13 September 2009.
Aku berada di stesen bas Seri Iskandar. Sedang duduk menunggu bas untuk ke Kuala Lumpur. Lihat jam tangan, sudah menunjukkan 11.00 pagi. Terik matahari sudah mula terasa lebih-lebih lagi bila tiada angin bertiup. Peluh di dahi mula meleleh perlahan ke bahagian pipi. Aku ambil tisu di dalam poket seluar yang aku beli semasa ke tandas tadi dan aku sapu seluruh muka untuk menghilangkan peluh yang meleleh.
Aku sedang duduk di salah sebuah bangku di stesen bas tersebut; di antara seorang perempuan Melayu yang aku rasa dalam lingkungan pertengahan 40-an dan seorang pelajar lelaki dari UTP berdasarkan t-shirt ConvoFair'o8 yang dipakai olehnya. Aku teguk air soya yang aku beli tadi untuk menghilangkan rasa kering di tekak. Bas yang sepatutnya sampai jam 10.30 pagi tadi tidak juga kelihatan.
Sedang aku menunggu bas dari Lumut yang akan mengambil penumpang untuk ke Kuala Lumpur, fikiran aku melayang memikirkan tentang mimpi sebelum aku terjaga Subuh tadi. Mimpi yang aku rasa seperti nyata. Dalam mimpi itu, aku sedang duduk di perhentian bas yang kelihatan sangat usang, menunggu bas untuk pergi ke Kuala Lumpur pada waktu malam dalam keadaan hujan lebat yang tidak henti-henti mencurah. Tiada kereta ataupun manusia yang lalu-lalang.
Aku pandang sekeliling, mencari apa-apa petanda untuk dijadikan petunjuk di mana aku berada sekarang. Tapi aku kecewa. Keadaan sekeliling gelap-gelita. Lampu-lampu jalan juga tidak berfungsi. Hujan semakin lebat. Aku menggigil kesejukan memeluk tubuh yang hanya berbalutkan baju jenama GAP warna hitam lusuh yang aku beli di Singapura 5 tahun lepas. Puas aku berfikir bagaimana aku boleh berada di tempat yang aku sendiri pun tidak tahu di mana.
"Ponnn..Ponnn," tiba-tiba terdengar bunyi hon bas yang sangat kuat. Aku pandang sekeliling, makcik di sebelah sudah tiada dan budak lelaki dari UTP masih lena tidur dengan air liur yang meleleh keluar membasahi sekitar kawasan dagunya. Aku bangun dan menggeliat, lalu berjalan melangkah menaiki tangga bas Kesatuan yang berada di hadapan aku. Aku mencari-cari tempat duduk 13 B dan meletakkan beg galas yang aku bawa di tempat penyimpanan beg di atas kepala aku. Aku duduk bersandar sambil memejamkan mata...
MY WEEK IN PAHANG
7 years ago
14 comments:
knape mesti name Lisa je masuk dlm mimpi ek? hehe
bleh wat novel ni..
=)
jae...
blog jae mcm journal..
diari seharian tp citer2 luar imagination.. ahaksz... cepat up date lisa!!
bkn akan jmpe kt kota london tu.. kt kota BALI !!! hahaha
ni sequel karya Hariry ke?
entry ko semakin pnjg
ini bermksud ko menikmati internet yg laju..
huhu jeles2.
knape Lisa??dia pkai tag namakah di dlm mimpi kamu?? =P
happy study week...jgn berhibernasi jer..
tak ada pun lisa dalam story u tu? tak sabar nak baca scene yang ada dia. haha
nama LISA memang nama yang terindah dan antara nama yang sedap disebut. Cam best je citer LISA kat sini...tak sabar menanti siri yang seterusnya... :)
Bile ko nak release siri ke 2? Idea menarik nih. :)
eh bro lorh pon ada cerita psl lisa jgk kew...Hihi...
Bro lm x bloging...
Kmn menghilnag...?
mr.jae,
anda telah ditag maka selamat menjawab..
The part where the bus arrives...is that in your dream or in reality? Because both times you were waiting for a bus.
Waiting and waiting.
Life can't wait, you know! :)
I'll look out for the 2nd instalment~
Atiqah,
You might want to check this thing out. Good luck reading! :)
http://hariryariffin.blogspot.com/2008/11/lisa-part-23.html
Post a Comment