Sunday, August 31, 2008

Isabel, siri kelima.

Jumaat pagi aku sampai rumah akak di Kota Damansara. Sebelum tidur, aku hantar mesej kepada Isabel. "Malam ni ada band called Deepset perform kat wondermilk cafe for the launching of their debut EP. Jom pergi tengok?"

Aku tidur. Bangun semula jam 9.50 pagi. Ada satu mesej. Daripada Isabel. "I would love to go tapi tak sure lagi. Kalau pergi, you nak I pergi macam mane?" Aku jawab, "I boleh jemput you, just give the direction to your house."

Seperti biasa, wanita bekerjaya memang susah mahu balas mesej. Aku sabar menunggu. Petang, dapat mesej daripada Isabel. "Dear, I cannot make it. So sorry. Petang ni pun tak sure balik bila." Seperti biasa, aku jawab "Ouh, it's ok for me. I understand it." Hampa tapi aku nafikan, aku sembunyikan.

Lepas Maghrib, aku bersiap. Sampai di wondermilk cafe, aku dapat mesej daripada Isabel. "You balik UTP bila? Kita jumpa Ahad malam, ok?" Habis baca mesej aku tersenyum. Aku balas. "Ok. My pleasure, dear." Terdetik untuk tanya sesuatu, aku hantar mesej lagi kepada Isabel. "You and your boyfriend dah berapa lama couple? I tak rasa lama sebab from my research, I rasa you baru je couple." Selang beberapa saat, Isabel balas mesej. "Yups, baru a few months. You terlambat sikit je."

Aku mengeluh. Teori berjaya dibuktikan. "I'm a man who always miss the opportunity when it comes to a cute girl." Tapi kali ini fikiran positif kata, "Just go on with the flow and just be good to her. If she likes you, definitely she will come to you." Aku angguk. Akur dengan fikiran positif.

Again, God, "Could you please help me to erase the word, 'imaginary' from 'imaginary girlfriend'? This time try to erase it abit faster."

Dan sambungan seterusnya mengenai perbualan aku dan Isabel malam itu, kamu boleh baca ini.

Isabel, siri keempat.

Telefon bimbit bergetar. Mesej masuk. Kawan baik ajak teman pergi makan bersama perempuan yang baru dikenali. "What a coincidence?" soal aku dalam hati. Aku balas. "Ok." Kemudian, aku balas mesej Isabel di YM.

Aku: "I nak keluar dulu. Nak teman my friend. Later, I get back to you."

Isabel: "Ala..Ala..Jangan la camni."

Aku: "Haha. I'm not running away. Just, I need to accompany my friend. I'll message you after this,ok?"

Isabel: "Ok."

Dalam kereta, aku berbual dengan kawan baik tentang apa yang baru berlaku. Kawan baik hanya gelak besar. "Aku dah kata, perempuan comel mana mungkin takde boyfriend. Tapi kau degil," kata kawan baik sambil gelak besar lagi. "Sial punya kawan," kata aku dalam hati. "Tapi, aku dah buat research semua. Siap log in Friendster yang dah lama gila aku tak jenguk untuk pastikan Isabel memang single," kata aku pertahankan diri. "Patutlah tetiba je update Friendster. Sebab perempuan. Memang seperti yang aku jangkakan," balas kawan aku dengan gelak yang makin berdekah-dekah. "Mampus kau, malas aku nak layan," kata aku dalam hati.

Sampai kedai makan aku mesej Isabel.

Aku: "I thought you are still single before I ajak you keluar for dinner."

Isabel: "Haha. Eh eh, you nak try jadikan I as your girlfriend ke? Haha, no problem. Imaginary girlfriend eh?"

Secara rasmi, Isabel kini imaginary girlfriend aku. Yeah, I mean it.

But, God, "Could you please help me to erase the word, 'imaginary' slowly?" And yeah, definitely I mean it.

Isabel, siri ketiga.

Jadi, aku mesej Isabel. Kali ini aku bangun pagi, solat Subuh dulu (seperti biasa). Minta keberkatan dan dimudahkan urusan hidup untuk pagi di mana aku akan mesej Isabel untuk ajak dia keluar dinner. Kamu pasti gelak. Hahaha. "A man would definitely do anything he needs to get what he wants." Jadi, lepas solat Subuh, aku bergolek di atas katil, tekan papan kekunci dan susun ayat sebelum aku hantar kepada Isabel dengan 1001 harapan.

Tapi, aku seorang lelaki yang ada satu kutukan. Perempuan yang aku suka pasti tak akan suka aku kembali.

Jadi, selepas hantar mesej kepada Isabel aku tunggu hingga tertidur semula. Bangun semula dikejutkan oleh rakan sebilik untuk ke kelas Malaysian Studies, aku capai telefon bimbit. Aku lihat tiada mesej baru. "Haihh..," aku mengeluh hampa. Aku tiba di kelas Malaysian Studies lambat 15 minit. Ini kali pertama aku bangun pagi untuk pergi ke kelas Malaysian Studies hari Khamis. Tapi kelibat lecturer tidak kelihatan. "Sial, first time aku bangun pagi nak pergi kelas ni, boleh pula lecturer tak datang," seranah aku dalam hati. Aku pulang ke bilik dengan rasa hampa.

Di bilik, aku capai telefon bimbit. Aku lihat masih tiada mesej masuk. Fikiran logik menerjah masuk sekali lagi untuk memutuskan semangat. "Isabel comel, mana mungkin dia suka kau yang selekeh ni?" soal fikiran logik tanpa perasaan. Aku terkedu, diam sebentar dengan soalan yang kejam itu.

Tapi, aku seorang lelaki yang percaya dengan teori yang aku cipta. Teori aku yang sama tarafnya dengan teori relativiti yang dikemukakan oleh Albert Enstein berbunyi begini: "Kebanyakan perempuan comel memang ditakdirkan untuk bercinta dengan lelaki yang tak comel dan kebanyakan lelaki comel memang ditakdirkan untuk bercinta dengan perempuan yang tak comel."

Jadi, fikiran positif pula berkata. "Mesti Isabel tengah sibuk. Give her some times to get back to you." Aku ikut nasihat fikiran positif sebab aku tak suka untuk mudah berputus asa. Aku letak telefon bimbit di sisi meja dan aku mula tengok Gossip Girl dari episod ke-3 pada jam 9.45 pagi. Aku biarkan diri hanyut dalam dunia gosip itu buat beberapa jam. Setelah habis episod ke-15, aku buka headphone di kepala. Sudah jam 6.45 pagi. "Well done Jae, kau berjaya menghabiskan hari Khamis kau seperti jasad yang tiada hubungan sosial dengan luar," detik hati. Aku capai telefon bimbit. Aku lihat masih tiada mesej. Kecewa.

Tapi, aku seorang lelaki yang tidak mudah putus asa. Jadi, aku turunkan sedikit ego pada paras 80 peratus dan mesej Isabel. "You tengah buat apa?" Mesej dibalas. "Baru nak online YM." Aku tersenyum. Pergi kembali ke depan komputer, Isabel tegur aku.

Isabel: "Sorry tak reply your message tapi tadi I busy sangat, ada meeting pagi dan petang."

Aku: "Ouh, it's ok for me. I understand it."

Isabel: "And, about you asking me out for dinner, I would love to go out with you tapi I dah ada boyfriend and I takut dia jealous nanti."

Aku: "Ouh, it's ok for me. I understand it."

It hurts. Really. Abit. And after all research that I've done, it is hard to know and to accept that Isabel already have a boyfriend. Surely, everyone of you are laughing at me right now. Hahaha. Fuck it.

Kini aku percaya pada satu lagi teori yang aku baru cipta 2 minggu sebelum ini. Teori aku yang yang sama tarafnya dengan teori graviti yang dikemukakan oleh Isaac Newton berbunyi begini: "I'm a man who always miss the opportunity when it comes to a cute girl. Surely, I will not be there, at the right place and at the right time."

Saturday, August 30, 2008

Memoir: Sekitar tahun 2004.

Tahun 2004. Setelah menghabiskan masa cuti yang panjang, aku pulang ke Kuala Kangsar untuk mengambil keputusan SPM. Keputusan yang aku dapat 6 A dan 3 B. Masa itu aku gembira sebab aku fikir keputusan aku berbaloi untuk 5 tahun yang aku habiskan dengan gembira di Kuala Kangsar.

Aku pinjam telefon bimbit Nokia 3310 kepunyaan rakan untuk telefon emak dan ayah. Aku mulakan perbualan dengan nada gembira tapi aku akhiri perbualan dengan nada hampa. Emak dan ayah tidak gembira dengan keputusan SPM aku.

*

Tahun 2008. Sekarang, aku berada di UTP untuk menghabiskan pengajian yang berbaki lagi setahun. Tadi aku berbual dengan ayah dan kakak mengenai adik yang ingin melanjutkan pelajaran di London. Mereka kata adik tidak mampu untuk berdikari jika dia dihantar ke London dan duit yang digunakan untuk menghantar adik tidak berbaloi sebab mereka begitu pasti yang adik tidak mampu berdikari nanti.

Aku teringat kembali tahun 2004. Bagaimana emak dan ayah merasakan yang aku seperti sudah tiada masa depan dengan keputusan SPM yang aku perolehi. Aku lalui waktu sebegini seorang diri. Aku kuatkan semangat, aku lakukan perubahan terhadap diri sendiri. Aku tahu yang aku perlu buktikan sesuatu kepada emak dan ayah sebab aku benci dilakukan begitu, seolah-olah aku tiada masa depan. Aku marah dan benci sebab emak dan ayah tidak memberi sokongan ketika itu.

*

Aku keluar ke KLCC. Dalam perjalanan, aku rasa aku mesti buat sesuatu. Aku tak mahu adik lalui apa yang aku lalui. Aku tahu adik tak pernah melalui masa susah begini. Aku capai telefon bimbit, aku taip mesej. "Ayah, adik tu ayah kena bagi support je. Don't make it too hard on him. For me, life is a learning process and now adik tengah go through the hardest part of his life. Just show your support and I'm sure he will do great because he is your son." Aku hantar mesej tersebut kepada ayah.

Pulang dari KLCC, ayah ucap terima kasih untuk mesej yang aku hantar.

Isabel, siri kedua.

Jadi, aku mesej Isabel minta e-mail untuk aku add di Friendster. Mesej dibalas beserta e-mail yang diminta. Tanpa berlengah, aku log in Friendster (yang dah lama tak dijenguk) and request untuk add Isabel. Selang beberapa jam request aku diterima. Misi bermula, kajian mengenai Isabel dimulakan. Kajian yang pasti buat kamu kagum sebab untuk Final Year Project pun aku masih belum melakukan kajian terperinci seperti yang aku lakukan pada profile Isabel.

Profile Isabel di Friendster.

Status: Single.

Aku tersenyum. Masih sangsi.

Aku lihat dan belek semua gambar-gambar Isabel. Tiada satu pun gambar mesra bersama lelaki. "Mana mungkin gadis comel seperti Isabel takde boyfriend?" soal fikiran logik. Aku mengangguk kepala tanda bersetuju dengan soalan tersebut.

Aku tersenyum. Makin sangsi.

Aku lihat dan baca satu-persatu komen yang dihantar kepada Isabel. Selepas beratus komen yang dibaca tiada pun komen-komen mesra daripada lelaki yang sama untuk jangka masa yang lama. Komen Isabel mengenai jiwa yang kacau kepada teman rapat sekitar awal tahun 2008 buat aku yakin yang Isabel memang takde boyfriend. Fikiran positif menerjah masuk. "Tak salah ajak keluar. At least, you give a try first."

Sekali lagi, aku sokong fikiran positif. Esok aku mesti mesej Isabel ajak keluar bila aku pulang ke Kuala Lumpur.

Kepulangan.

Komen daripada pembaca mengenai kepulangan aku ke blogsphere (tapi aku hanya ambil isi penting sahaja):

1) Perlukah wanita untuk menjadi inspirasi kehidupan?

2) Ooo...Macam ni la Jae.

Aku baca komen ini sambil tersenyum. Komen-komen yang sudah dijangka. Tapi kamu sebagai pembaca kena ikuti siri Isabel, baru kamu boleh judge aku, ok?

Ulasan aku untuk komen daripada pembaca:

1) Haha. Yeah, I need a woman, for me to be inspired in my writing and my life.

2) Haha. You are judging me! What's inside your mind when you said "Ooo..Macam ni la Jae."

Anyway, I'm happy to be back from my taciturn, again!

Isabel, siri pertama.

Minggu lepas di ConvoSquare aku menjual t-shirts sempena UTP ConvoFair 2008. Malam Ahad aku disapa seorang gadis.

Gadis: "Kenapa t-shirts dah jual murah compare to yesterday? Tak best la camni.."

Aku: "Alaa..Nak habiskan t-shirts sebab malam ni last untuk jual."

Gadis: Alaa..Tak best gak. I beli mahal tau semalam."

Aku: "Ok la. I bagi you t-shirt 'Single Is Simple, Double Is Trouble' ni for free."

Gadis: "Hehe. Yeay, thanks!"

Aku: "Ok. No problem. Anyway, kerja kat mana sekarang ni?"

Gadis: "Kat KLCC."

Aku: "Wow, nice. Ada business card tak?"

Gadis: "Business card tak siap lagi la. You amik my phone number I je la."

Aku: "Ok. Nama nak save apa?" tanya aku.

Gadis: "Save as Isabel. Ok. See you later. Datang KLCC just let me know," kata Isabel sambil berlalu pergi.

*

Aku baring keletihan selepas selesai menjual t-shirts di ConvoSquare tadi. Aku lihat telefon bimbit, aku cari nama Isabel. Aku fikir secara logik, tak mungkin gadis comel seperti Isabel takde boyfriend. Tapi aku fikir secara positif, apa salahnya aku cuba untuk megenali Isabel. "At least, I would not miss the critical opportunity as usual," detik hati aku.

Aku sokong fikiran positif. Esok aku mesti mesej Isabel.

Now, I'm back from taciturn.

Hujung minggu di Kuala Lumpur sentiasa menarik. Aktiviti pasti tersusun padat menunggu tiba giliran masing-masing untuk dilaksanakan. Sebentar tadi jumpa teman-teman di wondermilk cafe, melihat Deepset mengalunkan irama muzik mereka. Aku suka gaya muzik mereka yang sarat dengan emosi tapi dialunkan dengan harmoni. Aku biarkan fikiran terbang melayang bersama dengan alunan muzik yang harmoni.

*

Sebelum Deepset mengalunkan irama muzik mereka, aku berbual bersama teman-teman.

Locky: "Apsal blog lama tak update?"

Leman: "Ha ah, apsal dah tiga minggu kau tak update blog? Hari-hari aku buka tak berubah pun."

Aku: "Aku tengah cari inspirasi untuk menulis."

*

Fikiran terbang melayang. Aku berada di dunia lain, di awangan yang aku pun tak tahu di mana. Telefon bimbit di dalam poket seluar bergetar, mesej dari Isabel.

Isabel: "Dah start dah Deepset? Nak dengar.."

Aku: "Ok. I call tapi I tak cakap sebab kat sini bising, takut tak dengar. I bagi you dengar satu lagu. Stay with me for another 5 minutes before you sleep."

Aku call Isabel. Aku letak telefon bimbit di atas rak yang berdekatan supaya Isabel dapat mendengar irama muzik yang dialunkan. Selesai lagu pertama dimainkan, aku capai telefon bimbit.

Aku: "Dah dengarkan? Now you dah boleh tidur. Good night.."

Isabel: "Ok. Good night. Thank you Jae."

Aku masukkan kembali telefon bimbit ke dalam poket seluar. Fikiran melayang sekali lagi bersama irama muzik yang dialunkan. Telefon bimbit di dalam poket seluar bergetar lagi, mesej dari Isabel.

Isabel: "So sweet la you Jae. Thank you. I suka sangat. Kenapa takde girlfren eh? Ruginya perempuan-perempuan kat UTP tu."

Aku: "You are welcome my dear. Erm, I always miss the opportunity la. You are one of the example. Hehe.."

*

Aku sudah jumpa inspirasi untuk menulis. Now, I'm back from taciturn.

Friday, August 8, 2008

Ideologi: Majukan Diri Sendiri, Beri Sumbangan Balik Kepada Komuniti

Hujung minggu lepas aku minum dengan teman-teman di Pak Li Kopitiam, Shah Alam.

Teman-teman yang sedang bujang sebab girlfriend masing-masing sedang jauh ingin cuci mata lihat bidadari-bidadari dari kayangan kata mereka.

"Tipikal bujang," detik hati aku.

Kami duduk, order makanan dan minuman. Selesai makan kami berbual kosong mulanya tapi sekejap saja sebelum teman-teman mula cerita pasal politik Malaysia.

Pas dengan perjuangan Islam.

UMNO dengan perjuangan Melayu.

Banyak yang dibincangkan, aku hanya diam mendengar. Cuba memahami isu-isu politik Malaysia yang bosan sebab bagi aku politik itu kotor.

Lepas 30 minit dengar perbincangan yang tak akan habis, aku sampuk.

"Ideologinya mudah je. Kita Melayu kan? Kita Islam kan? Sekarang apa yang patut kita buat, kita majukan diri, kita jadi yang terbaik dalam apa yang kita lakukan," kata aku serius.

Aku hela nafas, aku sambung.

"Bila kita dah jadi yang terbaik dalam apa yang kita ceburi, bila kita dah kaya-raya jangan kita lupa komuniti kita.Kita sumbang balik apa yang kita dapat kat komuniti kita, kita sebarkan ideologi yang sama," terang aku panjang lebar.

"Macam mana kita nak buat?" tanya teman-teman lebih lanjut.

"Kita buat yayasan bantu komuniti kita dari segi pendidikan. Kita buka kolej atau universiti supaya komuniti kita boleh sambung pelajaran. Kita buka syarikat dan ambil komuniti kita bekerja, as simple as that," ujar aku.

"Tapi ingat, majukan dulu diri sendiri dan jangan lupa untuk berbakti balik kepada komuniti kita bila dah berjaya. Semoga kita sentiasa jadi manusia yang sedar asal-usul," aku ingatkan diri sendiri dan teman-teman.

Pengajaran Hidup: Fikir, Buat Dan Jangan Menyesal

'In life, there is only one take, unlike the movies where you can have several takes until you are satisfied with what you want.' -Hishamuddin Rais-

Pernyataan ini bermain di minda untuk buat beberapa ketika, agak lama buat aku fikir.

Aku fikir tentang masa lepas, kenangan silam dan aku fikir lagi pernyataan ini.

Aku setuju dengan pernyataan ini.

Pernyataan ini buat aku sedar, aku hidup di dunia hanya sekali.

Aku fikir tentang masa depan, kenangan yang bakal aku simpan dan aku fikir lagi pernyataan ini.

Aku makin setuju dengan pernyataan ini.

Masa kecil, aku selalu memberontak sebab aku fikir aku sentiasa betul.

Masa itu aku masih tak matang, emosi lawan akal, emosi pasti menang.

Bila besar, sebelum aku memberontak aku fikir dulu apa akibat sebelum aku buat sesuatu.

Bila besar aku jadi lebih matang, emosi lawan akal, akal sudah mampu tenangkan emosi.

Aku sedar yang aku hidup hanya sekali, hidup dan masa depan aku yang pilih.

Aku belajar untuk buat pertimbangan waras menggunakan akal sebelum aku buat sesuatu dan bila aku tentukan apa yang aku akan buat, aku pastikan aku tidak menyesal.