Friday, June 6, 2008

Eksperimentasi Yang Gagal, Aku Perlu Akur

Semasa aku menulis entri ini, aku cuba bereksperimentasi dengan blogsphere yang aku baru kenali 4 bulan yang lepas. Aku ingat aku blogger yang sudah dikenali walaupun statistik menunjukkan blog aku hanya dilawati secara purata 55 kali sahaja setiap hari. Aku rasa pembaca tetap akan melawat blog ini untuk melihat update terkini. Itu fikiran aku semasa aku mulakan eksperimentasi ini.

Aku akui, aku memang sibuk semasa aku ambil keputusan untuk berehat sebentar dari blogsphere ini untuk memberi tumpuan kepada kehidupan dan masa depan aku. Aku tinggalkan blogspehere dengan purata lawatan ke blog aku sebanyak 57 kali pada entri ini. Aku masuk kembali ke blogsphere hari ini dengan melihat jumlah lawatan ke blog ini telah jatuh kepada 44 kali sahaja secara purata.

Eksperimentasi kali ini jelas skali gagal. Aku perlu kembali menulis dan terus menulis sebelum ruang yang aku tinggalkan baru 5 hari ini mati. Aku perlu akur yang aku belum mampu menjadi seorang penulis agung dalam blogsphere ini. Mana mungkin untuk menjadi penulis agung di blogsphere hanya dalam masa 4 bulan, bukan begitu?