Thursday, May 22, 2008

Aku Gembira, Kamu Jangan Dengki!

Aku masih senyum. Aku sedang bahagia. Kamu jangan dengki!

Fiq telefon, ajak tonton final Champions League, Manchester United bertemu dengan Chelsea di rumah the Mines. Aku ingatkan Fiq awal-awal supaya beli minyak tanah secukupnya untuk bakar jersi Chelsea di akhir perlawanan nanti. Aku pandu kereta menuju the Mines dengan rasa yakin yang kemenangan akan berpihak di tangan Manchester United.

Sampai di the Mines, aku berbual dengan Fiq dan Sharizan. Aku katakan yang statistik Champions League menunjukkan team seperti Chelsea yang pertama kali menjejakkan kaki ke final tidak akan menang. Fiq bantah ajak aku bertaruh. Aku letak RM100 sebab aku yakin yang Chelsea tak akan menang. Fiq juga bertaruh RM100 gaya seorang lelaki yang tak mahu kalah.

Perlawanan bermula, Manchester United tampak hebat. Minit ke-26 Cristiano Ronaldo menanduk masuk gol, aku gembira. Menari-nari dengan gembira di hadapan Fiq. Aku ingatkan Fiq sekali lagi untuk bakar jersi Chelsea di akhir perlawanan. Tak puas aku bergembira, Frank Lampard menjaringkan gol penyamaan untuk Chelsea pada minit ke-45 yang buat aku terdiam. Giliran Fiq pula menari-nari gembira di depan aku. Perlawanan bersambung hingga ke masa tambahan. Didier Drogba dilayangkan kad merah pada minit ke-116, buat aku bersorak gembira. Aku nampak bayangan RM200 semakin cerah di depan mata.

Perlawanan masuk kepada penentuan dengan sepakan penalti. Takdir tertulis yang sepakan penalti Cristiano Ronaldo sebagai pemain terbaik dunia akan diselamatkan oleh Petr Cech. Aku tergamam. Saat John Terry ingin melakukan sepakan terakhir yang akan membawa kepada kemenangan, aku tutup muka dengan bantal. Curi-curi lihat. Sebaik sahaja sepakan John Terry tersasar aku terus melompat gembira. Aku yakin dengan statistik. Aku yakin dengan sejarah. Dan saat sepakan Nicolas Anelka diselamatkan oleh Edwin van der Sar, aku berlari-lari gembira di dalam rumah.

Capai RM200, gelakkan Fiq, aku suruh dia bakar jersi Chelsea. Lihat jam 5.35 AM, aku pandu balik ke Kota Damansara.

Aku senyum. Aku gembira. Kamu jangan dengki!

No comments: