kapal terbang yang aku naiki berlepas sekitar jam 9.20 pagi dari klia menuju ke kuantan.
aku yang duduk di belakang sekali melihat ke luar kaca jendela di sebelahku.
kagum aku melihat objek sebesar ini boleh berterbangan bebas di udara seperti seekor burung.
bijak sungguh manusia kerana dapat mengaplikasikan Bernoulli's Principle dalam kehidupan realiti untuk meghasilkan objek sebesar ini yang mampu berterbangan bebas di udara.
aku meninjau ke luar kaca jendela dan melihat betapa luasnya bumi ciptaan Tuhan ini dari kedudukan beberapa ribu kilometer dari paras laut.
"segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian Alam", tercetus kata-kata itu dari dalam hatiku.
bangunan dan kereta kelihatan begitu kecil seperti semut dari tempat dudukku.
awan putih memenuhi ruang udara.
langit biru bertebaran luas sejauh mata memandang.
matahari bersinar ceria memancarkan cahayanya untuk menerangi dunia.
aku kagum seorang diri melihat betapa besarnya kuasa Pencipta Alam Semesta ini.
aku termenung seketika. membiarkan fikiranku melayari dimensi khayalan yang tiada batas.
aku leka dalam khayalan dan imiginasi ciptaanku sendiri dan akhirnya aku terlena dibuai mimpi indah.
sedar sahaja dari celik, aku dapati aku telah selamat tiba di lapangan terbang sultan ahmad shah, kuantan.
sekejap sungguh rasanya perjalanan ini.
kuantan, sambutlah kedatanganku...
EAT SMART: ROASTED PEPPER + ONION PESTO TART
7 years ago
No comments:
Post a Comment