Friday, July 25, 2008

Carian Yang Mengimbau Kenangan Lama

Bosan tiada kerja, aku jenguk Site Meter lihat kunjungan pembaca blog ini. Salah satu link datang dari carian Google mengenai Grace Margaret MCKK. Grace Margaret, guru fizik yang menjadi pujaan dan juga igauan bagi pelajar-pelajar MCKK.

Sifat prihatin yang sering bertanya keadaan terkini pelajar, nasihat dan ceramah percuma di kala pagi, Chicken Soup for the Soul untuk mengembalikan suasana ketika sesi pembelajaran Fizik menjadi bosan. Bagi aku ini memang jadi pujaan mana-mana pelajar.

Suara nyaring yang boleh kedengaran dari jarak 1 batu, sesi potong rambut panjang pelajar tingkatan 5, sesi pelajar didenda dengan pelbagai jenis dan bentuk hukuman. Bagi aku ini memang jadi igauan mana-mana pelajar.

*

2003.

"Ameirul ni yang merosakkan Irzani," kata Grace Margaret pada seluruh kelas 5 Sains 3. Aku tergamam. "Apa salah aku sampai dituduh merosakkan kawan aku yang sememangnya sediakala rosak?" soal aku dalam hati, pasrah dituduh.

"Cikgu Grace, minggu depan dah nak SPM. Saya minta maaf banyak-banyak, doakan saya dapat jawab soalan Fizik nanti," pohon aku penuh belas ihsan minta kemaafan dan keberkatan ilmu. "Kamu ingat, senang-senang saja kamu buat salah dan minta maaf. Kamu runtuhkan bangunan Big School dan kamu ingat senang-senang boleh minta maaf pada old boys?" soal Cikgu Grace dengan analogi gilanya.

*

2004.

Sesi mengambil keputusan peperiksaan SPM dari cikgu kelas, Cikgu Grace. Lihat slip keputusan SPM, kira jumlah A dan B. Semua sekali ada 6A dan 3B. Subjek paling teruk pasti sahaja subjek yang tiada keberkatan dari cikgu. Fizik dapat B4. Aku diam, malas banyak bicara. "Tunggu aku buktikan yang aku akan berjaya nanti," bisik aku dalam hati beri kata-kata semangat pada diri sendiri.

*

2005.

Sambutan 100 Tahun MCKK. "Cikgu Grace, saya dah masuk UTP, buat Mechanical Engineering," kata aku dengan bangga dan ceria. "Dulu malas belajar, masih mahu cari makan dengan Fizik," balas Cikgu Grace dengan bunyi yang masih belum dapat menerima yang aku sedang melakukan perubahan pada diri.

*

(Masa depan - 2010).

Perjumpaan Hujung Minggu Murid-Murid Tua. "Cikgu Grace, saya dah kerja jadi engineer," kata aku dengan bangga. "Wah, baguslah kamu sudah ada kerjaya, sudah jadi engineer. Ini semua berkat saya ajar kamu Fizik," balas Cikgu Grace bangga.

*

Semoga masa depan akan seindah impian. Semoga impian akan jadi kenyataan. Tunggu aku buktikan yang aku bukan cebisan hampa yang boleh dipandang sebelah mata. Kita jumpa lagi 2 tahun dari sekarang untuk pastikan aku boleh berbangga dengan pencapaian diri sendiri.

5 comments:

Anonymous said...

sian irzani tu..dia mesti bdk yang amat baik..kamoo ni jae..jgn la rosakkan bdk tu.dia tu akn jd CEO nnt.insyaallah..nnt ko same2 dia g jmpe Cikgu Grace..

Hariry Ariffin said...

Grace = Chicken soup for the soul + Physics

Selamat Pagi Jae.

Anonymous said...

agaknye2 ape lah yg grace margaret sumpah kat budak yg penah depan2 die mengutuk bangsa kelahiran die? sumpah sampai mati pon aku xnk jmpe die!!hahaha

Pintukecemasan said...

come on.grace margaret je dude.

alah bisa,tegal biasa.

dia pun macam sheila majid.

LAGENDA.

Ameirul Azraie Bin Mustadza said...

Kita belanja la cikgu Grace. Nanti dia maafkan la kita secara berjemaah. Hahaha.