Monday, December 21, 2009

Mesin masa.

Aku renung cermin, aku lihat raut wajah yang terzahir di depan aku. Rambut panjang sehingga ke paras leher, jambang nipis yang tak pernah lekang di muka. "Same old, same old," detik aku dalam hati.

Tapi, "Wait a minute," detik aku lagi dalam hati. Aku putarkan ruang waktu kembali kepada 365 hari yang lalu.

Aku lihat aku, Ameirul Azraie yang berusia setahun lebih muda daripada aku. Aku cuba lambai kepadanya tapi tak diendahkan. "Oh, aku terlupa yang aku hanyalah ilusi maya yang tak wujud di hadapan matanya," fikir akal rasional aku.

Aku bandingkan diri aku yang sekarang dengan diri aku yang setahun lebih muda.

Aku lihat dia bersusah payah menaiki bas dan lrt untuk ke tempat kerja part-time nya. Aku lihat dia sepi kesunyian, tiada teman wanita untuk berpacaran pada hujung minggu. Aku lihat dia runsing memikirkan semester akhir pengajian ijazah sarjana muda yang bakal tiba.

Aku lihat pula diri aku yang sekarang. Aku kini memiliki kereta untuk berulang-alik ke tempat kerja. Aku kini gembira dan bahagia bersama teman wanita yang tercinta. Aku kini sudah menyambung pengajian pada peringkat ijazah sarjana.

Ya, aku dan dia dipisahkan oleh 365 hari sahaja tapi banyak perubahan yang telah berlaku. Mungkin tidak ketara bagi kau, tapi bagi aku, itu semua pencapaian, milestone dalam kehidupan Ameirul Azraie yang boleh aku banggakan.

Aku bangga. Pasti aku bangga. Memang aku bangga.

Sebab aku capainya dengan mencabar segala kelemahan yang ada pada diri sendiri. Dan aku akan pastikan yang aku akan terus mencabar diri sendiri supaya aku akan jadi seorang manusia yang lebih baik 365 hari akan datang.

Aku putarkan kembali ruang waktu kepada waktu asal, capai sebatang pen dan sehelai kertas, dan mula menulis perkara-perkara yang aku perlu cabar mulai saat ini.

5 comments:

mr cekodok said...

i'm proud of u, too, big bos!

afun loneranger said...

tahniah bro...
gud lak for next 365 days...
khkhkhk....

zuwairiaiman said...

hari berganti hatri, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan... tahun berganti tahun.. hurm sedih

shamimi said...

Tahniah dgn perubahan yg berlaku keatas diri ko.

Gua bangga seh.


P/s: Kdg2 jealous dgn ko seh n lg 1 nk kahwin t jgn lupa jemput. Hehe...

ranger merah said...

artikel yang menarik. oia, jangan lupa mampir ke sini ya...