Wednesday, April 23, 2008

mungkin ini hanya halusinasi atau mimpi?

hari ini hari yang bosan. bos pergi ke kemaman tanpa peduli untuk membawa aku bersama.bos tak ada, kerja pun tak ada.

dari pagi hingga ke tengahari aku berkhayal. aku taip dan reply setiap message yang si comel hantar kepada aku. selesai bermain SMS, aku masukkan phone ke dalam kocek kiri seluar. aku cuba mencari aktiviti bermanfaat untuk dilakukan oleh seorang intern. aku double-click pada folder 'internship documents' yang terletak di desktop.

terjumpa sesuatu untuk aku buat; weekly report yang perlu ditulis tanpa rela hati pada setiap minggu disebabkan ideologi utp yang memberi 14 credit hours untuk 8 bulan internship.

minggu ini minggu yang ke-21 tapi cursor mouse aku double-click pada file week 11. "arghhh...sialan, sudah 10 minggu report aku tak bertulis!", sumpah hatiku.

weekly report sentiasa aku tulis berdasarkan e-mail yang aku simpan dalam archieve pada aplikasi Lotus Notes. aku buka Lotus Notes sambil tangan mula mengarang report yang sudah lapuk aku tinggalkan. sambil menulis aku print beberapa attachment untuk dilampirkan pada weekly report yang aku taip.

bangun dari kerusi aku, aku berjalan menuju ke printer yang terlepak di depan cubicle aku. aku ambil attachment yang aku print lalu kembali ke tempat duduk. aku terlanggar bucu meja dan terdengar bunyi "CRACKKKKKK" seperti bunyi sesuatu yang retak, diiringi hati yang turut sama retak malah berkecai. aku seluk tangan ke dalam kocek seluar kiri sambil menatap phone yang baru dibeli. "mungkin ini hanya halusinasi atau mimpi?", fikir aku cuba menenangkan perasaan.

4 comments:

anakecil said...

hahaha.

retak ke beb?

ameirul azraie said...

retak la beb!kecewa aku.damn it.nk kena pi kedai balik tanya leh ganti free x.klu x mmg melayang lagi la duit aku.haih..

Dayana said...

phone ape jae?

ameirul azraie said...

tengok la post telefon bimbit #1 :)