Sahabat, thanks for your precious phone call. It was nice to hear your voice once again.
Ingat kata-kata nasihat aku pada kamu. Hidup ini penuh dengan dugaan. Dugaan kecil, pasti mudah sahaja kamu selesaikan. Dugaan besar itu yang kamu perlu hadapi, kamu perlu tentang, kamu perlu selesaikan! Dugaan besar itu yang mengajar kamu erti kehidupan sebenar. Jangan kamu lari, jangan kamu tunduk, jangan kamu biarkan dugaan besar itu begitu sahaja.
Sahabat, aku tahu kamu boleh lakukan. Jangan kamu cipta dunia khyalan kamu dengan arak dan dadah. Kamu yang aku kenal bukan seorang pengecut, bukan begitu? Kamu yang aku kenal penuh dengan inspirasi, penuh dengan tenaga, penuh dengan keberanian.
Sahabat, aku mahu kamu duduk berfikir. Dalami jiwa, renung masa depan. Aku pasti kamu tak mahu jadi sampah pengecut yang hanya tahu cipta dunia khayalan, berfantasi seorang diri. Aku mahu kamu bangun, hadapi, tentang dan selesaikan masalah kamu! Aku mahu kamu sekurang-kurangnya cuba. Aku sayang kamu, kamu sayang aku juga bukan?
Oleh itu, sahutlah seruan kerajaan Malaysia. Jadilah remaja yang sihat dan aktif. Jauhilah arak dan dadah!
EAT SMART: ROASTED PEPPER + ONION PESTO TART
7 years ago
No comments:
Post a Comment