Thursday, June 26, 2008
Ini Entri Kosong, Tiada Isi Dan Hala Tuju #2
Carigali Hess, bila nak ambil intern baru?
Sunday, June 22, 2008
1..2..3..4, Aku Bilang Guna Jari
Sudah hampir 7 bulan aku hidup sebagai intern. Aku seronok dengan kehidupan begini. Duduk di KL dan bekerja di KLCC. Awal-awal dulu aku benci dengan kehidupan yang serabut di KL ini. Bangun jam 6.00 pagi, berebut untuk masuk ke dalam LRT. Tapi sekarang aku rasa aku dah berjaya adaptasi dan asimilasi diri aku dengan kehidupan begini. Aku gembira dengan kehidupan begini, aku ada banyak masa selepas kerja untuk aku rencanakan kehidupan aku.
Balik semula untuk belajar, aku pasti perlu bangun pagi. Bangun pagi tiada masalah lagi. Masalahnya, aku perlu dengar ajaran yang aku juga tidak pasti ilmu itu aku akan aplikasikan atau tidak. Selama 2 tahun setengah di universiti, tidak banyak ilmu yang aku belajar relevan dengan kerja yang aku buat. "Untuk apa aku belajar lagi setahun jika aku tahu ilmu yang aku belajar pasti tak relevan dengan kerja aku nanti?!" fikir aku marah dalam hati.
Hidup sebagai pelajar, bertungkus-lumus selama 4 tahun dengan sistem edukasi yang diterapkan oleh kerajaan Malaysia. Aku rasa aku belajar hanya untuk mendapatkan skrol yang menyatakan aku seorang pelajar yang telah tamat pelajaran dalam Bachelor of Mechanical Engineering. Dengan skrol itu nanti, aku perlu jaja sana-sini untuk pastikan aku dapat kerja, dapat name card yang bertulis aku seorang Engineer.
Hanya itu sahaja, aku yakin memang hanya itu sahaja!
Saturday, June 21, 2008
Aku Efektif, Lihat Perempuan Cantik Main Futsal
Sampai destinasi, aku bertegur sapa dengan beberapa orang rakan sepejabat.
Sensor perempuan cantik aku mula menjalankan tugas. Mata meliar ke semua arah. Beep beep beep. Sensor berbunyi kuat, aku sudah tersenyum melihat perempuan cantik rakan sepejabat beraksi. Datang dekat, aku senyum kecil melihat telatah dan aksi perempuan cantik rakan sepejabat menyepak bola untuk tendangan penalti.
Lihat telatah dan aksi mereka buat aku rasa segar seperti aku baru lahir semula ke dunia. Aku belajar yang aku perlu lakukan Sharpen the Saw ini setiap minggu untuk memastikan fizikal, emosi, mental dan jasmani aku sentiasa berada dalam tip-top condition.
Guys, do you have any women futsal tournament next week?!
Aku Mahu Jadi Efektif, Lihat Perempuan Cantik Main Futsal
Physical: Exercising
Social/Emotional: Making social and meaningful connection with others
Mental: Learning, reading and writing
Spiritual: Serving time in nature, expanding spiritual self through mediation, music or art
Jadi, untuk menjadikan aku seorang yang efektif, aku mahu pergi ke tournament futsal Carigali Hess di Sports Planet, Ampang melihat perempuan cantik bermain futsal.
Thursday, May 8, 2008
Hidup Adalah Perjuangan! #4
Sampai office aku cari Safwan, aku tunjuk berita tentang Raja Petra kepada Safwan. Kami berdiskusi, berkongsi pemikiran.
"Respect betul aku kat orang macam ni," kata Safwan penuh inspirasi.
"Kenapa pula?" soal aku ingin tahu lebih lanjut.
"Yelah, duit untuk bayar ikat jamin dah ada, tapi dia tetap dengan pendirian dia untuk stay dalam jail," jawab Safwan penuh semangat.
"Tu la pasal. Aku pun respect orang camni. Berani dengan apa yang dia diperjuangkan. Cekal dan tabah dalam perjuangan hidup dia. Kalau aku jadi dia pun belum tentu aku mampu buat apa yang dia buat sekarang ni," tambah aku lagi.
"Dah la tu cerita pasal Raja Petra ni. Pergi sambung kerja kau lagi baik la," kata Amar G kepada kami lagak seorang bos seperti Tuan HRM.
Aku pergi pantry tanpa hiraukan Amar G. Perut lapar. Bekal breakfast yang bibik siapkan sejak dari Subuh lagi perlu aku habiskan.
Wednesday, May 7, 2008
Hidup Adalah Perjuangan! #3
"Kau bukan ada Orientation Program ke pagi ni?" tanya Shahril bila lihat aku cari Safwan dan Amar G. "Safwan dengan Amar G. dah naik Level 68," jelas Shahril lagi tanpa perlu aku tanya.
Ambil paper NST, aku naik lif ke Level 68. Aku masuk Cakerawala Room, cari Safwan.
"Kau baca paper NST hari ini?" aku tanya Safwan. Aku tunjuk muka depan paper NST. Safwan sebagai blogger sejati, pasti tertarik dengan headline paper NST hari ini, blogger@jail. Isi kandungan utama; Raja Petra bin Raja Kamarudin was charged in the Sessions Court under Sedition Act 1948 with posting a seditious article on his website, Malaysia Today titled "Let's send the Altantuya murderers to hell." This is the fourth time Raja Petra, who further his studies at Malay College Kuala Kangsar has been investigated by the police under the Sedition Act 1948. The first was in March 2001, followed by November 2004 and July last year.
"Aku kagum dengan orang macam Raja Petra ni," kata Safwan kepada aku.
"Kenapa pula?" tanya aku, ingin tahu.
"Yelah, empat kali dia kena tangkap under Sedition Act 1948, tapi dia tetap yakin dan berani dengan apa yang dia perjuangkan. Inilah contoh blogger sejati!" terang Safwan kepada aku.
"Yeah,betul kata kau," jawab aku. Kata-kata Safwan buat aku fikir mengenai perjuangan hidup. Hidup yang kita lalui, takkan bermakna kalau kita hanya pilih untuk hidup sebagai manusia biasa tanpa ada cabaran, tanpa ada perjuangan dan tanpa ada keyakinan dengan apa yang diperjuangkan, fikir aku.
"Shall we start our program?" tanya Encik Zainal menghentikan fikiran aku yang sudah terbang jauh.
Friday, May 2, 2008
Jam Biologikal Aku Rosak #1
Kerja yang diberi oleh KS tak berusik lagi.
Otak tepu. Minda lesu. Badan letih.
"Padan muka aku, sapa suruh keluar sampai lewat pagi!" seranah aku dalam hati.
"Now, I need more than just a cup of coffee," keluh aku.
Monday, April 28, 2008
Perut Lapar, Waktu Petang di Suria KLCC
Perut lapar. Aku pun pelik. Sejak botak ni makin senang pula aku lapar. Cuba menggunakan ilmu sains darjah 6 untuk mencipta hipotesis mengenai perkaitan botak dan lapar tapi gagal. Jalan buntu. Perut makin lapar. Misi mencari makanan disambung semula.
Lalu tepi Chillies. Buka wallet. Renung masa depan. Aku sambung jalan.
Lalu tepi Dome. Buka wallet. Renung masa depan. Aku sambung jalan lagi.
Nampak Cold Storage. Buka wallet. Renung masa depan. Aku senyum. Aku atur langkah masuk Cold Storage. Cari makanan, tiada apa yang menarik. Hampa.
Misi mencari makanan diteruskan dengan usaha yang lebih giat.
Terfikir Roti Boy yang lazat. "Nyum..Nyum," nafsu lapar aku menggedik berbicara.
Sampai depan kedai Roti Boy aku terkejut. Roti Boy tutup. Aku pergi dekat, aku baca notis. "We are sorry to inform you that we have our Annual Grand Dinner tonight. We will continue our business as usual tomorrow."
Perut lapar, waktu petang di Suria KLCC.
Wednesday, April 23, 2008
mungkin ini hanya halusinasi atau mimpi?
dari pagi hingga ke tengahari aku berkhayal. aku taip dan reply setiap message yang si comel hantar kepada aku. selesai bermain SMS, aku masukkan phone ke dalam kocek kiri seluar. aku cuba mencari aktiviti bermanfaat untuk dilakukan oleh seorang intern. aku double-click pada folder 'internship documents' yang terletak di desktop.
terjumpa sesuatu untuk aku buat; weekly report yang perlu ditulis tanpa rela hati pada setiap minggu disebabkan ideologi utp yang memberi 14 credit hours untuk 8 bulan internship.
minggu ini minggu yang ke-21 tapi cursor mouse aku double-click pada file week 11. "arghhh...sialan, sudah 10 minggu report aku tak bertulis!", sumpah hatiku.
weekly report sentiasa aku tulis berdasarkan e-mail yang aku simpan dalam archieve pada aplikasi Lotus Notes. aku buka Lotus Notes sambil tangan mula mengarang report yang sudah lapuk aku tinggalkan. sambil menulis aku print beberapa attachment untuk dilampirkan pada weekly report yang aku taip.
bangun dari kerusi aku, aku berjalan menuju ke printer yang terlepak di depan cubicle aku. aku ambil attachment yang aku print lalu kembali ke tempat duduk. aku terlanggar bucu meja dan terdengar bunyi "CRACKKKKKK" seperti bunyi sesuatu yang retak, diiringi hati yang turut sama retak malah berkecai. aku seluk tangan ke dalam kocek seluar kiri sambil menatap phone yang baru dibeli. "mungkin ini hanya halusinasi atau mimpi?", fikir aku cuba menenangkan perasaan.
Monday, April 14, 2008
before and after marriage
Before marriage....
He: Yes. At last. It was so hard to wait.
She: Do you want me to leave?
He: No! Don't even think about it.
She: Do you love me?
He: Of course! Over and over!
She: Have you ever cheated on me?
He: No! Why are you even asking?
She: Will you kiss me?
He: Every chance I get.
She: Will you hit me?
He: Are you crazy! I'm not that kind of person!
She: Can I trust you?
He: Yes.
She: Darling!
After marriage....
Simply read from bottom to top.
With a smile, I closed back the email. One thing for sure I'm not married yet, but is this a fact or just a funny joke?
Wednesday, April 9, 2008
hidup adalah perjuangan! #2
hidup ini penuh dengan masalah.
aku setuju dengan ini.
hidup ini banyak perkara yang perlu difikirkan.
aku setuju dengan ini.
hidup ini adalah satu kitaran hidup yang bosan.
aku setuju dengan ini.
hidup kena ingat dan yakin pada Allah.
tapi aku tidak setuju jika manusia mengeluh disebabkan tidak mampu mengatasi dan menyelesaikan masalah-masalah yang terpaksa ditempuhi dalam hidup ini.
manusia yang diciptakan dari tanah itu bijak. ciptaan Allah yang paling agung sekali. lebih agung dari Malaikat yang diciptakan dari cahaya dan lebih agung dari Iblis yang diciptakan daripada api. buktinya, Malaikat juga tunduk dan sujud pada Adam setelah Adam diciptakan oleh Allah sebagai manusia pertama di dunia ini. hanya Iblis yang sombong tidak mahu tunduk dan sujud pada Adam kerana merasakan dirinya lebih mulia.
*
di dalam bilik dokumen, di main office Carigali Hess.
Safwan, Gadafi dan Azraie duduk menerima ceramah motivasi dari Tuan HRM.
kebelakangan ini, ceramah motivasi begini kerap diadakan oleh Tuan HRM secara percuma.
aku gemar begini kerana perkataan demi perkataan yang dituturkan oleh Tuan HRM membuatkan aku sedar di mana aku berada dan apa yang patut aku lakukan.
tapi, untuk pengetahuan Tuan HRM, aku tidak duduk di Carigali Hess hanya untuk bermain Internet, blogging secara tepatnya.
aku akui, bulan yang pertama aku begitu, tapi bulan-bulan yang mendatang aku sedar aku perlu belajar dan menimba sebanyak ilmu di sini.
aku telah cuba sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik dalam semua tugasan yang diberikan.
aku bukan tidak mahu belajar ilmu engineering.
tapi aku rasa engineering itu bukan sekadar melakukan kira-kira berdasarkan teori tahyul ciptaan mereka yang kini tidak lagi wujud di dunia.
aku bukan tidak mahu belajar ilmu engineering.
tapi aku rasa apa yang aku buat juga melibatkan engineering tetapi lebih cenderung kepada procurement, planning, managing dan co-ordinating.
aku bukan tidak mahu belajar ilmu engineering.
tapi semua kerja yang diberikan lebih kepada paperwork.
aku bukan tidak tahu langsung mengenai ilmu engineering.
aku tahu bagaimana untuk menafsir P&ID seawal minggu ke-empat aku di Carigali Hess tapi mungkin tidak sehebat Tuan HRM.
aku tahu mengenai materials dan items seperti stud bolts and nuts, segala jenis valve, segala jenis manifold, cables dan pelbagai lagi items dan materials yang lain.
aku tahu dan pernah lihat topsides dan jackets yang sedang dibina strukturnya tapi mungkin tidak sehebat ilmu Tuan HRM dari segi kelengkapan dan strukturnya.
kerja yang aku lakukan bukan hanya sekadar berkaitan MOC seperti yang selalu dituturkan oleh Tuan HRM.
aku bukan spesis manusia pasif yang tidak mahu memajukan diri sendiri.
aku selalu bertanya meminta tugasan yang boleh aku bantu dengan harapan aku boleh belajar sesuatu yang baru.
kadang-kala aku hampa kerana kerja yang diberikan masih tetap sama.
tapi sekurang-kurangnya aku gembira kerana aku akan menjadi lebih cekap mengenai kerja yang aku lakukan berbanding mereka yang lain.
jika boleh aku mahu belajar segala-galanya tapi aku manusia normal yang punyai hanya 24 jam sehari.
aku juga perlukan kehidupan sebagai manusia normal seperti Tuan HRM.
tetapi aku sentiasa berterima kasih kepada Tuan HRM kerana ceramah motivasi percuma yang diberikan.
*
masih lagi bertempat di dalam bilik dokumen, di main office Carigali Hess.
Tuan HRM: saya selalu nasihat anak saya, just do anything you want to do but make sure you be the best among the rest.
Azraie: (Aku setuju).
Ahmoi LSL lalu berbaju hitam low cut di dada, Tuan HRM pandang Tuan CBM sementara yang lain diam sebentar seperti ada Malaikat yang lalu sambil mendengar perbualan dewasa mereka yang berlangsung selama seminit.
Tuan HRM: kalau nak jadi tukang sampah, jadilah tukang sampah yang terbaik sebab kemungkinan tukang sampah terbaik boleh establish his own waste management company.
Azraie: (Aku sangat setuju!)
*
hidup adalah perjuangan! selama-lamanya; selagi jantung masih berdegup dan paru-paru masih menghirup dan menghembus nafas melalui rongga-rongga yang sewajarnya.
Thursday, March 13, 2008
Blood Donation @ Dewan Filharmonik PETRONAS
.jpg)
Wednesday, March 12, 2008
Health Screening by KPJ @ Carigali Hess


1. Blood Pressure: 130/79 which is normal because it is less than 140/90
2. Blood Glucose: 5.5 mmol/L which is normal because it is less than 10.0 mmol/L
3. Blood Cholestrol: 4.38 mmol/L which is normal because it is less than 5.2 mmol/L
4. Body Mass Index (BMI): 22.6 which is an ideal BMI for a young man like me!
To calculate your own BMI precisely, you can go to BMI Calculator. Anyway, I'm so happy to know that I'm a healthy young man with an ideal BMI. Cheers!
Tuesday, March 11, 2008
Day 1 Trivia Winners - Runner Up

At my office, Carigali Hess Office Safety & Health Committee is organizing a safety event called CARIGALI HESS HSE WEEK which was scheduled from March 10 to 14, 2008 as the celebration of Carigali Hess high regards to safety & health, meant for all the employees at the company.
As one of the employee at the company I also participated in the programme. The programmes include the Health Talk about Skin Problem, Health Screening by KPJ etc. They also included HSE Video & Quiz as one of their programme in the tentative. On the first day, March 10, I participated in the HSE Quiz without any intention or hope to win. But, surprisingly, a day later, March 11, they announced the result through the Carigali Hess mailing system and I was surprised to know that I won the Quiz contest as a Runner Up!
Monday, March 10, 2008
HSE Week - Launching

Three handsome trainees at Carigali Hess attending the Launching of HSE Week which was organized by Carigali Hess Office Safety & Health Committee, scheduled from March 10 to 14, 2008.
Thursday, March 6, 2008
surprise breakfast
pening kepala dan sakit tekak belum berkurang
phone yang berbunyi dari tadi aku ambil
aku tekan off button bagi mengusir kebisingan di pagi hari
tertidur kembali
sedar-sedar jam 6.57 pagi
ouh.."shit man, i'm late to go to work", getus hatiku
10 minit kemudian aku telah siap berpakaian kemas untuk ke tempat kerja
sampai di klcc, tergerak hati membeli nasi lemak yang berharga rm 3.00.
harga yang bagi aku mahal untuk nasi lemak kosong tanpa apa-apa lauk
perut perlu diisi kerana aku nak makan ubat sebentar nanti
aku terkejut sebaik sahaja tiba di office
terdapat sebungkus nasi lemak di atas meja
puas juga memikirkan siapa yang sayang pada diri ini
tanya pada kak ros, kak ros kata bukan dia yang bagi
tanya pada shikin, shikin juga kata bukan dia yang bagi
"siapa lagi yang sayang aku ni?", detik hatiku
nasi lemak itu aku simpan sekali dengan nasi lemak yang aku beli di suria klcc tadi
tidak lama selepas itu, kak shima menegur aku
"dah dapat nasi lemak?", tanya kak shima kepada aku
dengan pantas aku menganggukkan kepala sambil tersenyum di dalam hati
Wednesday, March 5, 2008
sunyi sepi, penat dan ...
intern yang lain semuanya menyertai training - excel for engineers
aku ingin turut serta tapi ada menimbun-nimbun kerja yang perlu disiapkan yang tidak mengizinkan aku untuk menyertai training - excel for engineers tersebut
kasihan juga melihat supervisor aku seorang diri menguruskan semuanya
engineers yang lain semuanya on leave ataupun busy untuk mobilization preparation bagi tujuan bumi flowlines installation pada 15 mac ini
dengan suasana persekitaran aku yang sunyi sepi, aku gagahkan diri membuat kerja
menyelesaikan segala purchase requisition yang perlu dilakukan
menghubungi vendors yang memungkiri janji untuk memberi update terkini mengenai items and materials yang dibeli
mengarahkan semua orang melakukan kerja masing-masing
arghh..hari ini sangat penat!
Friday, February 29, 2008
ahmoi cantik, lebih baik kau bogel saja!
dalam lif ada ahmoi cantik berbaju pink dengan mikro skirt putih.
sempat juga aku menyanyikan beberapa rangkap lagu ahmoi cantik oleh kumpulan Hujan.
tiba di aras bawah, kami berjalan menuju ke arah Wisma Central.
ahmoi cantik tadi berada di depan kami berjalan seorang diri ke arah tangga yang menuju ke stesen LRT KLCC.
melihat ahmoi cantik itu berjalan, kami semua terperasan sesuatu..ahmoi cantik pakai mikro skirt jarang warna putih, nampak pula bahagian dalamnya berwarna hitam.
argh..ahmoi cantik, lebih baik kau bogel saja dari berpakaian jarang yang serupa seperti orang tak berbaju!!!
Wednesday, February 27, 2008
moody day?
orang-orang di sekitar cubicle aku juga lebih banyak mendiamkan diri.
entah kenapa aku pun tak tahu.
mungkin masing-masing ada masalah.
tapi aku? kenapa aku pun turut serta murung?
aku pun tidak pasti.
tapi aku memang berasa murung.
mungkinkah kerana memikirkan si dia?
si dia yang tidak pasti akan terus ada dalam hidupku.
untuk mendampingi jiwa yang sedang kesepian ini.
argh, kenapa aku begini...