Wednesday, June 24, 2009

Art Syndrome @ KLue Urbanscapes 2009.

Come and join Art Syndrome @ KLue Urbanscapes 2009. The event details are as follow:

Date: 27th June 2009
Venue: Kuala Lumpur Performing Art Centre (KLPac), Sentul

Map:
For more info, kindly go to KLue Urbanscapes website.

Tuesday, June 23, 2009

Anti-klimaks.

Apa?

*

*

*

*

*

Optimus Prime mati? Lepas tu hidup balik?

*

*

*

*

*

Ooopsss...He he he

Sweet talker #2.

Aku: You, let say I tak jadi engineer, do you still love me?

Dia: I love you sekarang ni, you engineer ke?

Aku: Betul juga. Hehehe.

Dia: I'm in love with Ameirul Azraie Bin Mustadza, bukan dengan engineer. I jumpa you pun, you tengah jual t-shirt.

Aku. Haha. Okay. Love you super much, sayang.

Monday, June 22, 2009

Kuala Lumpur.

Bersandangkan beg berwarna coklat jenama ROMP, aku meredahi bumi Kuala Lumpur yang sedang disirami rintik-rintik hujan kurniaan Ilahi, menyusuri Jalan Yap Kwan Seng menuju ke Jalan Ampang ke arah destinasi aku pada petang ini, Wisma Central.

Aku berjalan menyusuri laluan pejalan kaki yang menghubungkan Twin Tower PETRONAS dengan Wisma Central. Di pertengahan laluan pejalan kaki itu, aku lihat seorang pemuda yang masih sihat tubuh badan dengan topi yang hampir menutup matanya sedang berdiri memetik gitar menyanyikan lagu yang tak jelas kedengaran bunyinya. Di depannya ada dihamparkan beg supaya orang yang lalu lalang boleh menghulurkan sedikit wang ehsan (ini bukan wang ehsan yang kerajaan Persekutuan perlu bayar kepada Terengganu, jangan silap).

Aku jenguk beg dihadapan pemuda itu untuk lihat berapa gaji hariannya untuk hari ini. Ouh, untuk pengetahuan, pemuda ini aku lihat sudah berada di sini lebih dari tiga hari berturut-turut di sini. "Mungkin lumayan gaji yang diterimanya sebab kawasan dia bekerja berdekatan Twin Tower PETRONAS, lubuk duit rakyat Malaysia," teka aku dalam hati.

Aku jenguk dengan penuh harapan kerana jika pendapatannya lumayan, aku juga mahu turut serta bersama pemuda ini mewujudkan 2-piece band untuk menghiburkan orang ramai yang lalu-lalang.

Jenguk. Gosok mata. Jenguk sekali lagi.

Aku hampa. Hanya terdapat beberapa keping wang syiling 20 sen dan dua keping nota RM 1. "Mungkin suara dia tak sedap atau mungkin orang ramai di sini tiada sikap prihatin/simpati," detik hati aku.

"Tapi, kenapa pemuda yang kelihatan sihat ini tak cuba cari pekerjaan yang lebih terjamin?" soal aku sendirian menghulurkan beberapa keping nota RM 1 dan syiling yang berada di dalam poket seluar sebelum berlalu dengan persoalan yang sama masih bermain di minda.

Di hadapan sedikit, aku lihat seorang wanita India Muslim (aku andaikan dia seorang beragama Islam sebab dia memakai tudung), sedang duduk mengemis, meminta sedekah dengan seorang bayi kecil yang sedang menyusu badan. Tersentuh hati aku melihat keadaan/situasi seperti ini. "Kenapalah dunia ini perlu begitu kejam kepada anak kecil ini?" soal hati aku. "Kenapalah dunia sebegini kejam terhadap manusia yang hanya mahu hidup, di dunia ini," hati sedihku memberontak mempersoalkan kekejaman dunia.

Dengan penuh rasa kasihan/simpati/belas ihsan aku buka dompet dan hulurkan beberapa keping nota RM 1 dengan harapan perutnya yang aku sangat pasti belum terisi apa-apa itu dapat merasa sedikit nikmat makan untuk hari ini.

"Semoga Allah permudahkan hidup kau dan anak kecil dalam dakapan kau pada hari ini dan hari-hari yang mendatang," pohon aku pada yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Aku berlalu ke Wisma Central, menyelesaikan sedikit urusan untuk hari ini.

Sebelum keluar terdetik di hati aku untuk membelikan wanita dan bayinya sedikit makanan. Aku capai sebotol air mineral dan sebuku roti dan membayar di kaunter. Aku bawa makanan tersebut dengan air mata bergenang kesedihan memikirkan nasib wanita dan bayi tersebut. Sampai di hadapan wanita itu aku hulurkan makanan yang aku beli. "This is for you. Please eat and take a good care of your baby," kata aku sayu sambil menghulurkan makanan tersebut kepada wanita itu. Wanita itu mendongak dan memandang aku dengan senyuman. Aku balas senyuman itu dan berlalu pergi.

Hati aku menangis.

Sunday, June 21, 2009

Sweet talker #1.

Dia: You, I nampak cantik pakai tudung yang ada corak camni atau yang plain je?

Aku: You pakai apa-apa pun nampak cantik, sayang.

Art Syndrome @ Moulin Rouge'09, 21 June 2009.

Come and visit Art Syndrome's booth at 3K Complex, SS 13 Subang Jaya on 21 June 2009 which is early this morning!!!

For this event we will be collaborating with Our Happiness & Kera Rock Clothing.

See you guys there!

Site Map:

Saturday, June 20, 2009

Nota cinta #1.

Ameirul Azraie,

The moment I felt in love with you for the first time, I know I am gonna spend my grey old days with you, walking hand in hand on lake and still sandar-ing on the same shoulder even when we are at our 60's. I love you and please don't doubt us.


Art Syndrome @ Rockaway 2009 on 20 June 2009.

Come and visit Art Syndrome's booth at CapSquare, KL on 20 June 2009 which is early this morning!!!

For this event we will be collaborating with Our Happiness & Kera Rock Clothing.

See you guys there!

Friday, June 19, 2009

Dalam kereta.

Dalam kereta untuk menghantar dia ke tempat kerja, kawan yang turut ikut aku pada pagi ini mengeluh, "Haish, kenapalah susah sangat nak ubah perangai orang," sambil menggaru kepala. "Tu la, dulu aku cakap ko tak nak percaya," sambut aku nada sedikit mengejek. "Apa yang aku cakap kat ko? Yang ko tak nak percaya dulu tu," sambung aku sambil senyum mengejek.

"People don't change," jawab dia mendatar disusuli dengan keluhan panjang.

"Tak la..People will change if they want to change," sampuk dia membantah. "But, usually people don't change, betul tak?" soal aku menduga. "Yeah, it is true. But, people will change if they want to change and provided they have the right medium to do it," terang dia bersungguh.

"The analogy is the same like...," sambung dia sebelum dicantas oleh aku, "Mula dah putar belit lawyer dia," kata aku tersenyum.

"Alaa...Dengar la ni. The analogy is the same like teh susu," kata dia yakin. "Kenapa pula," soal aku ingin tahu. "Yelah. In order untuk teh O jadi teh susu, kena ada susu. Susu tu la medium yang tukarkan teh O jadi teh susu," terang dia bersungguh dan panjang lebar.

"Sama juga la cam I. I change because I want to change and I have the medium to do it," kata dia sambil membetulkan tudung.

"Apa medium you?" soal aku ingin tahu.

"Medium I is you. I love you sayang," jawab dia dengan senyuman gembira.

"Mulut manis," jawab aku perlahan.

Thursday, June 18, 2009

Petang di KLCC.

I had my lunch with her and my friends at the back of Lembaga Getah Malaysia's building. A reasonable lunch filled with laugh and joy. I just love it this way because it makes me happy, inside and outside. Yeah, I'm now full of happiness and I'm smiling while writing this entry.

Lepas makan tengah hari, aku berjalan ke KLCC. Pergi ke Maybank untuk re-activate balik akaun Maybank2u. Kemudian ke surau KLCC untuk solat Zohor. Sampai sahaja di kawasan untuk solat, aku lihat seorang budak Cina berkopiah sedang duduk di tempat masuk ke kawasan solat dengan beberapa buah buku di hadapannya. "Ini mesti nak jual buku tu, nak dapat duit sikit untuk belanja hidup," bicara aku dalam hati. Teringat aku tulisan Hishamuddin Rais dalam bukunya - Keganasan, Penipuan & Internet mengenai budak-budak yang menjual tapi hakikatnya mereka hanya mahu mengemis (bagi pihak orang dewasa yang tidak bertanggungjawab).

Aku tenung sejenak muka budak Cina yang berkopiah itu. "Aku rasa dia bukan antara budak-budak yang dieksploitasi untuk tujuan mengemis," rasional minda memberitahu hatiku. Dia beri salam kepada aku dengan pelat orang dari Tanah besar China. Aku jawab salam dan aku tanya tentang buku yang dijual. Buku yang dijual adalah buku hasil kajian mengenai agama Islam oleh kawan dia yang baru sahaja menganut agama Islam. Buku mengenai fakta-fakta betapa indahnya Islam yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad yang kini diwarisi oleh kita semua, manusia akhir zaman.

"Berapa harga sebuah buku ini?" tanya aku dengan harga RM10-RM15 berlegar di minda kerana buku tersebut hanya salinan fotokopi setebal 50 muka surat. "Buku ini harga RM28, abang," jawab budak Cina ini lembut, penuh sopan-santun. Aku tergamam sekejap. Aku selak helaian demi helaian buku tersebut sambil budak Cina tersebut duduk di sebelah aku. Aku baca mukadimah dan tiga tajuk terawal. Isi kandungan agak menarik walaupun aku dapat rasakan dengan Google aku boleh ketemu semua fakta-fakta ini.

Sambil membelek, aku hela nafas. Aku pujuk hati untuk membeli. Aku yakinkan diri yang tak ada ruginya jika aku beli buku tersebut. Aku rasionalkan minda. "Tengok wayang dengan awek boleh habis dekat RM20-30, tak akan untuk tolong budak Cina ni tak boleh?" soal aku dalam hati untuk pujuk/yakin/rasional kan diri.

Jadi, aku keluarkan dompet dari saku poket. Aku keluarkan 2 nota merah dan 1 nota hijau. Belum sempat aku mengeluarkan 3 nota biru, si budak Cina kata, "Saya bagi kurang, RM25 je untuk abang," sambil tersenyum. Senyuman yang juga buat aku tersenyum. "Semoga Islam itu menjadi indah untuk kau," kata aku dalam hati sebelum meminta diri untuk solat Zohor.

Today, after what I did, I feel so good. I wish I could live this kind of life for the rest of my life. If God can provide me RM1000 every day, believe me, I will live this kind of life because I find it easy and beautiful and I love it.

God, can't you send me RM1000 every morning?

Bidadari.

"What an extremely gorgeous Arabian woman who sits in front of me," getus aku dalam hati.

Yeah, I guess now I know what I should do during my jobless time.

Nightmare.

Malam tadi, dalam perjalanan menghantar dia pulang ke rumah, tiba-tiba BlackBerry kepunyaan dia berbunyi tanda ada mesej yang diterima.

Dia yang sedang duduk di sebelah aku mencapai BlackBerry tersebut yang terletak di hadapannya untuk melihat mesej yang diterima.

Suasana hening buat seketika. Selepas 5 saat dia bersuara. "You, are you a ghost?" tanya dia dengan muka yang cuak. "Why? Kenapa tanya camtu?" balas aku yang sudah mula pelik. "Sebab sekarang ni you tengah chat kat Gtalk dengan I," jawab dia sambil tunjuk phone kepada aku. "Wow, this is a nightmare. Seriously, a fucking nightmare! Hustler gila hacker ni" balas aku dengan nada kagum.

Hacker, don't hack my account, please?

Pagi di Starbucks Coffee, KLCC.

Now, on this lovely morning, I write this entry from Starbucks Coffee, KLCC.

I can just write and write from morning till evening without anyone disturbing me.

Oooh, what a fucking cool life that I live now.

Tuesday, June 16, 2009

Rutin.

Pagi - sarapan pagi bersama ayah di depan Hospital Jasin (di mana masih ramai kakitangan hospital yang sibuk makan/minum walaupun jam sudah menunjukkan jam 8.45 pagi), hantar makanan kepada nenek di kampung.

Tengah hari/petang - makan tengah hari, melayari internet sehingga rasa mual dan sebal.

Malam - makan malam, sambung melayari internet sampai mata mengantuk.

Hurm, boleh mati kebosanan kalau rutin ni berterusan/berlanjutan hingga 2-3 bulan lagi. For my sanity sake, please give me a job!

Any job will do, seriously! Please email at ameirulazraie@gmail.com

Tersurat dan tersirat.

Dia: Do you know what they call chambering student in Malay?

Aku: Nope.

Dia: Pelatih dalam kamar. Hehehe.

Aku: Hahaha.

Friday, June 12, 2009

On the dole.

Setelah Khamis berlalu dengan begitu sahaja, tanpa membawa sebarang erti dan makna dalam kamus kehidupan aku untuk minggu ini, aku bertekad untuk lakukan sesuatu yang bermakna hari ini.

Jadi, sekali lagi, seperti biasa aku bangun. Lakukan rutin yang sama - gosok gigi, mandi bla bla bla. Kali ini, aku pakai kemeja warna ungu dipadankan dengan seluar slack warna hitam. Turun tangga, aku berhenti di depan cermin untuk pastikan rambut tersisir rapi dan muka kelihatan kemas. Senyum di depan cermin, aku kata "Semoga dapat kerja hari ini," kepada diri sendiri.

Dengan berbekalkan 10 keping résumé yang berharga RM18, aku pandu kereta Kenari dan jemput dia sebelum menghantar dia ke tempat kerja, lalu aku pandu kereta ke arah Kuala Lumpur Convention Centre lalu aku parkir kereta di tepi rumah di Jalan Stonor dan berjalan lebih kurang 800 meter untuk sampai ke KLCC. Kenapa aku parkir kereta di Jalan Stonor yang jauh dan bukannya di KLCC? Sebabnya adalah aku ingin berjalan/bersenam. Sambil cari kerja, dapat sihatkan badan yang dah mula muncul lemak-lemak comel ini. Kau percaya? Pastilah tidak. Sebab yang sebetulnya adalah kerana aku nak mengelak harga parkir di sekitar KLCC yang sudah boleh menyamai 2 kali santapan makan tengah hari aku di UTP.

Sampai di KLCC, aku tanya staff yang berada di situ untuk masuk ke dalam kawasan pameran. Jawapan yang diberi, hari Jumaat untuk orang yang dah bekerja dengan mana-mana syarikat. "Sial la, aku dah la print résumé mahal nak mampus, ko boleh tak nak bagi aku masuk?" jerit aku dengan kuat. Aku ingat muka dia akan berubah sebab ditengking begitu kuat tapi dia hanya kata "Maaf ye encik," sebelum berlalu pergi. Ouh, patut la dia selamba je. Aku jerit dalam hati je.

Sambil menyumpah "OGA babi! OGA sial! OGA babi! OGA sial! OGA babi! OGA sial! OGA babi!," aku berjalan menuju ke kereta yang terletak di Jalan Stonor. "Sial, jauh pula aku parking kereta ni," kata aku sambil memegang baju yang sudah dibasahi peluh. Sampai di Jalan Stonor, aku masuk ke dalam kereta, berbogel (tapi masih ada boxer) dan menyarung collar t-shirt serta corduroy pants Padini sebelum bergerak ke Ampang melalui Ampang-KL Elevated Highway (AKLEH).

Sampai di Ampang aku naik ke pejabat tempat aku part-time semasa cuti semester yang lepas dengan hajat untuk menagih simpati, meminta kerja daripada bos. Aku diajak oleh bos untuk masuk ke dalam pejabatnya.

Bos: Ameirul, how's everything? Graduated already?

Aku: Yups. Now, I'm looking for a job.

Bos: Susah ke nak dapat kerja sekarang? What is the exact situation out there?

Aku: I think, it is very difficult la bos. Most of my friends are still looking for a job. Lagi-lagi yang nak kerja dengan oil and gas company.

Bos: Ouh, really?

Aku. Yeah. So, how's your business? (Ayat pancing nak tanya ada kerja tak untuk aku).

Bos: Overall, everything is good. Painting job just finished yesterday and now we are bidding for a few more jobs. I'm also looking at the possibility of developing a software/application that I mentioned to you before this. For now, I don't think I have a job for you but if I manage to develop the software/application and sell it to the clients I will ask you to join me.

Aku: Ouh, okay. (Hampa sebab tak ada kerja).

The conversation continued for another 10 minutes before I excuse myself to have (free) lunch with my friend at Pizza Hut. Yummy.

Sigh. I thought I'm gonna get a job from him but I didn't. Yeah, what to do? I guess I will be jobless for a few months.

I hope I will get a job soon.

Sigh again.

Thursday, June 11, 2009

Khamis yang ennui.

Seperti semalam, aku bangun pagi. Lakukan rutin yang sama - gosok gigi, mandi di bawah pancuran air, lap badan, sarung collar t-shirt dan corduroy pants Padini (persalinan yang lain) dan sapu minyak wangi Calvin Klein Euphoria Men. Tapi pagi ini bila turun tangga, aku tak menjenguk ke arah cermin kerana hari ini aku tak perlu hantar dia ke mahkamah.

Aku pandu kereta Kenari ke kawasan Hartamas untuk jemput dia. Sebelum itu, aku singgah beli nasi lemak sotong kegemaran dia. Sampai di rumah dia, aku tanpa rasa segan & malu yang selalunya dimiliki oleh orang Melayu, telah menjemput diri sendiri masuk ke dalam rumah dia dan sarapan pagi bersama dia dan keluarga. Cool right? Yeah, I'm super cool, I know it.

Lepas sarapan pagi, aku bawa dia ke Kuala Lumpur Bar dan kemudiannya ke Malaysian Bar untuk hantar satu salinan Affidavit pada setiap Bar. Selesai urusan, aku hantar di ke pejabat yang terletak di sekitar KLCC sebelum pulang ke rumah. Pulang ke rumah, aku bercadang untuk bersiap ke OGA 2009 tetapi mata yang masih mengantuk dan belum boleh membiasakan dengan rutin harian yang baru menjemput aku ke kamar tidur.

"Bibik, nanti kejut saya jam 12.00 tengah hari tau!" jerit aku dari kamar tidur di tingkat atas kepada bibik yang berada di dapur.

Kesudahannya? Aku bangun tidur jam 4.00 petang dan terus bersiap untuk mengambil dia pulang dari kerja.

Khamis yang ennui bukan?

Wednesday, June 10, 2009

Mahkamah.

Mata tercelik seawal jam 6.50 pagi. Pusing kiri, pusing kanan bilik masih gelap dan sejuk. Kepenatan mengemas pakaian dan barang untuk pulang semalam masih terasa. Badan masih sengal-sengal akibat turun naik bilik yang berlokasi di tingkat 5 untuk memunggah barang ke dalam kereta. Badan yang masih mengantuk ini menjemput mata untuk kembali terkatup.

Bila aku tersedar kembali, jam sudah menunjukkan 8.15 pagi. Pada masa yang sama, telefon di tepi bantal juga berdering lalu aku angkat. "Dah bangun belum? You kena teman I pergi court pagi ni," tanya dia lembut. "I dah bangun lama la. Dah siap, tunggu you je datang," jawab aku dengan tenang dan yakin. "Ok, I'm coming in another 15 minutes," jawab dia sebelum meletakkan telefon.

Aku terus bangun dari katil, capai tuala dan meluru masuk ke dalam bilik air. Gosok gigi, mandi di bawah pancuran air, lap badan, sarung collar t-shirt dan corduroy pants Padini dan sapu minyak wangi Calvin Klein Euphoria Men. Turun tangga, aku tengok cermin untuk pastikan muka tidak nampak seperti penjenayah yang dalam perbicaraan kes Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.

Tepat jam 8.30 pagi, kereta Kenari milik dia sampai di depan rumah. Aku pandu kereta memasuki kawasan Kuala Lumpur menuju ke Jalan Tun Perak untuk mendapatkan cop & tanda tangan Affidavit daripada Pesuruhjaya Sumpah. Selesai urusan tersebut, aku pandu kereta menuju ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Dalam perjalanan ke sana, dia bersuara. "Nanti sampai sana, you tengok semua lawyer yang keluar dari mahkamah mesti muka stress." Aku tanya, "Kenapa camtu eh?" Dia jawab, "Sebab kes kena reject dengan hakim bla bla bla..." Ouh, bla bla bla tu sebab aku tak dapat recall apa ayat yang betul sebab ayat law macam pelik/serabut sikit.

Sampai di hadapan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, apa yang dikatakan oleh dia memang betul. Semua lawyer yang keluar dari mahkamah, muka dipenuhi seribu satu macam masalah dan kerisauan.

Aku: I think, I should open up my own consultant and teach them about stress management.

Dia: No. You should open up your own event management company and organized things like Family Day, bagi lawyer ni semua ceria sikit.

Aku: Ouh, betul juga. Good opportunity ni. Lawyer semua banyak duit. Cepatlah I kaya camni. Hehehe...

Monday, June 8, 2009

3 perkara.

3 perkara yang semua orang cari sementara hidup di dunia ini.

Keluarga, sahabat dan harta.

Kalau setiap individu dapat capai 3 perkara ini, mereka pasti gembira.

Tapi untuk capai 3 perkara ini bukan sesuatu yang mudah.

Banyak usaha dan pengorbanan perlu dilakukan untuk mencapai 3 perkara ini.

Jadi, berusahalah dan cuba seimbangkan antara 3 perkara ini kerana kegembiraan hanya akan dicapai jika 3 perkara ini hadir secara seimbang dalam kehidupan kita.

Saturday, June 6, 2009

Kebebasan.

Kebebasan itu kita kena perjuangkan.

Jika kebebasan kita disekat, kita perlu persoalkan.

"Kenapa kebebasan aku disekat?" perlu dilaungkan dengan lantang.

Jika kebebasan disekat, kita kena berjuang untuk mencapai kebebasan.

Rasional atau radikal, kamu pilih caranya.

Faham?

Friday, June 5, 2009

New Stocks @ Dirt-Tee Clothing Shop, Ipoh Parade.

New stocks of Art Syndrome's t-shirts are now available at Dirt-Tee Clothing Shop, Ipoh Parade. Hurry up and buy it while stocks last!!!

XS - 1, S - 1, M - 1

XS - 2, S - 1, M - 1

XS - 1, S - 1, M - 1, L - 1

XXS - 1, XS - 2, S - 2, M - 1

XS - 1, S - 1, M - 1, L - 1

Dirt-Tee Clothing Shop
Lot 10, Third Floor (Cultural Walk), Ipoh Parade, 105, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown, 30450 Ipoh, Perak.


Thursday, June 4, 2009

Masih.

Pada hari Khamis, 4 Jun 2009 jam 11.23 pagi, aku masih lagi berada di UTP, sedang duduk di hadapan komputer melakukan pembetulan demi pembetulan untuk FYP report.

"Bilalah semua ni nak berakhir? Haish..." soal hati aku sambil mengeluh.

"Woi, tak siap lagi ke report kau tu. Aku yang lambat present ni pun dah nak hantar hardbound report. Ha ha ha," jerit Azeem disusuli dengan gelak tawa mengejek.

"Eh, jumpa SV patut jam 11.00 pagi. Damn, dah terlambat ni," kata aku sambil capai tuala, berus gigi dan sabun menuju ke bilik air.

Wednesday, June 3, 2009

Bacaan.

You guys should read this book.

Seriously, please buy and read this book.

For more info, please visit this blog.

Dialog.

Aku: You should try read this blog. He writes good Malay poems.

Dia: Tak ada pun poems?

Aku: Cari kat older post. Yang latest post tak ada poems.

Dia: Ok. Try this blog. Tapi mesti you tak suka sbb hopeless.

Aku: Ha ah. Hopeless gila. Positif sikit, please?

Dia: Haha. What kill you will make you stronger.

Aku: Haha. Yelah tu. Dah kalau sejuta kali kena bunuh, syaitan pun boleh mati.

Tuesday, June 2, 2009

Lapang.

Bila papan kekunci telefon bimbit aku rosak, aku rasa runsing. SMS tak boleh dibaca, tak boleh juga dihantar. Nak dail nombor telefon pun menjadi rumit bukan lagi aktiviti rutin yang mudah. Ya, pada mulanya aku runsing. Berpuluh-puluh SMS telah masuk ke dalam inbox tapi tak ada satu pun yang dapat di baca. Mungkin mereka yang menghantar SMS ini tak baca blog atau Facebook, jadi aku rasa aku patut beritahu sekali lagi.

Tunggu sekejap. Nak copy and paste je.

"I am having a problem with my handphone. The phone keypad already kaput. I can't view any messages etc. If you need to contact me, do not message but please dial my number and call. I will buy a new handphone soon (in 2 weeks time)."

Ok. Sambung balik. Ya, pada mulanya aku runsing. Tapi selepas tiga hari berlalu, hidup yang aku jalani terasa tenang, setenang air di tasik. I'm back to where I used to be, the year of 2004, the year where I lived without a handphone but I still managed to do a lot of things without it. I still remember that everytime I went out, I brought an A4 paper full of my friends' phone numbers in my wallet and I will bring it out whenever I need to make a phone call. And, I still remember my friend used to say, "Inilah sim card paling besar dan paling nipis dalam sejarah hidup manusia," but I don't care because I don't feel it is necessary to have a handphone at that time.

Eh, dah jauh sangat merapu ni.

Ok, back to present and reality. I just want to say that currently I feel so damn good. Maybe, I don't need any handpone, now and forever. Hurm...

Monday, June 1, 2009

Art Syndrome @ Sakit Kepala Fest IV.

Let's rock n roll! Please, bring extra money cause you will need to get your hands on Art Syndrome's cool and nice t-shirts.

Subuh.

Aku jenguk kepala melihat keluar dari cyber cafe. Di jalan raya, kelihatan dua pasangan yang agak berumur berjalan sambil berpimpin tangan menghirup udara pagi yang segar. Ooops, mungkin kurang segar kerana lori dengan asap hitam yang tebal baru sahaja berlalu di sebelah pasangan tersebut.

Kenderaan sudah banyak, manusia sudah ramai, mata sudah kuyu. I guess it's a good time to walk back and get some good sleep.

Adios amigos.

Pengumuman.

This is important, please take note!

I am having a problem with my handphone. The phone keypad already kaput. I can't view any messages etc. If you need to contact me, do not message but please dial my number and call. I will buy a new handphone soon (in 2 weeks time).

Pagi.

I fell asleep while watching Yuna performing live at TV3 for Karnival Jom Heboh. She looks beautiful and she sang the song - Dan Sebenarnya greatly (and fyi, I'm selling her EP. Leave your comment here if you want to buy the CD from me).

When I woke up, it’s already 1 am in the morning. I admit that it’s quite tiring to open a booth nowadays. I guess I should start thinking to open my own clothing shop in 1-2 years from now. But, I must congratulate SoundMachine and the other supporting labels for their awesome job in making sure Sana Sini Seni be a great event. Congrats guys!

Anyhow, at 3 am in the morning I find myself starving like hell, so I decided to go to the nearest 7 Eleven and get my early morning breakfast, Maggi Hot Cup Perisa Tom Yam and Pepsi Super Big Gulp before heading to the cyber café that is close to the 7 Eleven. Eating Maggi Hot Cup Perisa Tom Yam and Pepsi Super Big Gulp while Facebook-ing, blogging (and looking at the pics of Heidi Klum) was the best thing I ever done in six months. What a fucking cool life, isn’t it?

But, this fucking cool life is going to end soon since I’m leaving to UTP this morning to do the clearance and hard bound for my FYP (Oh my fucking gosh, I can't believe that I still need to do something that is related to FYP. Damn it!). Arghhh, why I still need to go back to UTP? Can’t I just do it online from here? Can't I? Can't I? Haish...