1 received message. Aku picit butang open pada kekunci di telefon bimbit. Teman baik ajak berjumpa di Suria KLCC. Aku turutkan ajakan, bangun dan bergerak menuju ke Suria KLCC. Jumpa teman, ajak minum di Starbucks Coffee. Biasalah, teman baik mahu cuci mata petang hari di Suria KLCC. Mahu lihat wanita-wanita separa bogel dengan rokok di tangan. "They are so fucking sexy and so fucking hot, you must see them" ujar teman baik, meyakinkan aku untuk minum petang, jamu mata di Starbucks Coffee.
Sampai di Starbucks Coffee, teman baik mahu orderkan minuman untuk aku. Aku turutkan sahaja sebab teman baik pernah kerja di Starbucks Coffee satu ketika dahulu untuk satu semester yang mengakibatkan GPA untuk semester tersebut jatuh kepada 1.92. Jangan jadi seperti dia,ok?
Sampai di kaunter, teman baik lagak seperti orang dari Europe.
TB: "Can I have one Frappuccino® Ice Blended Cream and err...one...err"
Cashier: "Yes, and another one...?"
Aku datang dekat kaunter, aku senyum pada cashier.
Aku: "Dia ni nak berlagak yang dia pernah kerja Starbucks Coffee dulu, tapi nak sebut nama minuman pun tergagap-gagap.." tuding aku pada teman baik.
*
Duduk minum. Hayati keseronokan petang, jamu mata di Starbucks Coffee, KLCC.
TB: "Kau ni, dah lama tak jumpa rasa rindu."
Aku: "Biasalah. Aku kan kesayangan ramai orang."
TB: "Tapi sekali dah jumpa, buat perangai sial macam tadi bagi malu aku, aku rasa geram, rasa nak terajang pun ada."
Aku: "Geram sebab cubaan bangga diri tak berjaya ke? Hahaha..."
TB: "Hahaha..Sial."
EAT SMART: ROASTED PEPPER + ONION PESTO TART
7 years ago
2 comments:
saya ingin memberitahu bahawa "aku" dalam entri ini merupakan seorang yg sial pada hari cerita ini terjadi..argghhh!!!
hahaha..aku pada masa ni sgt cool!
Post a Comment