Bangun pagi jam 12.12 p.m. Masuk bilir air, aku kencing dan gosok gigi.
Sambil gosok gigi, aku dah terfikir nak makan apa untuk breakfast.
Kakak dan keluarga tiada di rumah. Balik ke Melaka sempena Chinese New Year.
Bibik yang tak pandai masak itu pun ikut serta balik Melaka.
Selesai di bilik air, aku turun ke dapur.
Buka peti sejuk bahagian atas, cari apa-apa yang boleh dimasak.
Sosej habis, ayam pun habis. Yang tinggal hanya ikan.
"Takkan aku nak masak ikan?" keluh aku dalam hati.
Aku buka peti sejuk bahagian bawah, aku capai 2 biji telur.
"Masak scramble egg ok gak ni," kata aku.
Aku capai kuali letak atas dapur, nyalakan api dan tuang minyak.
2 biji telur tadi aku pecahkan, aku tambah sedikit garam.
Aku ambil bawang kecil dan kupas sebelum aku potong dan masukkan sekali ke dalam telur.
Hasilnya scramble egg yang sedap.
Dah, aku lapar, nak makan scramble egg yang sedap.