Sunday, June 29, 2008

Bersama Teman Memperbaharui Diri

Bangun pagi Ahad, badan terasa letih. Penat menjual baju semasa KLue urbanscapes 2008 semalam masih terasa. Menggeliat badan, aku lihat ayah sedang berbaring di sebelah. Berbual dengan ayah, aku berkongsi cerita tentang internship di Carigali Hess. Juga kongsi cerita mengenai masa depan. Habis bercerita, ayah tersenyum. Mungkin gembira, aku harap begitu.

Gosok gigi dan mandi buat aku terasa segar seperti hidup kembali. Selesai mandi, aku bersiap. Turun bawah, sarapan pagi. Makan bersama keluarga, kami berkongsi cerita dan bergelak ketawa. Selesai sarapan pagi, ambil surat khabar. Baca isu-isu terkini. Seperti biasa masih mengenai politik dan kenaikan harga barang. Bosan, aku tutup surat khabar aku masuk bilik.

Aku mahu pergi Seremban jumpa teman. Memperbaharui diri untuk mengharungi minggu yang seterusnya. Naik lrt aku berhenti di Pasar Seni. Hantar SMS kepada anak orang kaya Kemaman, suruh berhati-hati supaya tidak dijadikan mangsa kutu-kutu di Pasar Seni. Naik bas, aku terasa memori 5 tahun lepas berputar kembali.

Sampai Seremban, teman yang sudah berkepala botak datang ambil. Bawa pergi makan, teman yang belanja. Memang betul kata pak cik di Kuala Kangsar yang makanan yang paling sedap adalah makanan yang free.

Selesai makan kami ke Port Dickson. Survey tempat untuk gathering batch. Sampai di Bayu Beach Resort, buka pintu kereta terkena lampu signal Mercedes Benz di sebelah. Lampu signal tercabut, aku ambil dan letak dalam poket seluar sambil bersiul riang. "Gila ke nak mengaku buat lampu signal Mercedes Benz tercabut?" soal aku sendiri sambil lihat wallet yang hanya berisi kepingan RM1 dan RM5.

Habis survey, kami mandi laut di belakang Bayu Beach Resort. Mandi laut bersama teman, main pasir pantai buat aku rasa segar, hilang segala kebuntuan minda.

4 comments:

Anonymous said...

sape botak yg agak2 hot tuh?

Anonymous said...

ajim da botak ka?
haha

alyaa said...

rindu korg...

Anonymous said...

aii...sume botak ni apsal?
bagusle kamu azraie...melepak dalam air