Saturday, October 4, 2008

Dia masih kenal erti masjid. God bless you.

Malam yang makin sunyi, makin sepi. Aku duduk di depan komputer membiarkan diri hanyut dalam dunia blogsphere. Membaca hasil karya manusia yang tidak tahu menikmati erti raya sebaliknya sibuk mengemaskini blog masing-masing setiap hari tanpa erti jemu. Good for you and good for me. At least, I have something to read.

Sedang aku khusyuk membaca kisah cinta dia, aku disapa oleh Oneet di Yahoo! Messenger. Dia bercerita tentang suasana raya di perantauan yang seperti sial kerana dia perlu menjawab dua test pada hari pertama Syawal. Aku hanya mampu tergelak dan (berpura-pura) memberi kata semangat sambil aku selitkan betapa seronoknya suasana raya di Malaysia yang happening dan juga betapa nikmatnya makanan seperti ketupat, lemang dan rendang yang aku sumbat secara konsisten ke dalam perut dari hari raya pertama sehingga kini.

Perbualan kami berakhir dengan mesej-mesej pendek di bawah:

Oneet: "Ok, aku nak solat Jumaat ni. Nak pergi masjid awal baca al-Quran."

Aku: "Eh, solat lagi kau rupanya. Kenal lagi erti masjid, alhamdulillah."

Oneet: "Sial, cam haram je cakap aku camtu."

Aku: "Jangan sesat pula nak pergi masjid. Bawa map siap-siap. Kalau tak ada map, guna Google map! Ha ha ha."

Oneet: "Oi. Selamba je cakap aku macam tu. Aku warak la. Tapi susah nak buat kawan kat sini. Kalau jumpa je mesti ajak pergi mabuk. Selamat iman aku tak selemah iman kau."

Aku: "Ha ha ha. Agak-agak la. Aku kalau pergi sana, sure jadi imam besar."

Oneet: "Ha ha ha. Aku tau. Imam besar kat church, bagus sangat la tu."

Aku: "Ha ha ha. Sial."

Oneet: "Ok. Selamat hari raya. Maaf zahir batin. Bawa la bertaubat."

Aku: "Ok. Kau pun. Jangan lupa kirim salam kat Jesus Christ."

Oneet: "Cibai!"

Aku: "Ha ha ha. Okay, cukup la. Selamat hari raya. Maaf zahir batin."

5 comments:

Anonymous said...

ko utang aku satu!

ameirul azraie bin mustadza said...

He he he

Hariry Ariffin said...

Jae, sorry2. mase ko buzz aku kat ym tu, aku tengah tdo.

ameirul azraie bin mustadza said...

Ok.

freNNy said...

hahahha... klakar btol ..