Wednesday, May 7, 2008

Hidup Adalah Perjuangan! #3

Sampai pejabat, aku cari Safwan. Mata merayap dari satu cubicle ke cubicle yang lain. Safwan tak kelihatan. Aku pelik. Aku pergi cubicle sendiri, aku letak beg. Amar G pun tak kelihatan. Lihat jam tangan, sudah 8.20 AM.

"Kau bukan ada Orientation Program ke pagi ni?" tanya Shahril bila lihat aku cari Safwan dan Amar G. "Safwan dengan Amar G. dah naik Level 68," jelas Shahril lagi tanpa perlu aku tanya.

Ambil paper NST, aku naik lif ke Level 68. Aku masuk Cakerawala Room, cari Safwan.

"Kau baca paper NST hari ini?" aku tanya Safwan. Aku tunjuk muka depan paper NST. Safwan sebagai blogger sejati, pasti tertarik dengan headline paper NST hari ini, blogger@jail. Isi kandungan utama; Raja Petra bin Raja Kamarudin was charged in the Sessions Court under Sedition Act 1948 with posting a seditious article on his website, Malaysia Today titled "Let's send the Altantuya murderers to hell." This is the fourth time Raja Petra, who further his studies at Malay College Kuala Kangsar has been investigated by the police under the Sedition Act 1948. The first was in March 2001, followed by November 2004 and July last year.

"Aku kagum dengan orang macam Raja Petra ni," kata Safwan kepada aku.

"Kenapa pula?" tanya aku, ingin tahu.

"Yelah, empat kali dia kena tangkap under Sedition Act 1948, tapi dia tetap yakin dan berani dengan apa yang dia perjuangkan. Inilah contoh blogger sejati!" terang Safwan kepada aku.

"Yeah,betul kata kau," jawab aku. Kata-kata Safwan buat aku fikir mengenai perjuangan hidup. Hidup yang kita lalui, takkan bermakna kalau kita hanya pilih untuk hidup sebagai manusia biasa tanpa ada cabaran, tanpa ada perjuangan dan tanpa ada keyakinan dengan apa yang diperjuangkan, fikir aku.

"Shall we start our program?" tanya Encik Zainal menghentikan fikiran aku yang sudah terbang jauh.

1 comment:

safwanisa said...

gua bangga gua pny pemikiran lu dh letak dlm blog lu...gua igt lu ng gua ade chemical la, eh, chemistry. hidup bloggers...kne jail pn xpe

p/s:gua pny chemistry dlu fail