Thursday, October 2, 2008

Mimpi.

Tidur pagi aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari dia. Itu adalah saat yang bahagia dan menggembirakan sebab sudah 2-3 hari aku tidak berbual dengan dia memandangkan jadual waktu belajarnya yang padat dan perbezaan waktu 8 jam antara Malaysia dan UK.

Tamat panggilan telefon kami berbalas mesej dengan aku masih lagi berbaring di atas katil, di dalam bilik aku yang gelap seperti di dalam gua walaupun waktu sudah menunjukkan jam 10.27 pagi.

*

Aku sedang berjalan melalui lorong-lorong kecil di pekan Kuala Kangsar bersama Ajan, Azmi, Butet, Zaneq, Kaly dan Hippo. Arah tujuan kami adalah ke kedai snooker untuk melepaskan tekanan disebabkan oleh peperiksaan SPM yang menjelang tiba. Bersama rakan-rakan, itu adalalah saat yang menggembirakan sebab segala tekanan yang dihadapi terungkai dengan gelak tawa untuk lawak-lawak bodoh yang keluar dari mulut masing-masing sepanjang perjalanan menuju ke kedai snooker.

Sampai di hadapan bangunan yang menempatkan kedai snooker di bahagian atasnya dan kedai perabot di bahagian bawahnya kami tidak terus naik ke atas. Kami duduk di hadapan kedai perabot dan sambung bergelak ketawa seperti orang gila. Sedang kami bergelak ketawa, Zaneq mengambil batu yang agak besar dan mengacah untuk baling ke arah Ajan. Entah bagaimana, batu itu terlepas dari tangan Zaneq dan Ajan yang sedang duduk bersandarkan pada pintu kaca kedai perabot mengelak pantas menyelamatkan diri dari terkena batu itu.

"Krakkkkkkk," bunyi pintu kaca kedai perabot retak dan seterusnya pecah. Kami terkejut, tergamam. Buntu, tidak tahu hendak buat apa. Apek kedai perabot yang terkejut datang melihat dan mengarahkan pekerja-pekerjanya menahan kami bertujuh sebelum dengan drastiknya menelefon pihak polis tanpa kami dapat berkata apa-apa.

5 minit kemudian pihak polis datang dan tanpa banyak soal menggari dan membawa kami bertujuh ke balai polis. Aku yang masih terkejut masih tidak boleh menerima yang tindakan bodoh Zaneq telah membuatkan kami bertujuh dibawa ke balai polis untuk soal siasat. "Matilah kita kena belasah dengan Sahak (warden koleq yang samseng) nanti," kata aku kepada yang lain.

Perasaan bimbang tentang apa yang bakal berlaku selepas ini mememenuhi setiap ruang minda.

Jantung berdegup semakin pantas seperti hendak meletup.

Badan semakin panas, baju basah lencun dengan peluh.

Terasa pening, penglihatan jadi makin kabur.

Tiba-tiba semuanya jadi gelap-gelita.

Gelap. Kosong. Hampa.

*

Aku lihat telefon bimbit, waktu menunjukkan 11.57 pagi dan aku masih lagi berbaring di atas katil, di dalam bilik aku yang gelap seperti di dalam gua.

"Shit, selamat mimpi je," kata aku sambil bangun dari katil.

8 comments:

Hariry Ariffin said...

Haha. Ingat tu cerita betul-betul masa spm week.

ameirul azraie bin mustadza said...

Klu betul-betul, dah gelap lama dah masa depan aku.Haha.

ili azmi said...

=)

nasib baik u mimpi.

ameirul azraie bin mustadza said...

Tu la. Nasib baik i mimpi je. Klu kena tangkap betul-betul dengan polis memang i dah kena buang family la. Ha ha ha.

Rozana Alia said...

Siapa DIA tuuuuu hehe

Btw, I'm having an open house next week on Saturday. September 11 and I would like you to come!

If you would like to come (which I hope you would) please email me at Rozana.alia@gmail.com :)

azimrashdi said...

haha..
jae dan zaneq..
dua pengawal yang tidak bergune..

ameirul azraie bin mustadza said...

Roe - Dia adalah perempuan misteri :p Btw, thanx 4 ur invitation. I've replied thru ur e-mail.

Azmirashdi - Sebab aku jaga ko la, ko dah pegi oversea tau tak.Ha ha ha.

Melodilusi said...

"Matilah kita kena belasah dengan Sahak (warden koleq yang samseng) nanti," kata aku kepada yang lain.

Aku ada rasa nak jemput die sparing dengan aku lah obw next year.

What say you?

Agak-agak boleh makan?