Sunday, April 13, 2008

telefon bimbit


terima kasih untuk perkhidmatan cemerlang yang diberikan selama 3 tahun ini.

terima kasih kerana berkhidmat dari mula wajah normal ke wajah biru ke wajah hijau dan kini hanya tinggal wajah pudar untuk ditatap.

terima kasih kerana mengajar aku mengenali dan memahami erti cinta dan kasih sayang, setia dan curang, kegembiraan dan kedukaan etc.

terima kasih kerana menjadi saksi kepada kalimat-kalimat cinta yang aku lafazkan kepada si comel.

terima kasih kerana menyimpan 2715 messages yang penuh dengan kalimat-kalimat kasih sayang dari si comel.

jasamu akan aku kenang hingga ke akhir hayat.

No comments: