Hari ini ambil keputusan, mahu melawat perpustakaan besar KLCC. Mahu cari buku untuk dibaca. Minda sudah tepu dengan rutin harian yang sama. Sebelum turun, cari rakan-rakan. Semua menghilang, aku turun solo. Mahu makan tiada teman. Aku ambil keputusan untuk diet.
Jalan seorang diri, pantas aku tiba di perpustakaan besar KLCC. Cari rak buku A12-03, aku belek buku-buku tulisan Neil Gaiman.
Aku belek Anansi Boys, aku baca sinopsis.
Aku belek American Gods, aku baca sinopsis.
Aku belek Fragile Things, aku baca sinopsis.
Aku belek Good Omens, aku baca sinopsis.
Aku belek Neverwhere, aku baca sinopsis.
Aku belek Stardust, aku baca sinopsis.
Aku duduk, aku fikir. Mana satu patut aku beli dan baca. Mungkin sebab sudah lama otak tepu ini tak membaca, aku jadi gementar untuk memilih bahan bacaan yang wajar aku baca. Mungkin juga kerana selama ini aku hanya disogok dengan novel cinta yang membantutkan proses minda untuk berfikir secara kritikal.
Tapi aku suka tulisan Faisal Tehrani. Kamu patut cuba baca Perempuan Politikus Melayu atau 1515. Gaya penulisan yang matang, buat kamu semua berfikir. Karya-karya yang buat aku suka pada penulisan sastera.
Argh..Tersasar sebentar. Maaf.
Aku sambung belek buku-buku tulisan Neil Gaiman. Bahasa Inggeris aku tak begitu bagus. Berbulan-bulan masa yang aku ambil hanya untuk habis membaca The Pearl semasa di Tingkatan 5. Mahu juga aku terpaksa buka kamus setiap 5 baris ayat. "Macam mana mahu habiskan membaca buku tulisan sastera Neil Gaiman yang semestinya padat bahasa Inggeris yang sukar aku fahami," fikir aku.
Aku fikir. Aku menung. Aku khayal.
Nekad, aku ambil buku Neverwhere. Pergi kaunter, aku bayar. Selesai bayar, aku duduk dan buka buku. Aku mula dengan membaca prologue.
Khusyuk. Hening. Sunyi.
Selesai baca 5 baris ayat, aku tutup buku.
"Damn, I need a dictionary," marah aku dalam hati.
MY WEEK IN PAHANG
9 years ago

