Sunday, October 26, 2008

Ahad pagi di cybercafe Ipoh.

Internet kat UTP slow yang tak terkata.

Bila dapat duduk kat cybercafe dengan internet yang laju ni, rasa cam taknak balik UTP je.

Monitor 19" dengan sofa yang empuk buat aku rasa nak tidur je kat sini.

He he he..

P/S: I'm officially hating UTP so much (because of the fucking slow internet)!

Saturday, October 25, 2008

Cupcakes D'Muffins.

I just add another link list of online shopping on the right side of my blog.

The link will go directly to Cupcakes D'Muffins.

The cupcakes are really good and affordable.

Get it for your lurve.. :)

So, what you are waiting for?

P/S: Thanks Kak Diba untuk cupcakes free yang sedap :)

Sayang (duit) kamu semua.

Art Syndrome berjaya menjual 48 helai t-shirts di UTP sempena Art Fest 2008 pada 13 - 15 October yang lalu.

Terima kasih kepada semua yang membeli!

He he he

Tuesday, October 14, 2008

Hibernasi.

Internet connection kat UTP menjadi semakin gila.

Gila lambat, dial-up lagi laju.

Jadi, hingga jumpa lagi (bila internet connection dah okay).

Saturday, October 11, 2008

Shopping Eid ul-Fitr.

Art Syndrome akan berada di Bijou Bazaar sempena Bijou Raya Sakan Open House dari 11 hingga 12 October 2008 ini @ The Podium, Menara Hap Seng.

Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi wakil Art Syndrome di Bijou Bazaar:

Mil - +60129777176

Mari bergoyang bersama cikgu-cikgu muda jelita.

Art Syndrome akan berada di di UPSI, Tanjung Malim sempena Minggu Sanggar Kayangan : Daerah Nafas pada 11-12 October 2008 ini.

Mari datang beramai-ramai untuk memeriahkan suasana dan bergoyang bersama cikgu-cikgu muda jelita sambil berhibur dengan band-band seperti:

Stonebay
Brainhead
Bintang Batu
Sundae
Couple
Fourty Winks
Bunkface
Sound of Acoustic
Funky Doryz
Matematik
Round Robin

Dapatkan juga t-shirts Art Syndrome di booth yang akan dibuka sempena event ini. Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi wakil Art Syndrome di UPSI:

Anith - +60193115308 / +60125348553
Wdq - +60135585753

Monday, October 6, 2008

Kepuasan.

Bila dapat memandu kereta Kancil 850cc selaju 150 km/j sepanjang Lebuhraya MRR2 dari Ampang ke Kota Damansara dalam masa 18 minit!

Saturday, October 4, 2008

Promosi: Story About Lisa.

It's a story about a cute girl with braces and beautiful blue eyes named Lisa.

It's a great story written by Hariry Ariffin which took me only an hour to finish reading the story from part 1 until part 17.

And, I'm so excited, waiting for the next part to be released.

Give yourself a try and I'm sure you'll like the story!

Dia masih kenal erti masjid. God bless you.

Malam yang makin sunyi, makin sepi. Aku duduk di depan komputer membiarkan diri hanyut dalam dunia blogsphere. Membaca hasil karya manusia yang tidak tahu menikmati erti raya sebaliknya sibuk mengemaskini blog masing-masing setiap hari tanpa erti jemu. Good for you and good for me. At least, I have something to read.

Sedang aku khusyuk membaca kisah cinta dia, aku disapa oleh Oneet di Yahoo! Messenger. Dia bercerita tentang suasana raya di perantauan yang seperti sial kerana dia perlu menjawab dua test pada hari pertama Syawal. Aku hanya mampu tergelak dan (berpura-pura) memberi kata semangat sambil aku selitkan betapa seronoknya suasana raya di Malaysia yang happening dan juga betapa nikmatnya makanan seperti ketupat, lemang dan rendang yang aku sumbat secara konsisten ke dalam perut dari hari raya pertama sehingga kini.

Perbualan kami berakhir dengan mesej-mesej pendek di bawah:

Oneet: "Ok, aku nak solat Jumaat ni. Nak pergi masjid awal baca al-Quran."

Aku: "Eh, solat lagi kau rupanya. Kenal lagi erti masjid, alhamdulillah."

Oneet: "Sial, cam haram je cakap aku camtu."

Aku: "Jangan sesat pula nak pergi masjid. Bawa map siap-siap. Kalau tak ada map, guna Google map! Ha ha ha."

Oneet: "Oi. Selamba je cakap aku macam tu. Aku warak la. Tapi susah nak buat kawan kat sini. Kalau jumpa je mesti ajak pergi mabuk. Selamat iman aku tak selemah iman kau."

Aku: "Ha ha ha. Agak-agak la. Aku kalau pergi sana, sure jadi imam besar."

Oneet: "Ha ha ha. Aku tau. Imam besar kat church, bagus sangat la tu."

Aku: "Ha ha ha. Sial."

Oneet: "Ok. Selamat hari raya. Maaf zahir batin. Bawa la bertaubat."

Aku: "Ok. Kau pun. Jangan lupa kirim salam kat Jesus Christ."

Oneet: "Cibai!"

Aku: "Ha ha ha. Okay, cukup la. Selamat hari raya. Maaf zahir batin."

Thursday, October 2, 2008

Mimpi.

Tidur pagi aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari dia. Itu adalah saat yang bahagia dan menggembirakan sebab sudah 2-3 hari aku tidak berbual dengan dia memandangkan jadual waktu belajarnya yang padat dan perbezaan waktu 8 jam antara Malaysia dan UK.

Tamat panggilan telefon kami berbalas mesej dengan aku masih lagi berbaring di atas katil, di dalam bilik aku yang gelap seperti di dalam gua walaupun waktu sudah menunjukkan jam 10.27 pagi.

*

Aku sedang berjalan melalui lorong-lorong kecil di pekan Kuala Kangsar bersama Ajan, Azmi, Butet, Zaneq, Kaly dan Hippo. Arah tujuan kami adalah ke kedai snooker untuk melepaskan tekanan disebabkan oleh peperiksaan SPM yang menjelang tiba. Bersama rakan-rakan, itu adalalah saat yang menggembirakan sebab segala tekanan yang dihadapi terungkai dengan gelak tawa untuk lawak-lawak bodoh yang keluar dari mulut masing-masing sepanjang perjalanan menuju ke kedai snooker.

Sampai di hadapan bangunan yang menempatkan kedai snooker di bahagian atasnya dan kedai perabot di bahagian bawahnya kami tidak terus naik ke atas. Kami duduk di hadapan kedai perabot dan sambung bergelak ketawa seperti orang gila. Sedang kami bergelak ketawa, Zaneq mengambil batu yang agak besar dan mengacah untuk baling ke arah Ajan. Entah bagaimana, batu itu terlepas dari tangan Zaneq dan Ajan yang sedang duduk bersandarkan pada pintu kaca kedai perabot mengelak pantas menyelamatkan diri dari terkena batu itu.

"Krakkkkkkk," bunyi pintu kaca kedai perabot retak dan seterusnya pecah. Kami terkejut, tergamam. Buntu, tidak tahu hendak buat apa. Apek kedai perabot yang terkejut datang melihat dan mengarahkan pekerja-pekerjanya menahan kami bertujuh sebelum dengan drastiknya menelefon pihak polis tanpa kami dapat berkata apa-apa.

5 minit kemudian pihak polis datang dan tanpa banyak soal menggari dan membawa kami bertujuh ke balai polis. Aku yang masih terkejut masih tidak boleh menerima yang tindakan bodoh Zaneq telah membuatkan kami bertujuh dibawa ke balai polis untuk soal siasat. "Matilah kita kena belasah dengan Sahak (warden koleq yang samseng) nanti," kata aku kepada yang lain.

Perasaan bimbang tentang apa yang bakal berlaku selepas ini mememenuhi setiap ruang minda.

Jantung berdegup semakin pantas seperti hendak meletup.

Badan semakin panas, baju basah lencun dengan peluh.

Terasa pening, penglihatan jadi makin kabur.

Tiba-tiba semuanya jadi gelap-gelita.

Gelap. Kosong. Hampa.

*

Aku lihat telefon bimbit, waktu menunjukkan 11.57 pagi dan aku masih lagi berbaring di atas katil, di dalam bilik aku yang gelap seperti di dalam gua.

"Shit, selamat mimpi je," kata aku sambil bangun dari katil.

Wednesday, October 1, 2008

Hari Ini Dalam Sejarah.

Kami sekeluarga mencatatkan sejarah untuk Syawal, 1429 Hijrah apabila memulakan kunjungan ke kampung sebelah pihak mama dan kampung sebelah pihak ayah pada jam 10.30 pagi yang tamat 2 jam 15 minit kemudian, pada jam 12.45 tengahari.

Syawal semakin hilang seri dan maknanya.

Hurm..

Album: Syawal, 1429 Hijrah.

Ameirul Azraie


My brother, Ameirul Anwar with his wife, Syafinaz and their baby, Ameirul Aiman


Standing from left: Muhammad Yusuf Safwan, Muhammad Kamal, Ameirul Azraie
Sitting from left: Ameirul Aiman, Ameirul Anwar, Mustadza, Noorfah, Syafinaz


My sister, Mia Ameira and her family are missing from the picture because they are celebrating Hari Raya Eid ul-Fitr, 1429 Hijrah at Cheneh, Terengganu.

1 Syawal, 1429 Hijrah.

Balik dari solat sunat hari raya.

Abang: "Mama awak tak nak ikut pergi raya tahun ni."

Aku: "Eh, nape plak? Raya setahun sekali je pun."

Ayah: "Mama awak dalam state of self-isolation."

Aku & Abang: "Ha ha ha."

*

Di depan pintu bilik air.

Aku: "Mama, Jae dapat laporan yang mama tak nak ikut pergi raya jap lagi. Nape?"

Mama: "Mama cam malas. Awak pergi la ramai-ramai."

Aku: "Eh, ada pula camtu. Raya setahun sekali je pun. Dah, mama pergi mandi, ok?"

Abang: "Ha ah, mama pergi mandi, biar orang tolong iron baju."

Mama melangkah masuk ke dalam bilik air dengan muka yang pasrah.

Eid Mubarak.

Selamat Hari Raya Eid ul-Fitr.

Maaf Zahir dan Batin.

Happy First Anniversary.

Yeah, October is the time for Bits and Pieces of Life to celebrate its 1st Anniversary in this blogsphere.

As the author of this blog, I would like to thank all of the readers for their continuous support which had ensure the existence of Bits and Pieces of Life until now.

To reward the readers for their continuous support, I would like to give out four free t-shirts of my own label, Art Syndrome. This offer is open for all readers.

Just choose the t-shirts from the following link:

1. LOVE generously

2. single is simple

3. wtf?!

4. LOL

The reader can only choose one design t-shirt and if the t-shirt that you want have been chosen by other reader, please choose other design t-shirt that is still available.

Leave your comment here and please give your full name, address (Malaysia address), contact number, size (available: XS, S, M, and L) and color (available: black, white, blue, pink). The delivery is for free! What a great offer, huh?

This offer is based on first person that leave the comment here will get the t-shirts.

Again, thank you for your support!