sebaik tiba sahaja tiba di klia, aku terus berjalan masuk ke dalam bangunan klia yang tersergam megah itu.
mataku meliar mencari uncle yc dan uncle pb yang akan turut ke kemaman bersama aku.
puas aku mencari mereka tapi tidak berjumpa.
"mungkin mereka masih belum sampai", kata hatiku.
aku berjalan menuju ke mesin self check-in, cuba menekan butang di papan kekunci mesin itu sebelum berlalu pergi.
terasa bodoh seperti budak kampung yang baru datang ke bandar.
mesin yang begitu pun aku tidak tahu bagaimana hendak menggunakannya.
puas aku berlegar di dalam bangunan klia itu, aku kembali semula ke mesin self check-in tadi.
kali ini aku lihat ada seorang gadis manis berbaju kebaya dari MAS membantu orang-orang kampung seperti aku ini untuk melakukan self check-in di mesin yang disediakan.
gadis manis itu membantu dari awal hingga akhir.
banyak juga soalan-soalan bodoh yang tidak relevan keluar dari mulut aku.
sesudah check-in aku mencari makanan untuk sarapan pagi aku.
klia yang megah ini mengenakan bayaran rm15 hanya untuk sepinggan nasi lemak special.
aku beli dengan rasa berat hati, menurutkan permintaan perut yang telah memainkan bunyi-bunyian merdu di pagi hari.
selesai makan aku ke tandas sebelum bergegas ke pintu berlepas di B05.
sebaik sahaja tiba aku lihat uncle yc telah berada di tempat menunggu di ruang legar pintu berlepas B05.
uncle pb menyusul tidak lama kemudian.
perbualan rancak kami terhenti setelah pengumuman dibuat di corong bunyi meminta penumpang untuk masuk ke dalam perut kapal terbang.
tempat duduk aku 27F berada di belakang sekali, bersebelahan tingkap.
gembira hatiku kerana nanti aku dapat melihat ke luar tingkap.
akan dapat aku lihat nanti betapa indahnya alam ciptaan Tuhan ini.
puas aku berkhayal, kapal terbang pun melakukan take-off tanpa aku menyedarinya.
selamat tinggal klia! selamat tinggal kuala lumpur!
EAT SMART: ROASTED PEPPER + ONION PESTO TART
7 years ago
No comments:
Post a Comment