Sunday, May 18, 2008

Lawatan Ke Perak

Selesai menjual t-shirts di MCPA Hall, aku jumpa kawan-kawan UTP. Minum, makan, kongsi cerita, gelak tawa di Uptown Damansara. Hilang rasa letih badan dapat berkongsi cerita dan bergelak ketawa. Sesi beramah mesra ini berakhir sekitar jam 1.00 AM.

Perjalanan yang aku telah rencanakan masih jauh. Masih banyak yang perlu dilakukan.

Pandu kereta laju ke the Mines. Mahu ambil teman-teman yang tinggal di kawasan Taman Sungai Besi Indah. Mata mengantuk, badan kembali terasa letih tapi aku kuatkan semangat. Aku perlu pastikan apa yang aku rencanakan hujung minggu ini dapat diselesaikan.

Perjalanan yang aku telah rencanakan masih jauh. Masih banyak yang perlu dilakukan.

Sampai rumah aku di Kota Damansara (aku hanya menumpang rumah kakak, belum mampu untuk beli rumah sendiri), teman-teman online sebentar. "Internet free, mana boleh disia-siakan begitu je," ujar mereka. Aku angguk sahaja tanda setuju. Aku capai tuala untuk mandi. "Dah mandi, segar sikit badan ni," fikir aku mudah. Selesai mandi, kami bersiap. Sebelum mulakan perjalanan, Dikni isi minyak hitam. "Keselamatan tu perlu diutamakan demi orang yang tersayang," kata Dikni penuh bermakna. Aku hanya senyum tanda setuju.

Dalam kereta, aku pilih untuk duduk di tempat duduk belakang. Baru mulakan perjalanan, mata kembali mengantuk. Separa sedar, separa khayal aku dengar perbualan sayup kedengaran. Aku rasakan pemanduan oleh Sharizan menepati piawai, selamat.

Minda semakin seronok memasuki alam khayal. Tiba-tiba aku terasa kereta dipandu laju kemudian seperti hendak terbabas. Minda yang tadi dalam alam khayal bertindak pantas memberi respon. Dalam keadaan mamai aku berhujah yakin. "Hey, hey.. Bawalah kereta perlahan sikit," kata aku tegas dalam mamai dengan mata separuh buka.

Aku terasa Sharizan dan Dikni pandang aku. Aku buka mata, mereka gelak. "Apa yang kau merepek ni? Aku bawa 40 km/j je nak masuk R&R Rawang tadi," kata Sharizan sambung gelak.

Aku yang sudah malu turut serta gelak. "Ni yang susah kalau dah tidur pastu mengigau," marah diri sendiri, aku malu.

No comments: