Thursday, June 18, 2009

Petang di KLCC.

I had my lunch with her and my friends at the back of Lembaga Getah Malaysia's building. A reasonable lunch filled with laugh and joy. I just love it this way because it makes me happy, inside and outside. Yeah, I'm now full of happiness and I'm smiling while writing this entry.

Lepas makan tengah hari, aku berjalan ke KLCC. Pergi ke Maybank untuk re-activate balik akaun Maybank2u. Kemudian ke surau KLCC untuk solat Zohor. Sampai sahaja di kawasan untuk solat, aku lihat seorang budak Cina berkopiah sedang duduk di tempat masuk ke kawasan solat dengan beberapa buah buku di hadapannya. "Ini mesti nak jual buku tu, nak dapat duit sikit untuk belanja hidup," bicara aku dalam hati. Teringat aku tulisan Hishamuddin Rais dalam bukunya - Keganasan, Penipuan & Internet mengenai budak-budak yang menjual tapi hakikatnya mereka hanya mahu mengemis (bagi pihak orang dewasa yang tidak bertanggungjawab).

Aku tenung sejenak muka budak Cina yang berkopiah itu. "Aku rasa dia bukan antara budak-budak yang dieksploitasi untuk tujuan mengemis," rasional minda memberitahu hatiku. Dia beri salam kepada aku dengan pelat orang dari Tanah besar China. Aku jawab salam dan aku tanya tentang buku yang dijual. Buku yang dijual adalah buku hasil kajian mengenai agama Islam oleh kawan dia yang baru sahaja menganut agama Islam. Buku mengenai fakta-fakta betapa indahnya Islam yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad yang kini diwarisi oleh kita semua, manusia akhir zaman.

"Berapa harga sebuah buku ini?" tanya aku dengan harga RM10-RM15 berlegar di minda kerana buku tersebut hanya salinan fotokopi setebal 50 muka surat. "Buku ini harga RM28, abang," jawab budak Cina ini lembut, penuh sopan-santun. Aku tergamam sekejap. Aku selak helaian demi helaian buku tersebut sambil budak Cina tersebut duduk di sebelah aku. Aku baca mukadimah dan tiga tajuk terawal. Isi kandungan agak menarik walaupun aku dapat rasakan dengan Google aku boleh ketemu semua fakta-fakta ini.

Sambil membelek, aku hela nafas. Aku pujuk hati untuk membeli. Aku yakinkan diri yang tak ada ruginya jika aku beli buku tersebut. Aku rasionalkan minda. "Tengok wayang dengan awek boleh habis dekat RM20-30, tak akan untuk tolong budak Cina ni tak boleh?" soal aku dalam hati untuk pujuk/yakin/rasional kan diri.

Jadi, aku keluarkan dompet dari saku poket. Aku keluarkan 2 nota merah dan 1 nota hijau. Belum sempat aku mengeluarkan 3 nota biru, si budak Cina kata, "Saya bagi kurang, RM25 je untuk abang," sambil tersenyum. Senyuman yang juga buat aku tersenyum. "Semoga Islam itu menjadi indah untuk kau," kata aku dalam hati sebelum meminta diri untuk solat Zohor.

Today, after what I did, I feel so good. I wish I could live this kind of life for the rest of my life. If God can provide me RM1000 every day, believe me, I will live this kind of life because I find it easy and beautiful and I love it.

God, can't you send me RM1000 every morning?

5 comments:

Anonymous said...

mmg x dapek arr mcm tuh je..kalo camtu ako pon nak..suro laa sesape hack langit kasi jatuh 1k kalo bleh..huhu..joking ja bro.. =p

AbDuL LuDiN said...

bagus r ko jae

v5e-5-3-2 said...

hari ini lebih baik dari semalam..

Anonymous said...

jae hang memang poyo =p

wawashauqi said...

Bonda aku pon ada bagitau,
'sucikan hartamu dgn bersedekah'

Aku pon da mula beli-beli buku dari org2 camtu.

Jae, aku ada cara camne nak dapatkan duit bnyak tu. Ko tarik nafas, pejam mata, pasang niat dalam-dalam, and sebelum ko lepas nafas, ko hayun tapak tangan ko selaju 80km/j ke dahi, dan cakap 'berhenti bermimpi!'

ikot aku truskan usaha cari kerje ok!