Jadi, hari Khamis, 14 May 2009 yang lalu, aku dan Alan ikut menemani Ajim ke Perodua Service Center di Ipoh untuk servis kereta Myvi yang baru dimilikinya. Myvi berwarna kelabu itu telah mencatatkan sejarah kerana telah menunjukkan tanda 1000 km perjalanan pada skrin odometer. Bermakna, tiada lagi pemanduan Kuala Lumpur-UTP dengan kelajuan 80-90km/j. Kami berjaya dikejutkan seawal jam 6.45 pagi. Satu pencapaian dalam masa empat bulan untuk bangun seawal itu.
Sampai di Perodua Service Center pada jam 8.30 pagi, kami menunggu di dalam pejabat Perodua dalam keadaan menggigil kesejukan sebelum kereta siap sekitar jam 9.45 pagi. Keluar dari Perodua Service Center, Ajim bertanya, "Kat mane kita nak lunch ni?" kepada aku dan Alan. "Makan kat YL la jom, kita cutting la duit minyak dengan tol," cadang aku kepada Ajim dan Alan. "Ok, kalau camtu kita makan kat YL la," sambut Ajim.
Sampai di Kuala Kangsar kami singgah di MCKK. "Alang-alang sampai kat kolet ni, Zaneq minta tolong ambilkan exam slip SPM dia," kata Ajim. Sementara menunggu untuk mengambil exam slip SPM kepunyaan Zaneq, kami pun berjalan-jalan dari Hargreaves Hall ke Prep School kemudian ke pejabat balik. Semasa berjalan ke pejabat, dari jauh lagi aku sudah ternampak Cikgu Grace Margaret di kelas 5 Sains 1. Ingin saja aku jerit panggil Cikgu Grace Margaret tapi takut mengganggu kelas-kelas lain.
Sementara menunggu exam slip SPM kepunyaan Zaneq yang masih belum boleh diambil, kami bertiga duduk di Medan Pelajar. Sedang kami berbual aku nampak kelibat Cikgu Grace Margaret keluar dari kelas 5 Sains 1. "Aku panggil Cikgu Grace datang sini eh?" tanya aku kepada Ajim sambil tersenyum. "Janganlah Jae, aku sepak ko kang. Tak pasal-pasal kena tarik rambut nanti," jawab Ajim dengan muka cuak. Tak lama kemudian, aku nampak Cikgu Grace berjalan menuju ke arah kami lalu aku jerit, "Cikgu Grace, saya datang bawa murid kesayangan cikgu ni," sambil tangan aku menuding kepada Ajim.
"Kamu masih wujud lagi di dunia ini ke?" jerit Cikgu Grace dari jauh. Sampai sahaja kepada kami, rambut Ajim ditarik-tarik dengan kuat. Aku tergelak kuat sambil melarikan diri takut menjadi mangsa juga. "Cikgu Grace, Ajim sekarang ni buat Masters in Petroleum Geoscience di UTP. Dulu degil dan malas belajar Fizik, sekarang sambung Masters pula. Macam mana tu cikgu?" kata aku kepada Cikgu Grace. Rambut Ajim ditarik semakin kuat. Gelak aku juga semakin kuat.
"Kamu sudah makan? Kalau belum marilah makan di kantin," pelawa Cikgu Grace kepada kami bertiga. Kami duduk berbual di kantin sambil minum air Milo dan makan kerepek ubi.
Ajim: "Cikgu sihat? Lama tak jumpa."
Cikgu Grace: "Saya sentiasa sihat. Tapi pelajar-pelajar MCKK yang degil dari dulu sampai sekarang saja yang boleh buat saya sakit jantung."
Aku: "Budak-budak sekarang nakal dan jahat lagi ke cikgu?"
Cikgu Grace: "Ada jugalah sikit yang nakal dan jahat, tapi tak senakal dan sejahat kamu semua. Tadi baru saya marah seorang student yang rambut panjang. Saya kata, kamu mahu simpan rambut panjang buat apa. Rambut kamu sendiri malu untuk berada di kepala kamu yang kosong itu."
Aku, Ajim & Alan: "Hahaha. Betul tu cikgu."
Aku: "Cikgu, saya dulu nakal dan jahat sangat ke?"
Cikgu Grace: "Kamu boleh tanya begitu lagi. Kamu lupa ke dulu cikgu baru marah sikit saja, kamu sudah guna position kamu sebagai wakil KPKM untuk tulis artikel tentang guru tidak boleh mengugut pelajar oleh Professor Chiam dalam Warta KPKM, kemudian letak di setiap meja di bilik guru."
Aku: "Huh? Saya ada buat camtu ke cikgu?"
Cikgu Grace: "Kemudian, kamu ingat tak lagi, saya minta duit untuk beli buku latihan Fizik, kamu kata cikgu mahu ambil duit kamu."
Aku: "Jahatnya saya masa tu cikgu. Tapi tu dulu cikgu, sekarang saya sudah berubah, sudah baik. Tak lama lagi dah nak habis belajar di UTP. Tapi kan, cikgu ingat lagi semua tu eh?"
Cikgu Grace: "Saya bukan mahu ingat, tapi saya tak bole lupa apa yang kamu buat. Sudah 6 tahun dan ramai student yang nakal dan jahat yang saya jumpa setiap tahun pun, saya masih tak boleh lupa."
Aku: "Ermmm..Bunyi cam jahat sangat je saya masa dulu. Tapi, cikgu ingat tak dulu cikgu pernah cakap pada satu kelas 5 Sains 3, sayalah yang merosakkan Irzani. Sebenarnya, Irzani tu memang dah nakal dan jahat dari form 4 lagi."
Ajim: "Betul tu cikgu. Irzani tu pura-pura baik je depan cikgu sebab nak jadi prefect."
Cikgu: "Tapi Irzani tak buat nakal depan saya. Kamu, depan-depan saya kamu lawan cakap. Masa tahun 2003, kamu la student saya yang paling nakal dan jahat sekali."
Aku: "Mungkin dulu saya nakal tapi sekarang saya betul-betul dan berubah."
Cikgu Grace: "Ok. I need to excuse myself. Saya nak masuk kelas."
Aku: "Cikgu, nak no. phone. Senang sikit nak contact nanti."
Cikgu Grace: "Punyalah kamu benci saya, betul ke nak contact saya? Tapi saya tak ada phone. Kamu ambil e-mail saya je, gracemanikkam@hotmail.com"
Aku: Ok cikgu."
Cikgu Grace: "Ok, jumpa lagi. Good luck in your future."
Aku: "Terima kasih cikgu..."