Wednesday, June 10, 2009

Mahkamah.

Mata tercelik seawal jam 6.50 pagi. Pusing kiri, pusing kanan bilik masih gelap dan sejuk. Kepenatan mengemas pakaian dan barang untuk pulang semalam masih terasa. Badan masih sengal-sengal akibat turun naik bilik yang berlokasi di tingkat 5 untuk memunggah barang ke dalam kereta. Badan yang masih mengantuk ini menjemput mata untuk kembali terkatup.

Bila aku tersedar kembali, jam sudah menunjukkan 8.15 pagi. Pada masa yang sama, telefon di tepi bantal juga berdering lalu aku angkat. "Dah bangun belum? You kena teman I pergi court pagi ni," tanya dia lembut. "I dah bangun lama la. Dah siap, tunggu you je datang," jawab aku dengan tenang dan yakin. "Ok, I'm coming in another 15 minutes," jawab dia sebelum meletakkan telefon.

Aku terus bangun dari katil, capai tuala dan meluru masuk ke dalam bilik air. Gosok gigi, mandi di bawah pancuran air, lap badan, sarung collar t-shirt dan corduroy pants Padini dan sapu minyak wangi Calvin Klein Euphoria Men. Turun tangga, aku tengok cermin untuk pastikan muka tidak nampak seperti penjenayah yang dalam perbicaraan kes Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.

Tepat jam 8.30 pagi, kereta Kenari milik dia sampai di depan rumah. Aku pandu kereta memasuki kawasan Kuala Lumpur menuju ke Jalan Tun Perak untuk mendapatkan cop & tanda tangan Affidavit daripada Pesuruhjaya Sumpah. Selesai urusan tersebut, aku pandu kereta menuju ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Dalam perjalanan ke sana, dia bersuara. "Nanti sampai sana, you tengok semua lawyer yang keluar dari mahkamah mesti muka stress." Aku tanya, "Kenapa camtu eh?" Dia jawab, "Sebab kes kena reject dengan hakim bla bla bla..." Ouh, bla bla bla tu sebab aku tak dapat recall apa ayat yang betul sebab ayat law macam pelik/serabut sikit.

Sampai di hadapan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, apa yang dikatakan oleh dia memang betul. Semua lawyer yang keluar dari mahkamah, muka dipenuhi seribu satu macam masalah dan kerisauan.

Aku: I think, I should open up my own consultant and teach them about stress management.

Dia: No. You should open up your own event management company and organized things like Family Day, bagi lawyer ni semua ceria sikit.

Aku: Ouh, betul juga. Good opportunity ni. Lawyer semua banyak duit. Cepatlah I kaya camni. Hehehe...

4 comments:

Hariry Ariffin said...

hehe. buat campaign "coping stress mechanism".

fara-fatihah said...

26th june. short call. 8.30am. attendance is compulsory. hehe:p

Rantong said...

Salam ziarah. Blog yang bermaklumat dan menarik.

View Profile: Rantong™

ajim said...

26th june nih jae ade event la..hehehe