Wednesday, May 6, 2009

Untung.

Mantera yang aku ulang sebanyak 19 kali tu agak (sedikit) berhasil, lalu aku sambung menyiapkan Final Year Project report yang tinggal sedikit sahaja lagi. Final touch up before I can submit it on Thursday and this Hell will end immediately.

Baru 10-15 minit aku sambung kerja, suara anasir-anasir jahat mula kedengaran dengan laungan seperti "Tak peminat fanatik la duduk kat bilik buat report je. Jom la pergi tengok game kat mapley." dan sebagainya.

Otak berputar ligat, cuba memikirkan rasional untuk aku pergi menonton game Manchester United-Arsenal di mapley atau duduk di bilik menyiapkan report. Si Angel kata dengan nada tegas, "Duduk la bilik buat report sampai siap. Game tu nanti boleh download kat DC++ je esok." Si Devil pula kata dengan nada pujuk rayu, "Alaa, report tu esok bole sambung, yang penting sekarang ni tengok game. Sure best gila game tuuu."

Dan seperti biasa, aku sebagai manusia yang sentiasa mendahulukan kenikmatan dan kepuasan hidup, pasti akur dengan pujuk rayu Si Devil. Dalam perjalanan ke mapley, aku hantar mesej "Game ni kita bet RM20 nak tak? Ke takut kalah nanti?" kepada Czar, salah seorang peminat fanatik Arsenal. Mesej dibalas "Ok. Aku on je. Arsenal mesti menang punya."

Baru 7-8 minit duduk di mapley, penyokong-penyokong Syaitan Merah telah berdansa kegembiraan hasil jaringan Park Ji-Sung diikuti dengan 2 gol lagi hasil jaringan Cristiano Ronaldo. Aku tersenyum gembira. Terbayang-bayang duit RM20 berterbangan ke arah aku, lalu aku hantar mesej, "RM20 untuk 3 gol Man Utd. Berbaloi tu..." kepada Czar. Mesej dibalas, "Aku dah balik, ada kat bilik ni. Nanti aku bayar duit RM20 tu."

"Hehehe. Seronoknya, senang-senang je dapat duit...," kata aku dalam hati sambil senyum kepada Si Devil.

5 comments:

Shamimi said...

Hoho berjudi la siot ko.

Anonymous said...

tak baik berjudi.duit haram tuh.dahlah awak tu nak exam.lagi nak mkn duit haram.

sue-mai.al-musadda said...

haha..kdg2 devil ni membawa tuah gak..

wawashauqi said...

nak exam ni tobat2 la. perut tu da la mkin boncet...

ijam said...

go man-utd.
prediction final?

man-u 2-1 barca
goals by-ronaldo,tevez,messi