Thursday, February 21, 2008

mari pulang ke kuala lumpur

selesai sahaja melakukan materials inspection untuk BMA flowlines; aku, uncle yc dan uncle pb meneruskan perjalanan kami untuk pulang ke kuala lumpur. kereta dipandu oleh uncle yc pada kelajuan purata 100 km sejam meninggalkan kemaman dengan aku di sebelah sebagai co-driver dan uncle pb yang sudah terlena di belakang. selamat tinggal kemaman. aku harap kita akan bersua lagi dalam masa terdekat. sampai sahaja di kuantan aku di tinggalkan seorang diri di depan restoran melayu kerana uncle yc dan uncle pb ingin mencari chinese food yang kena dengan selera makan mereka.

selesai sahaja makan, uncle yc dan uncle pb menuju ke spa, ingin mendapatkan body massage kata mereka. aku biarkan sahaja mereka masuk ke dalam spa sambil menanti di ruang menunggu. selesai sahaja mereka mendapat body massage, kami meneruskan perjalanan ke lapangan terbang sultan ahmad shah, kuantan. kapal terbang yang kami naiki berlepas kira-kira jam 6.40 petang. perjalanan pulang ini aku rasakan begitu sekejap sahaja. sedar tak sedar, kapal terbang yang aku naiki sudah sampai ke klia. berakhir sudah perjalanan yang memberi seribu satu kenangan indah dalam hidup ini.

No comments: