Thursday, December 31, 2009

If this is everyone New Year's resolution, I believe this world will be a better place to live...

"So many people walk around with a meaningless life. They seem half-asleep, even when they're busy doing things they think are important. This is because they're chasing the wrong things. The way you get meaning into your life is to devote yourself to loving others, devote yourself to your community around you, and devote yourself to creating something that gives you purpose and meaning." -Morrie Schwartz-

Monday, December 28, 2009

Huh? It's already Monday?

"Time only seems to matter when it's running out." -Peter Strup-

Sunday, December 27, 2009

Art Syndrome T-shirts @ Idify Creations

Art Syndrome t-shirts are now available @ Idify Creations, Plaza Rasta, TTDI. Hurry up, buy it while stocks last!!!


Design: XOXO
Black -10 pcs
White - 5 pcs

Address:
PR9 Plaza Rasta
Lot 3054 Sg Penchala Mel
Jalan Dato' Sulaiman
Taman Tun Dr Ismail
60000 Kuala Lumpur


Email: idifycreations@gmail.com

Contact Person:
Siti Maimunah - +6019 231 0419
Siti Zubaidah - +6019 229 4461

Nota cinta #18.

Fara Fatihah,

I'm lonely.

I'm suffocating without you around me.

Each and every seconds of my life is incomplete without you by my side.

I need you.

I want you.

I miss you.

Come back quick, I want to hug you tightly and feel warm by your love.

With love,
Ameirul Azraie

Wednesday, December 23, 2009

Hadiah.

My soul need to be feed, anybody, please give me this as a New Year gift.

And yeah, I'm serious, no kidding!

54100 Kuala Lumpur.

Sabtu yang baru sudah adalah Sabtu yang pertama kalinya dalam hidup di mana aku habiskan masa lebih daripada 6 jam untuk menelaah ilmu, meneroka kembali minda yang sudah penuh sarat dengan segala permasalahan hidup.

Ya, Sabtu lepas adalah kelas pertama bagi pengajian Ijazah Sarjana Kejuruteraan Mekanikal yang aku telah daftarkan diri pada hujung minggu sebelumnya.

Dalam kelas aku dapat lihat pelbagai perwatakan manusia, baik lelaki mahupun perempuan. Kesemua mereka mempunyai alasan masing-masing untuk menyambung pengajian dalam Ijazah Sarjana Kejuruteraan Mekanikal.

Kebanyakan mereka sudah berkahwin dan mempunyai anak, tidak seperti aku yang masih bujang.
Kebanyakan mereka datang daripada jauh - Johor, Negeri Sembilan, Kedah, Pahang, tidak seperti aku yang tinggal menumpang di rumah kakak yang terletak di Kota Damansara.
Kebanyakan mereka berusia 10 tahun lebih tua daripada aku dan sudah agak lama tidak menyentuh apa-apa jenis buku pelajaran, tidak seperti aku yang baru sahaja menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Mekanikal pada bulan Jun yang baru sudah.

Aku kagum. Kagum melihat kesungguhan mereka, kagum melihat kecekalan mereka, kagum melihat keazaman mereka. Sesungguhnya aku kagum dengan manusia seperti mereka. Mereka sebenarnya sudah boleh duduk santai di rumah pada hujung minggu bersama keluarga yang tersayang, tetapi mereka pilih untuk tidak melakukannya.

Kenapa?

Kerana mereka adalah sekumpulan kecil manusia yang secara sedar atau tidak telah menyahut seruan Allah yang bermaksud "Dia tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri berusaha mengubahnya". Lantas, kerana inilah aku tersenyum dan hati kecilku mengucapkan tahniah kepada mereka kerana berusaha untuk masa depan mereka.

Dengan itu, aku bisik pada diri sendiri, "Kau pasti boleh lakukan apa yang mereka lakukan. Percaya pada apa yang kau lakukan dan jangan mudah berputus asa. Yakin dengan kebolehan diri kau dan pastikan 2011 nanti kau akan tamatkan pengajian dengan jayanya."

Monday, December 21, 2009

Mesin masa.

Aku renung cermin, aku lihat raut wajah yang terzahir di depan aku. Rambut panjang sehingga ke paras leher, jambang nipis yang tak pernah lekang di muka. "Same old, same old," detik aku dalam hati.

Tapi, "Wait a minute," detik aku lagi dalam hati. Aku putarkan ruang waktu kembali kepada 365 hari yang lalu.

Aku lihat aku, Ameirul Azraie yang berusia setahun lebih muda daripada aku. Aku cuba lambai kepadanya tapi tak diendahkan. "Oh, aku terlupa yang aku hanyalah ilusi maya yang tak wujud di hadapan matanya," fikir akal rasional aku.

Aku bandingkan diri aku yang sekarang dengan diri aku yang setahun lebih muda.

Aku lihat dia bersusah payah menaiki bas dan lrt untuk ke tempat kerja part-time nya. Aku lihat dia sepi kesunyian, tiada teman wanita untuk berpacaran pada hujung minggu. Aku lihat dia runsing memikirkan semester akhir pengajian ijazah sarjana muda yang bakal tiba.

Aku lihat pula diri aku yang sekarang. Aku kini memiliki kereta untuk berulang-alik ke tempat kerja. Aku kini gembira dan bahagia bersama teman wanita yang tercinta. Aku kini sudah menyambung pengajian pada peringkat ijazah sarjana.

Ya, aku dan dia dipisahkan oleh 365 hari sahaja tapi banyak perubahan yang telah berlaku. Mungkin tidak ketara bagi kau, tapi bagi aku, itu semua pencapaian, milestone dalam kehidupan Ameirul Azraie yang boleh aku banggakan.

Aku bangga. Pasti aku bangga. Memang aku bangga.

Sebab aku capainya dengan mencabar segala kelemahan yang ada pada diri sendiri. Dan aku akan pastikan yang aku akan terus mencabar diri sendiri supaya aku akan jadi seorang manusia yang lebih baik 365 hari akan datang.

Aku putarkan kembali ruang waktu kepada waktu asal, capai sebatang pen dan sehelai kertas, dan mula menulis perkara-perkara yang aku perlu cabar mulai saat ini.

Cabar.

Sebagai seorang manusia biasa, aku tahu tentang kelemahan yang ada pada diri ini.

Aku tahu aku bukan seorang anak yang datang daripada keluarga yang kaya-raya.
Aku tahu aku bukan seorang lelaki yang ada paras rupa.
Aku tahu aku juga bukan seorang pelajar yang bijak pandai.

Disebabkan aku bukan seorang anak yang datang daripada keluarga yang kaya-raya, aku cabar diri ini untuk mencari duit perbelanjaan sendiri dengan menjual t-shirts, insurans dan sebagainya supaya di masa hadapan aku akan hidup senang, kaya-raya.
Disebabkan aku bukan seorang lelaki yang ada paras rupa, aku cabar diri ini untuk mempunyai seorang teman wanita merangkap bakal isteri yang cantik, supaya anak-anak aku nanti cantik dan kacak seperti ibunya.
Disebabkan aku bukan seorang pelajar yang bijak pandai, aku cabar diri ini untuk belajar hingga ke tahap yang paling tinggi - doktor falsafah supaya satu hari nanti aku boleh berbangga dengan kejayaan akademik yang aku berjaya gapai.

Ya, aku sama seperti kau. Aku manusia, kau juga manusia. Aku banyak kekurangan, kau juga banyak kekurangan. Tapi jangan mudah tunduk pada kelemahan diri sendiri. Bangun dan berdiri dengan yakin. Atasi segala kelemahan diri dengan mencabarnya.

Cabar setiap kelemahan diri. Buat apa yang perlu - sergah, herdik, pijak, tendang segala kelemahan yang ada pada diri sendiri. Cabar dan cabar dan cabar lagi!

Lakukannya berulang-kali dan aku pasti kelemahan ini akan dapat diatasi, tapi, jika masih gagal, teruskan mencabar.

Sebagai seorang manusia biasa, aku yakin, dengan mencabar setiap kelemahan yang ada pada diri sendiri, kelemahan ini pasti akan berjaya diatasi suatu hari nanti, tidak tahu bila, tapi aku pasti saatnya akan tiba.

Cabar!