Friday, May 15, 2009

Akhirnya.

Sepanjang 23 tahun hidup di dunia, hampir 10 tahun, aku habiskan usia dengan berada jauh dari rumah dan juga jauh daripada mama dan ayah. Ini buatkan aku jadi seorang manusia yang berdikari dan suka melakukan perkara/benda yang aku minat seperti bekerja sambilan, melancong dsb. Perkara/benda yang aku minat ini yang buat aku banyak habiskan masa di Kuala Lumpur dan bukannya Melaka.

Mama selalu kata, "Anak-anak Mama yang lain selalu balik rumah, Jae tak nak balik rumah ke?" dan aku sentiasa jawab dengan lemah lembut, "Jae bukan tak nak balik, tapi Jae suka kerja dan pergi jalan-jalan ni. Lagipun, you're always in my mind and my heart. Each and every second of my life, I always think about you."

Tapi aku tahu, Mama rindukan aku.

Jadi, selepas 4 bulan tidak pulang ke Melaka, aku bertekad untuk pulang dan kepulangan aku disambut dengan senyuman daripada Mama.

No comments: