Friday, January 16, 2009

Nasihat seorang ayah kepada anaknya.

Balik kerja aku berbaring di katil. Jam sudah pukul 7.30 malam.

Badan terasa penat. Dalam otak banyak benda yang difikirkan.

Kalau tengok muka di cermin waktu ini, pasti nampak seperti orang baru kalah judi.

"Banyak benda yang perlu diselesaikan ni sebelum mula semester baru ni," getus aku dalam hati.

Ayah yang dari tadi berada di dalam bilik air membuka pintu bilik air, sudah siap mandi membersihkan diri.

"Kenapa muka cam banyak masalah je?" tanya ayah aku meneka.

"Hurm, cam banyak benda nak kena fikir, banyak benda nak kena buat..," keluh aku pada ayah minta simpati.

"Kalau ada masalah, minta tolong kat Allah dengan solat. Insya Allah, selesai semua masalah tu nanti. Dah la tu, pergi mandi dan solat Maghrib," kata ayah dengan tenang.

"Baik bos!" kata aku sambil bangun dan capai tuala menuju ke bilik air.

2 comments:

SAIFUL said...

simple.. tp memberi makna

mrs camillo said...

amin~~ betul2...