Sunday, April 27, 2008

Keliru Dalam Dunia Kata Singkatan #2

Habis menonton filem Fool's Gold di Cineleisure, aku terasa lapar. Mungkin lawak-lawak filem Fool's Gold tadi, yang buat aku tergelak bagai nak pecah perut telah menyerap semua makanan dalam perut aku, menukarkannya daripada tenaga keupayaan kepada tenaga kinetik. Lalu aku bersama Adhil, Shikin dan boyfriend kepada Shikin (sorry, aku kurang ingat nama lelaki because I'm not a gay and I'm not interested with guys). Shikin yang telah kelaparan berjaya memujuk Boyfriend Tanpa Nama untuk makan di Restoran Nasi Kandar D'Kayu, Tesco Mutiara Damansara. Adhil turut bersetuju. Aku yang sangat ketandusan makanan hanya membontoti mereka bertiga.

Mamak datang ambil order, aku pilih untuk makan mee rojak, milo ais dan air suam. Mamak tanya, "Apsal you satu orang, air order sampai dua?" Aku jawab, "Kecoh la mamak ni. Ambik je la order tu, banyak tanya pulak." tapi dalam hati je la. Yang sebenarnya aku hanya jawab, "Saya haus la mamak." Mamak ambil order dan berlalu pergi menjalankan tugasnya. Perut lapar telah menggeselkan bunyi biola menyanyikan lagu Melly Goeslow - Let's Dance.

5 minit kemudian mamak datang bawa makanan. Dengan muka gembira, aku mula menyumbat mee rojak untuk memberhentikan kugiran yang sedang rancak menyanyikan lagu Melly Goeslow - Let's Dance. Adhil dan Shikin mula berborak.

Adhil: "Kau dah lama tak balik rumah, mak kau tak marah ke?"

Shikin: "Aku tengah gaduh dengan mak aku la."

Aku: "Anak derhaka!" kata aku dalam hati.

Adhil: "Jarang balik pun boleh gaduh ke?"

Shikin: "Mane ade la. Aku baru je balik last week, jaga niece aku"

Aku: "Pura-pura baik la tu!" kata aku dalam hati.

Adhil: "Ouh..Yeke?"

Shikin: "Ha'ah. Jaga niece aku. Aku bawak dia jalan-jalan."

Aku: "Padahal terpaksa," kata aku dalam hati.

Shikin: "Tapi dia kata aku KK"

Adhil: "KK? Apa tu?"

Aku: "Yeah. Apa maksud KK? Kuala Kangsar aku tau la," kata aku dalam hati.

Shikin: "KK tu Kelam-kabut."

Adhil: "Hahaha.."

Aku: "KK is kelam-kabut, what the fuck?" tanya aku dengan kuat.

Orang sekitar meja pandang kami, aku sambung makan.

1 comment:

~aWeEn~ said...

sile bsupan di tmpt public.mungkin ade kanak2. :P