Aku lihat jam tangan sudah jam 11.45 pagi.
Aku lihat sekeliling, orang ramai sudah mula gelisah menunggu bas yang tak kunjung tiba-tiba.
Aku nyalakan sebatang rokok Marlboro Light yang aku beli sebentar tadi.
Aku hisap dan aku hembus asap rokok itu bersama dengan masalah yang tertanam lama di dalam otak.
Aku hanya sehelai sepinggang tanpa membawa apa-apa barang.
Aku hanya memakai t-shirt lusuh bertulis wtf/!, seluar pendek warna coklat dan sepasang selipar jepun.
Seorang makcik pertengahan usia 40 datang ke arah aku, seperti mahu bertanyakan sesuatu.
Makcik: "Tumpang tanya, dah pukul brape ye?"
Aku: "11.50 pagi.."
Makcik: "Erm, makcik nak cakap sikit tapi jangan marah ye.."
Aku: "Takpe, cakap je.." (aku terasa pelik sekejap dengan makcik yang aku baru kenal ni)
Makcik: "Awak ni nampak tak terurus la makcik tengok. Cuba shave sikit jambang dengan misai tu.."
Aku terkejut ditegur dengan makcik yang baru aku kenal sebegitu rupa.
"Selekeh sangat ke aku hari ni?" detik aku dalam hati sambil pegang muka aku yang aku sedar sudah tidak dicukur buat beberapa lama.
Mata tiba-tiba terasa pedih, mungkin termasuk habuk.
Aku pejam mata sambil menggosok-gosok mata menghilangkan rasa pedih.
Buka mata balik, aku sudah berada di atas katil dengan memakai sehelai t-shirt dan boxer.
Matahari sedang memancar tepat ke arah muka.
Aku terus bangun, capai tuala dan shaver masuk ke tandas.
"Tunggu kau makcik, aku dah shave, dah handsome nanti jangan kau terpegun bila jumpa aku dalam mimpi lagi sekali," getus aku dalam hati.
MY WEEK IN PAHANG
7 years ago
9 comments:
waaaa, makcik mane masuk mimpi kau? :D
oit kuat sgt tdo
bangun a weyyy haha
ko ni cam kuat sgt berangan
terpengaruh ngn tv lah tu:p
btw jae since when plak sap kok ni?
shave jambang pastu simpan janggut sket ukie?haha.jae jae
This post made me smile. Sebab that part when you say Jumpa lagi dalam mimpi makcik mana ntah ni...
Kut la jumpa balik dia bawak anak dia yang hot ke :P
tak best pun mimpi u. kata best.
:p
- safia.
hahah!
nice dream
thank God u didnt climax with that makcik in ur dream,ngeh he he
hahhha, tergolek2 membaca xD
nice one ;D
jaei
luahan hati
plik2..slalunye mmpi u msti ad pmpn cun..ni da beralih arah ke??haha
Post a Comment