Thursday, May 22, 2008

Aku Mahu Masuk Ke Dalam Gua, Kamu Jangan Ganggu!

Statistik yang dikeluarkan oleh mesin dari medulla oblongata menunjukkan yang kini aku tidak mendapat tidur yang mencukupi sepanjang 6 hari ini. Lawatan ke Perak dan juga minggu ramah mesra bersama teman-teman sosial lelaki adalah punca utama. Ingat, aku bukan gay! Aku perlu bersosial. Aku juga tidak menyalahkan lawatan ke Perak mahupun minggu ramah mesra bersama teman-teman sosial lelaki sebab aku sendiri yang pilih jalan itu.

Aku penat dan letih. Tidur yang tak mencukupi buat fikiran melayang, hormon aku terganggu. Aku bukan mengalami andropause, jauh sekali untuk mengalami menopause sebab aku seorang lelaki sihat, gagah perkasa yang baru berusia 22 tahun.

SC berkecil hati dengan aku. Baru sekejap aku rasakan bahagia seperti di awangan. Tapi kini aku berduka kembali. Sebabnya, selepas berjumpa dengannya, aku hantar message beritahu yang aku mahu meletakkan nama SC sebagai Syaitan Comel di blog aku. Aku rasakan yang nama seperti itu comel dan aku hanya menyatakannya secara literal bukan secara definisinya.

Tapi SC mengambil serius apa yang aku perkatakan. SC beritahu yang aku telah berjaya buat dia bersedih setelah dinner bersama yang menggembirakan. Ddengan panggilan seperti itu SC rasa terhina dan dipandang hina oleh aku. Aku tegaskan yang aku tiada maksud lain. Hanya idea nakal yang mungkin kurang bernas membuatkan aku mahu meletakkan nama SC sebagai Syaitan Comel di blog aku. Kini, saat yang tadi gembira bertukar muram. Gelap gelita. Aku bermuram durja.

Aku sedar aku tersalah dalam menyampaikan idea comel aku. Tapi aku berharap SC tidak akan berkecil hati. SC maafkan aku tapi dia memerlukan masa untuk bersendirian bagi mengubati hati yang terguris. SC seorang wanita tetapi kenapa SC perlu masuk ke dalam gua seperti seorang lelaki? Girls, ada apa-apa nasihat kenapa SC masuk ke dalam gua dan bagaimana untuk aku memujuk SC?

Aku sudah peluk dia. Aku juga sudah kucup dahinya. Aku sudah hantar berpuluh message memohon maaf. Aku sudah belikan sejambak bunga ros. Girls, kalau kamu pasti kamu sudah berjaya aku pujuk, betul tak? Tapi SC lain daripada kamu semua girls, dia tetap ingin masuk ke dalam gua. SC mahukan masa untuk bersendiri. Sebab itu aku sayang SC dan bukan kamu girls.

Aku tahu aku salah buat SC berkecil hati. Itu yang buat aku runsing, pening dan keliru. Pengalaman sebagai Dr. Love tidak mampu menolong aku menjadi seorang pencinta wanita yang bagus mahupun menjadi seorang pemujuk agung. Girls, aku serius..Apa patut aku lakukan? Patutkah aku biarkan SC masuk ke dalam guanya sendiri tanpa terus memujuk? Atau, perlukah aku terus memujuk SC?

Aku runsing. Aku pening. Aku keliru. Aku juga mahu masuk ke dalam gua, kamu jangan ganggu!

5 comments:

::askmie:: said...

SC!! jgn majuk2 eyh?? jae gurau2 comel. nnt ak sekeh kepale dia. dun worry!

-aku bukan girls dkm cite kao-

sourplum said...

die nk msuk dlm gua?
sure ke
die bukan laki la jae..
kn laen ape yg die nk ng ape yg kte nk
cuba baca2 blk ape buku tuh =P

ameirul azraie said...

hurm...

todd said...

bca buku 'men r from mars, women r from venus'... then bru ko phm npe dia msuk gua

sourplum said...

yela toDD