saya bukan pengkritik politik, juga tidak pandai berpolitik.
tidak mahu membebankan minda ini dengan politik.
kerana bagi saya, politik itu kotor di negara ini kotor.
tapi saya amat mengambil berat mengenai kebajikan agama islam, bangsa melayu dan negara malaysia ini.
coretan ini hanyalah luahan minda muda yang masih belajar mengenai kehidupan.
coretan ini hanya sebagai cubaan dalam memberikan sedikit pandangan dan menzahirkan apa yang bermain di minda.
kelantan, kedah, penang, perak dan selangor.
5 negeri yang akan ditadbir oleh parti pembangkang.
5 tahun yang perlu dimanfaatkan oleh parti pembangkang dengan sebaik mungkin untuk memenangi hati rakyat.
parti pembangkang perlu membuktikan kemampuan mereka dalam menangani isu-isu rakyat di 5 negeri yang berjaya mereka menangi.
rakyat tekad dalam membuat keputusan, mereka mengambil langkah berani dengan memberi peluang eksperimentasi dilakukan kepada 5 negeri ini.
kepada parti kerajaan, jangan terkejut kerana ini negara demokrasi.
jangan cepat kalut dan gelabah, ini hanya satu amaran tegas daripada rakyat yang kini semakin bijak menilai.
rakyat hanya menyuarakan apa yang ada dalam fikiran mereka.
rakyat perlukan suatu perubahan besar yang dapat memberi impak dalam kehidupan mereka.
rakyat perlukan pemerintahan yang cekap dan telus.
kini, kita ada 5 tahun untuk menilai keberkesanan pemerintahan setiap parti.
kepada semua wakil rakyat, jalankan tugas anda.
jalankan tanggungjawab, kotakan semua janji dan manifesto yang disuarakan sepanjang tempoh berkempen.
hingga jumpa lagi di pilihanraya ke-13, pada 2012-2013.
semoga Malaysia akan terus aman, makmur dan harmoni.
EAT SMART: ROASTED PEPPER + ONION PESTO TART
7 years ago
No comments:
Post a Comment