Saturday, November 29, 2008

Aku suka kawan yang dah bekerja.

Restoran SS2 Murni.

Ahmoi: "Mau makan apa?"

Aku: "Saya nak Nasi Goreng Chicken Maryland dengan Air Tembikai Special."

Bob: "Sama dengan dia."

Izat: "Bagi Nasi Goreng Chicken Maryland dengan Air Laici."

Wan: "Murtabak Special dengan Air Carrot Special."

Af: "Erm..Makan bagi Chicken Chop Biasa dengan Air Honeydew Biasa."

Selesai makan.

Aku: "Tauke, mau kira.."

Tauke: "Kira sekali ke asing..?"

Aku: "Erm..." sambil mata pandang kawan yang dah bekerja.

Bob: "Kira sekali la tauke," sambil buka wallet yang tebal dengan duit RM50.

Aku: "Yeay, makan free!" kata aku dalam hati.

Wan: "Alhamdulillah."

P/S: Bob, nanti tiap-tiap minggu kita date kat Murni,ok? Ouh, jangan lupa bawa wallet tebal dengan duit RM50 sekali!

AmeirulStreet.com

Optima Radikal, the company where I'm working right now is looking for a Mechanical Engineer, preferably 6-12 months of experience in oil & gas industries. Fresh graduates can also be considered. If you guys are interested for this position, send your application to me at ameirularaie@gmail.com

Better hurry up because I will only be working till 16th of January 2009 before I continue back my study in my final semester. Happy weekend!

P/S: Jangan lupa datang ARTrage Lab at Soho KL by Bijou Bazaar!

Tuesday, November 25, 2008

ARTrage Lab @ Soho KL

Art Syndrome will be taking part in Bijou Bazaar's latest instalment: ARTrage Lab at Soho KL in conjunction with its Grand Launch.

Do come by for some Christmas shopping as there will be lots of clothes & crafts up for sale.

Also, check out indie band performances lined up for this event.

Dates: 29 & 30 November 2008
Venue: North Atrium, 1st Floor, Soho KL, Solaris Mont Kiara, 2 Jalan Solaris, 50480 Kuala Lumpur
Operating Hours: 12.00pm - 9.00pm

Map to Soho KL @ Solaris Mont Kiara
For more info, please contact: Jae at +6012 931 3180 or +6019 212 4240

Engineer, am I?

Esh - Send everyone in Leo team an email to introduce Ameirul as our office Project Support Engineer.

Aku dah mula bekerja semalam, bukan sebagai pekerja tetap tapi lebih sebagai kerja masa cuti semester.

Tapi, posisi sebagai Project Support Engineer buat aku rasa teruja walaupun aku hanya akan bekerja untuk 7 minggu.

Nanti aku cerita lebih lanjut pasal kerja ni.

P/S: Siapa yang nak belanja lunch boleh datang ke Menara AA, Jalan Tun Razak.

Sunday, November 23, 2008

It's been awhile...

Speechless.

Monday, November 3, 2008

Lisa, siri pertama.

13 September 2009.

Aku berada di stesen bas Seri Iskandar. Sedang duduk menunggu bas untuk ke Kuala Lumpur. Lihat jam tangan, sudah menunjukkan 11.00 pagi. Terik matahari sudah mula terasa lebih-lebih lagi bila tiada angin bertiup. Peluh di dahi mula meleleh perlahan ke bahagian pipi. Aku ambil tisu di dalam poket seluar yang aku beli semasa ke tandas tadi dan aku sapu seluruh muka untuk menghilangkan peluh yang meleleh.

Aku sedang duduk di salah sebuah bangku di stesen bas tersebut; di antara seorang perempuan Melayu yang aku rasa dalam lingkungan pertengahan 40-an dan seorang pelajar lelaki dari UTP berdasarkan t-shirt ConvoFair'o8 yang dipakai olehnya. Aku teguk air soya yang aku beli tadi untuk menghilangkan rasa kering di tekak. Bas yang sepatutnya sampai jam 10.30 pagi tadi tidak juga kelihatan.

Sedang aku menunggu bas dari Lumut yang akan mengambil penumpang untuk ke Kuala Lumpur, fikiran aku melayang memikirkan tentang mimpi sebelum aku terjaga Subuh tadi. Mimpi yang aku rasa seperti nyata. Dalam mimpi itu, aku sedang duduk di perhentian bas yang kelihatan sangat usang, menunggu bas untuk pergi ke Kuala Lumpur pada waktu malam dalam keadaan hujan lebat yang tidak henti-henti mencurah. Tiada kereta ataupun manusia yang lalu-lalang.

Aku pandang sekeliling, mencari apa-apa petanda untuk dijadikan petunjuk di mana aku berada sekarang. Tapi aku kecewa. Keadaan sekeliling gelap-gelita. Lampu-lampu jalan juga tidak berfungsi. Hujan semakin lebat. Aku menggigil kesejukan memeluk tubuh yang hanya berbalutkan baju jenama GAP warna hitam lusuh yang aku beli di Singapura 5 tahun lepas. Puas aku berfikir bagaimana aku boleh berada di tempat yang aku sendiri pun tidak tahu di mana.

"Ponnn..Ponnn," tiba-tiba terdengar bunyi hon bas yang sangat kuat. Aku pandang sekeliling, makcik di sebelah sudah tiada dan budak lelaki dari UTP masih lena tidur dengan air liur yang meleleh keluar membasahi sekitar kawasan dagunya. Aku bangun dan menggeliat, lalu berjalan melangkah menaiki tangga bas Kesatuan yang berada di hadapan aku. Aku mencari-cari tempat duduk 13 B dan meletakkan beg galas yang aku bawa di tempat penyimpanan beg di atas kepala aku. Aku duduk bersandar sambil memejamkan mata...

Aku. Impian. Lisa. Mimpi.

Aku nak buat Eurotrip, Julai 2009.

Kena kumpul duit dari sekarang.

Tapi hari ini kena bayar duit rumah RM900.

Duit simpanan menyusut seperti apa yang berlaku kepada ekonomi dunia sekarang.

Tapi impian aku nak buat Eurotrip tahun depan.

Kena pastikan impian ini jadi kenyataan.

Aku nak cari Lisa yang aku mimpi setiap malam di Kota London.

Ramai kata aku pelik, gila, cacat; mahu cari Lisa yang muncul dalam mimpi aku setiap malam.

Ramai kata aku hanyut dalam fairy tale yang hanya wujud dalam buku cerita kanak-kanak.

Tapi aku malas mahu ambil peduli.

Yang aku tahu, 2009 aku akan berada di Kota London (bersama Lisa).

Lisa, buat masa sekarang, jangan lupa untuk singgah setiap malam dalam mimpi aku.

P/S: Lisa, kalau singgah dalam mimpi, jangan lupa pakai spaghetti-strapped tank top seperti selalu :)

Today is Monday.

Dah hari Isnin.

Weekend dah habis lagi.

Dah hari Isnin.

Study week dah start.

Dah hari Isnin.

Jasad di Kota Damansara.

Dah hari Isnin.

Rasa malas nak balik UTP.

Dah hari Isnin.

Aku benci Isnin sebab lambat lagi nak Jumaat.