute, and scarcely falter along the way.' -Neil Gaiman-

Aku baca ayat dari novel Fragile Things ini berulang-kali.

Aku sumbat ayat ini masuk ke dalam medulla oblongata supaya aku tidak lupa.

Aku fikir tentang peristiwa yang buat aku kecewa, buat aku sedih.

Aku orang yang mudah terusik, senang kecewa dan senang murung.

Pengalaman buat aku belajar mengenai kehidupan, belajar mengenai manusia.

Aku tentang apa-apa yang buat aku kecewa dan murung.

Aku herdik pada hati supaya jadi lebih kuat, jangan mudah kaput.

Pengalaman buat aku lebih mudah untuk menerima kenyataan, untuk gagah perjuangkan hidup.

Aku mahu hati ini jadi otot yang paling kuat dan tidak mudah kaput.

Aku yakin dengan apa yang ditakdirkan, aku akan terus perjuangkan hidup ini.

Wednesday, July 23, 2008

People Don't Change

Kenyataan yang kini berjaya dibuktikan.

Perempuan sial akan tetap jadi perempuan sial sampai bila-bila.

Sesuatu Yang Hilang Pasti Dihargai #3

Renung keluar, yang aku nampak hanya pagi yang gelap.

Kosong dan tiada isi, sunyi dan tiada nyawa.

Ramai yang sudah tidur dibuai mimpi indah, aku pula masih setia di depan PC.

Menterjemahkan apa yang bermain di minda ke dalam bentuk penulisan.

Aku terasa kehilangan suasana di tempat praktikal yang sentiasa buat aku sibuk.

Aku terasa kehilangan kehidupan malam di KL bersama teman-teman baik.

Renung keluar, aku berharap hari-hari mendatang akan jadi lebih bermakna.

Terjaga Dari Mimpi, Aku Ingin Bermimpi Kembali

Seperti tak percaya, aku berada di UTP.

Mengharungi 2 hari yang aku rasa sangat panjang dan kosong.

Lihat teman-teman sibuk ke sana ke sini, aku pula tenang seperti tiada apa-apa yang berlaku.

2 hari jasad aku bergerak tanpa jiwa ikut bersama.

Jasad aku di UTP tapi roh aku masih terbang melayang, hilang tak tahu ke mana.

Aku masih mencari tujuan jasad ini berada di UTP.

Aku masih mencari hala tuju hidup sehingga akhir tahun ini.

Mencari sesuatu yang boleh buat aku bangun pagi dengan penuh semangat dan inspirasi.

Yang pasti buat masa sekarang, aku masih ingin bermimpi kembali.

Tuesday, July 22, 2008

Lihat Kegelapan Malam, Apa Perancangan Untuk Aku?

Bila Allah cepat makbulkan doamu, Maka DIA menyayangimu.

Bila Allah lambat makbulkan doamu, Maka DIA ingin mengujimu.

Bila Allah tidak makbulkan doamu, Maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.

Monday, July 21, 2008

Terjaga Dari Mimpi, Aku Ingin Tidur Semula

*Gelap* *Gelap* *Gelap*

Aku buka mata, mencari cahaya yang boleh menerangi kegelapan.

Gagal, aku tutup mata kembali.

Aku bermimpi, mimpi yang sangat lama dan panjang.

Mimpi yang sangat jelas dan seperti nyata

Aku menghabiskan masa seminggu selepas tamat praktikal di Carigali Hess.

Pura-pura rajin sana sini dengan harapan tak perlu sambung belajar di UTP lagi.

Habis praktikal, aku lihat SC pergi bersama teman lelaki yang disayangi.

Aku lihat diri sendiri cuba mengadaptasi segala perubahan yang berlaku.

Mimpi yang panjang ini buat aku keliru, rasa seperti nyata.

"Oit, bangun pergi kelas," sayup-sayup terdengar ada suara memanggil.

Aku buka mata lihat sekeliling, aku pandang luar, aku hela nafas panjang.

Seperti tak percaya, aku berada di UTP.

Sunday, July 6, 2008

Hipotesis Di Tengahari

Eventhough you have done so many good things, people will still judge you based on one bad thing that you did.

Hipotesis Di Pagi Hari

Aku memang tercipta untuk dibenci oleh perempuan.