Monday, February 18, 2008

kuala lumpur & ragam manusia

bas plusliner yang aku naiki sampai di puduraya.
hampir 4 jam aku berada dalam perut kenderaan itu.
jemu aku duduk 4 jam seperti si dungu tanpa membuat apa-apa.
akhirnya..aku tiba kembali di kota raya KUALA LUMPUR ini.
aku mengatur langkah, turun dari bas yang telah berhenti menunggu giliran untuk masuk ke dalam puduraya.
aku menyusuri jalan pudu yang penuh dengan manusia pelbagai ragam di sana sini.
aku lihat pemandu-pemandu teksi sedang sibuk mencari mangsa bagi memastikan mereka tidak pulang berjumpa anak isteri dengan hampa.
aku terdengarperbualan seorang pemandu teksi dengan bakal mangsanya.
"u mau pegi mane?"
"mau pegi kl sentral la, brape u charge?"
"20 ringgit saja..byk murah ni. lagipun, hari sudah malam..marilah naik.."
20 ringgit untuk pergi ke kl sentral? bangsat sungguh mereka ini.
lebih baik aku berjalan kaki ke lrt pasar seni untuk ke kl sentral. baru seringgit sahaja!
aku dengarkan saja kata-kata tipu itu tanpa ingin ambil peduli lalu aku berlalu pergi.
mengayun langkah menyusuri jalan pudu itu melepasi seribu satu macam ragam manusia.
ada yang sedang menghisap rokok.
ada yang sedang dilihat dengan wajah yang bosan..mungkin sudah lama menanti yang tersayang datang menjemput.
aku teruskan perjalanan melalui jalan tun tan cheng lock.
kawasan sekitar nando's aku lihat sesak dengan manusia yang mengisi perut yg merintih kelaparan minta diisi.
aku menelan air liur. ingin juga aku berhenti makan melihatkan wajah-wajah manusia ini makan dengan penuh kepuasan menuruti kemahuan nafsu masing-masing.
tapi aku bimbang akan terlepas lrt nanti. aku batalkan fikiran aku itu.
aku teruskan lagi hayunan aku di celah-celah lautan manusia.
langkahku semakin panjang. semakin pantas.
jam sudah menunjukkan 10.30 malam.
aku kena segera. matilah aku kalau lrt sudah tamat perkhidmatannya.
tidak mahu aku kena bayar 20 ringgit hanya untuk sampai ke kl sentral.
aku melalui tepi petaling street. sempat juga aku mengerlingkan mata melihat manusia yang masih begitu sibuk di malam hari begini.
baru sahaja melalui kawasan petaling street itu, aku terdengar jeritan suara perempuan.
"tolong...tolong...tolong!"
mataku melilau mencari sumber suara itu.
di seberang jalan aku lihat adegan sepak-menyepak antara sekelompok manusia bodoh.
yang perempuannya sedang menangis meraih simpati meminta pertolongan, minta diselamatkan kekasihnya dari disepak terajang.
tergamam aku sebentar melihat kelakuan manusia ini.
kenapa mereka begitu bodoh? tidak bolehkah berfikir panjang sedikit?
jika ada masalah pun cubalah selesaikan dengan cara yang baik. susahkah?
lelaki itu terus disepak di tengah-tengah kesibukan jalan tun tan cheng lock itu.
ramai yang datang untuk membantu.
bantu untuk turut sama menyepak.
bantu unutuk meleraikan.
manusia-manusia ini menjadi tumpuan khalayak ramai buat seketika.
mungkin mereka sudah bosan dengan hidup.
mungkin mereka mahukan publisiti murahan.
barangkali dapat masuk berita hadapan surat khabar.
bangga nanti ibu bapa masing-masing.
aku melihat dan berlalu pergi.
malas aku untuk berfikir mengenai manusia-manusia bodoh ini.
mungkin inilah rupa wajah KUALA LUMPUR yang sebenar?
yang selama ini dibangga-banggakan oleh kita semua?
yang aku lihat itu barangkali hipokrasi yang sudah tidak mampu ditahan-tahan lagi.
akhirnya selamat juga aku tiba di lrt pasar seni untuk meneruskan perjalanan malamku yang masih panjang ini...
selamat malam KUALA LUMPUR!

3 comments:

blur said...

Saje dtg singgah lawat blog baru ko =) Pergh..menarik gak cite pengembaraan ko balik hari tu! Bkan sng nak tgk scene org bgaduh ni..Mcm2 prangai org skrng...Anyway, nice blog beb!

Anonymous said...

nice2..sronok baca..apsal x join je sepak menyepak tu?..haha
haih,manusia zaman skrg..

Kingmuscle said...

This force, evolution, is not sentimental. Like the Earth itself, it knows only the hard facts of life's struggle with death. All you can do is hope and trust that when you've served its needs faithfully, that there may still remain some glimmer of the life you once knew.