Monday, August 3, 2009

Permulaan.

Buku yang aku karang selama 23 tahun kini aku tutup. Buku yang penuh dengan suka dan duka. Buku yang penuh dengan tawa dan tangis. Buku yang penuh dengan seribu satu emosi seorang anak kecil yang merangkak belajar mengenali erti kehidupan. Buku ini aku tutup dan aku letak rapi di bahagian rak buku untuk dijadikan panduan di masa hadapan, untuk aku dan mereka yang lain.

Aku ambil buku baru yang masih kosong, putih bersih tiada kesan contengan. Aku tuliskan tarikh hari ini, 3 Ogos 2009. Tarikh keramat, tarikh azimat yang akan aku ingat dan kenang sampai bila-bila. Tarikh yang bakal menjadi satu kenangan dalam lipatan sejarah hidup aku. Detik, masa dan ketika yang akan menentukan siapa aku di masa hadapan.

Aku ucapkan selamat datang kepada permulaan hidup baru. Hidup sebagai seorang Trainee in Piping Design yang bakal aku tempuhi selama 365 hari. Akan aku pastikan buku baru ini akan aku tulis dengan baik. Baik tidak bermaksud tiada salah, tiada kesan conteng atau tiada kesan liquid paper. Tapi baik bermaksud agar apa yang ditulis akan sentiasa membawa kepada sesuatu yang menarik, sesuatu yang mencabar, sesuatu yang akan memberi makna kepada kehidupan aku. Lalui kehidupan tanpa sebarang penyesalan.

Aku hanya mahu lakukan yang terbaik. Dan dengan itu, aku sambut kedatangan engkau, 3 Ogos 2009. Selamat datang 3 Ogos 2009!

5 comments:

azim said...

welcome jae..
welcome!!

aizat nordin said...

slmt jd trainee kpd kte berdua
=)

sourplum said...

azam da bgus nih
gud2~

Najib Saad said...

guluck bro!

blury_flury said...

go, go jaie! u can do it bro! just believe in urself!!!