Thursday, June 11, 2009

Khamis yang ennui.

Seperti semalam, aku bangun pagi. Lakukan rutin yang sama - gosok gigi, mandi di bawah pancuran air, lap badan, sarung collar t-shirt dan corduroy pants Padini (persalinan yang lain) dan sapu minyak wangi Calvin Klein Euphoria Men. Tapi pagi ini bila turun tangga, aku tak menjenguk ke arah cermin kerana hari ini aku tak perlu hantar dia ke mahkamah.

Aku pandu kereta Kenari ke kawasan Hartamas untuk jemput dia. Sebelum itu, aku singgah beli nasi lemak sotong kegemaran dia. Sampai di rumah dia, aku tanpa rasa segan & malu yang selalunya dimiliki oleh orang Melayu, telah menjemput diri sendiri masuk ke dalam rumah dia dan sarapan pagi bersama dia dan keluarga. Cool right? Yeah, I'm super cool, I know it.

Lepas sarapan pagi, aku bawa dia ke Kuala Lumpur Bar dan kemudiannya ke Malaysian Bar untuk hantar satu salinan Affidavit pada setiap Bar. Selesai urusan, aku hantar di ke pejabat yang terletak di sekitar KLCC sebelum pulang ke rumah. Pulang ke rumah, aku bercadang untuk bersiap ke OGA 2009 tetapi mata yang masih mengantuk dan belum boleh membiasakan dengan rutin harian yang baru menjemput aku ke kamar tidur.

"Bibik, nanti kejut saya jam 12.00 tengah hari tau!" jerit aku dari kamar tidur di tingkat atas kepada bibik yang berada di dapur.

Kesudahannya? Aku bangun tidur jam 4.00 petang dan terus bersiap untuk mengambil dia pulang dari kerja.

Khamis yang ennui bukan?