Saturday, May 23, 2009

Jumpa.

Pepatah Melayu yang dicipta oleh orang tua zaman dahulu kala kata, "Usaha tangga kejayaan."

Aku sebagai orang muda Melayu zaman kini sentiasa percaya kepada pepatah tersebut. Aku yakin, orang tua zaman dahulu kala tak pandai menipu lagi seperti orang tua zaman sekarang.

Berbekalkan kepercayaan kepada pepatah tersebut, aku berusaha mencari Neraka.

Aku cuba mencari Neraka, tapi cubaan awal aku gagal. Aku tidak putus asa tetapi terus mencari, tanpa ada rasa sedikit lemah semangat mahupun gentar kerana aku yakin, "Usaha adalah tangga kejayaan."

Dalam hati, aku bertanya kepada diri sendiri, "Kalau aku Neraka, ke mana akan aku bawa diri?" Aku fikir sebentar. "Pasti Neraka akan berada di tempat yang mana lebih ramai orang boleh menjenguk Neraka," kata hatiku yakin.

Dan, sebagai orang muda zaman kini, aku jenguk di sini. Dan, aku gerak hati aku betul. Hasilnya satu penemuan yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Aku jumpa Neraka!

3 comments:

ijam said...

gigih sungguh hg cari neraka!

sourplum said...

blaja2
hang ade paper agi
haha

~farah~ said...

mmg theme neraka ke blog ni?
huhu~