Sunday, August 2, 2009

Bos kata lain, anak buah kata lain. Mana satu kita nak percaya?

THE STAR Saturday 1 August 2009

PM: ISA protest will not benefit anyone

KUALA LUMPUR: Today’s protest against the Internal Security Act is pointless and will not benefit anyone because the ISA is being reviewed, said Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.

He said: “Why have a demonstration when we are in the process of discussions and getting feedback from the people?

Read more here.

*

MINGGUAN MALAYSIA Ahad 2 0gos 2009

Mimpi di siang hari

PAPAR 1 Ogos - Kerajaan akan terus mempertahankan penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) walaupun mendapat tentangan hebat daripada pembangkang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, akta itu amat penting kerana terbukti mampu memberikan kestabilan dan keamanan kepada negara.

Justeru, katanya, kerajaan tidak akan sesekali berkompromi dengan pihak yang cuba untuk mansuhkan akta tersebut.

Selagi ada langit, selagi ada bintang, selagi itu ISA tidak akan dihapuskan dan saya nak beritahu bahawa pembangkang bermimpi di siang hari sahaja.

"Saya jamin sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap perundangan, kerajaan bukan sahaja tidak pernah terfikir untuk menghapuskan ISA malah mana-mana usaha termasuk usul yang dibawa pembangkang di Dewan Rakyat kita tidak akan tunduk," katanya.

*

Sekarang aku benar-benar keliru. Kedua-dua suratkhabar ini milik kerajaan 1Malaysia. Tapi yang semalam ditulis dengan seribu satu janji oleh bos kerajaan 1Malaysia yang ISA sedang dikaji. Lain pula ceritanya hari ini apabilan anak buah kepada bos kerajaan 1Malaysia berkata dengan lantang di Papar yang ISA tidak akan dihapuskan sama sekali. Apa gunanya ISA dikaji jika sudah awal-awal lagi dinyatakan yang ISA tidak akan dihapuskan/dimansuhkan?

Oleh: Anak 1Malaysia Yang Benar-Benar Keliru.

2 comments:

nYUn said...

Maksudnye.. Akta ISA tu tetap ada TAPI ada pembaharuan laa skit.. Sebab tu kena kaji dulu..

Ameirul Azraie Bin Mustadza said...

I cannot give any comments right now. We shall just wait and see the outcome of the said amendment of ISA that the government is working on right now. :)