Friday, June 12, 2009

On the dole.

Setelah Khamis berlalu dengan begitu sahaja, tanpa membawa sebarang erti dan makna dalam kamus kehidupan aku untuk minggu ini, aku bertekad untuk lakukan sesuatu yang bermakna hari ini.

Jadi, sekali lagi, seperti biasa aku bangun. Lakukan rutin yang sama - gosok gigi, mandi bla bla bla. Kali ini, aku pakai kemeja warna ungu dipadankan dengan seluar slack warna hitam. Turun tangga, aku berhenti di depan cermin untuk pastikan rambut tersisir rapi dan muka kelihatan kemas. Senyum di depan cermin, aku kata "Semoga dapat kerja hari ini," kepada diri sendiri.

Dengan berbekalkan 10 keping résumé yang berharga RM18, aku pandu kereta Kenari dan jemput dia sebelum menghantar dia ke tempat kerja, lalu aku pandu kereta ke arah Kuala Lumpur Convention Centre lalu aku parkir kereta di tepi rumah di Jalan Stonor dan berjalan lebih kurang 800 meter untuk sampai ke KLCC. Kenapa aku parkir kereta di Jalan Stonor yang jauh dan bukannya di KLCC? Sebabnya adalah aku ingin berjalan/bersenam. Sambil cari kerja, dapat sihatkan badan yang dah mula muncul lemak-lemak comel ini. Kau percaya? Pastilah tidak. Sebab yang sebetulnya adalah kerana aku nak mengelak harga parkir di sekitar KLCC yang sudah boleh menyamai 2 kali santapan makan tengah hari aku di UTP.

Sampai di KLCC, aku tanya staff yang berada di situ untuk masuk ke dalam kawasan pameran. Jawapan yang diberi, hari Jumaat untuk orang yang dah bekerja dengan mana-mana syarikat. "Sial la, aku dah la print résumé mahal nak mampus, ko boleh tak nak bagi aku masuk?" jerit aku dengan kuat. Aku ingat muka dia akan berubah sebab ditengking begitu kuat tapi dia hanya kata "Maaf ye encik," sebelum berlalu pergi. Ouh, patut la dia selamba je. Aku jerit dalam hati je.

Sambil menyumpah "OGA babi! OGA sial! OGA babi! OGA sial! OGA babi! OGA sial! OGA babi!," aku berjalan menuju ke kereta yang terletak di Jalan Stonor. "Sial, jauh pula aku parking kereta ni," kata aku sambil memegang baju yang sudah dibasahi peluh. Sampai di Jalan Stonor, aku masuk ke dalam kereta, berbogel (tapi masih ada boxer) dan menyarung collar t-shirt serta corduroy pants Padini sebelum bergerak ke Ampang melalui Ampang-KL Elevated Highway (AKLEH).

Sampai di Ampang aku naik ke pejabat tempat aku part-time semasa cuti semester yang lepas dengan hajat untuk menagih simpati, meminta kerja daripada bos. Aku diajak oleh bos untuk masuk ke dalam pejabatnya.

Bos: Ameirul, how's everything? Graduated already?

Aku: Yups. Now, I'm looking for a job.

Bos: Susah ke nak dapat kerja sekarang? What is the exact situation out there?

Aku: I think, it is very difficult la bos. Most of my friends are still looking for a job. Lagi-lagi yang nak kerja dengan oil and gas company.

Bos: Ouh, really?

Aku. Yeah. So, how's your business? (Ayat pancing nak tanya ada kerja tak untuk aku).

Bos: Overall, everything is good. Painting job just finished yesterday and now we are bidding for a few more jobs. I'm also looking at the possibility of developing a software/application that I mentioned to you before this. For now, I don't think I have a job for you but if I manage to develop the software/application and sell it to the clients I will ask you to join me.

Aku: Ouh, okay. (Hampa sebab tak ada kerja).

The conversation continued for another 10 minutes before I excuse myself to have (free) lunch with my friend at Pizza Hut. Yummy.

Sigh. I thought I'm gonna get a job from him but I didn't. Yeah, what to do? I guess I will be jobless for a few months.

I hope I will get a job soon.

Sigh again.

3 comments:

azim said...

hidup Mr. Kalwant Singh

Ili Safia MuhammadAzmi said...

Good luck with the job search.

atiQah.IsmaiL said...

well,dats sad.but at least uve get rid some of dos lil'2 fat.^^gud luck in d job hunt.huuu~