Wednesday, May 21, 2008

Aku Bahagia, Kamu Jangan Dengki!

Sedang bekerja, aku ambil masa berbalas message dengan SC.

SC: "You kat mana ni? Boring la arini. Apa your plan tonight?"

Aku: "No plan. Nape? Sure you tengah bosan. Jom kita keluar nak sayang?"

SC: "Nak pergi mana?"

Aku: "Kita keluar for dinner around 9.00 PM, boleh? Kita makan kat any place yang you nak makan sebab malam ni malam untuk buat you happy"

SC: "Lambat sangat la 9.00 PM. Awal sikit la, 8.30 PM kat Restoran Original Kayu Nasi Kandar, Kota Damansara."

Aku: "Ok sayang. Sure. See you there!"

Hati gembira, aku cepat-cepat pulang ke rumah. Mandi, bersiap. Sembur minyak wangi seluruh badan. Hati kecil menyanyi lagu cinta. Muka berseri tersenyum gembira. Pantas aku pandu kereta menuju ke tempat yang dijanjikan. Sampai di Restoran Original Kayu Nasi Kandar, SC sedang parking kereta. Aku lihat dia parking kereta, buat dia geram sambil suruh aku masuk ke dalam restoran dulu.

SC turun dari kereta dengan wajah yang manis berseri. Rambut hitam yang panjang disisir kemas. Pakai t-shirt Superwoman, SC nampak begitu comel dan cantik. Seperti bidadari yang baru turun dari syurga untuk membahagiakan aku. Aku jatuh cinta lagi buat kali yang keberapa aku pun tak tahu.

Aku makan sambil berbual dengan SC, rasa bahagia Tuhan saja yang tahu. Habis makan, SC awal-awal sudah ambil bil mahu bayar. Aku gentleman,ok? Tapi SC yang berdegil mahu bayar. Selesai bayar aku naik kereta SC, minta dihantar dekat dengan kereta aku. Sebelum turun, aku sempat letak chocolate untuk SC sebelum dia berlalu pergi.

Pergi ke arah kereta, message dari SC masuk. "Thanks for the night. Thanks for the chocolate."

Aku senyum. Aku bahagia. Kamu jangan dengki!

1 comment:

Myra said...

sayang,

u slalu jumpe i x mandi pn.

:(