
aku rindu pada malay college kuala kangsar, tempat aku bergembira dengan sepuas-puasnya, mengenali sahabat sejati dan mendewasakan minda dan jiwa mudaku.

aku rindu pada padang ragbi malay college, tempat aku bermain di waktu petang; aku rindu pada masjid kuala kangsar tempat aku mendapat tidur yang nyenyak pada waktu tengahari jumaat.

aku rindu pada sungai kuala kangsar, tempat aku menang pertandingan mendayung mengalahkan SMK Clifford sempena pesta air kuala kangsar.

aku rindu pada jambatan kuala kangsar, tempat aku berdiri dengan gembiranya menghirup udara segar kuala kangsar.

aku rindu pada restoran yut loy, tempat yang aku telah kunjungi dari form 1 lagi dan aku masih mengunjunginya sehingga kini jika aku berpeluang ke kuala kangsar.

aku rindu pada kuala kangsar, tempat yang menyimpan 1001 kenangan buatku. sambutlah ketibaanku 2 hari lagi...
No comments:
Post a Comment