Monday, May 12, 2008

Mereka Bijak, Belajar Soalan Spot

Bangun tidur, gosok mata. Badan terasa letih, mata masih berat untuk dibuka. Lihat jam tangan sudah jam 8.30 PM. Kuatkan azam, gagahkan diri; aku bangun dan duduk di tepi katil. Layankan lagi mata dan badan yang minta simpati. "Cukup-cukup la rehat dan tidur ni. Jom kita isi perut yang dah berbunyi ni pula," aku kata pada mata dan badan.

Turun bawah, cari makanan. Minta bibik yang tak pandai masak, goreng telur dadar dan buat air teh O ais. Selesai makan, perut kenyang, hati gembira. Lihat Nafiz dan Nazif tengah khusyuk belajar (Nafiz dan Nazif adalah si kembar yang berusia 6 tahun).

Datang dekat, aku lihat mereka sedang sibuk belajar menulis. Aku datang, aku ganggu Nazif.

Aku: "Nazif tengah buat apa ni? Cam sibuk je," tanya aku dengan nada gurau.

Nazif: "Nazif tengah study la Jae" sambil tangan sibuk menulis perkataan Mug, Cup, Pencil etc.

Aku terpandang, gambar Chopsticks yang tak bertulis apa-apa.

Aku: "Ni kenapa tak tulis apa-apa?" aku tunjuk pada gambar chopsticks, nada bertanya yang ingin tahu.

Nazif: "Ni tak belajar lagi kat school," jawab Nazif sambil pandang Papa dia minta backup.

Papa: "Nazif dengan Nafiz ni tengah belajar soalan spot je untuk exam esok," terang abang ipar aku.

Aku senyum, aku naik tangga ke bilik. "Budak baru 6 tahun pun dah pandai belajar jawab soalan spot je untuk exam.." detik hati aku kagum dan lucu.

4 comments:

anakecil said...

haha.

siot je budak- budak zaman skarang ye?

mr chekodox said...

wah bdak kecil skolah rendah pon da pndai men2 soklan spot.kte yg kt u ni lagila.betol kata pepatah.melentur buluh biarla dari rebung.stiap kali nk final exam ada je soklan2 spot.mana yg klua btol2 ms exam tu ok la.yg x klua ms exam, trnganga la mulut meraih jawapan turun dari langit=P
(teringat soklan spot manufacturing II yg mnyebabkn aku dpt C+)

ameirul azraie said...

anakecil - budak2 zaman sekarang dah canggih beb..

mr chekodox - man tech aku dpt C+ gak!siot je!

iahz said...

no wonder srh blaja soalan spot..

blaja dr ank buah sndr rupenye ye..hehe