Wednesday, February 20, 2008

sepinya malam tanpa bintang

malam itu aku seorang diri.
aku membiarkan sahaja kaki ini melangkah tanpa arah tujuan.
perutku yang sudah berbunyi mengalunkan nada-nada merdu bunyi biola ini mendorong langkahku yang tanpa arah tuju tadi mencari sebuah kedai makan.
melangkah tanpa arah tuju, akhirnya aku berhenti di kedai western food.
sudah lama aku tidak makan sebegitu puas.
selesai sahaja makan aku melangkah pulang ke hotel awana kijal yang menjadi tempat aku beradu keseorangan malam ini.
rasa hati ingin sahaja pulang dan berehat sambil menonton televisyen di bilik.
tapi akal aku memberi idea yang lebih bernas untuk aku membunuh masa lapangku.
aku membawa diri ke tepi pantai di belakang hotel awana kijal itu.
sampai sahaja di tepi pantai aku dapat melihat ombak beralun-alun menghempas pantai.
jam menunjukkan jam 10.15 malam.
esok hari khamis.
aku sudah mahu pulang esok.
aku berbaring di kerusi yang disediakan di tepi pantai itu.
aku biarkan angin bayu malam membelai dan memanjakan diri ini.
terasa nyaman dan damai sekali.
aku suka suasana begini.
jauh dari dunia hipokrasi ciptaan manusia.
jauh dari keserabutan hidup di kota.
jauh dari sebarang masalah.
jiwa aku tenang di sini.
aku biarkan diri ini khayal seketika.
kesepian malam tanpa bintang di langit ini membuatkan aku jatuh cinta kepada ketenangan dan kedamaian.
"alangkah indahnya jika aku boleh berada di sini lebih lama lagi", detik hatiku sambil melangkah pergi menuju ke bilik hotel...

No comments: