aku tertidur semalam dengan magazine Malaysian Business masih di tangan.
seronok sungguh mengetahui yang orang melayu terkaya di Malaysia, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary berada pada senarai orang ke-5 yang terkaya di Malaysia pada tahun ini, naik 2 anak tangga dari no 7 pada tahun lepas.
kekayaan beliau juga bertambah dari 4,288.65 juta pada tahun 2007 kepada 8,550.00 juta pada tahun ini.
namun begitu, ini bukan tujuan utama coretan aku di pagi ini.
aku dapati pagi masih gelap, semua insan masih lena dibuai mimpi-mimpi indah mainan sang syaitan.
tapi aku? aku telah bangun pada jam 5.00 pagi.
naik gila juga memikirkan yang aku sudah terjaga jam 5.00 pagi.
tidurku tak lena!
jam 2.00 pagi aku terjaga. sambung tidur kembali..
jam 3.00 pagi aku terjaga lagi. sambung tidur kembali..
jam 4.00 pagi aku terjaga lagi. sambung tidur kembali..
jam 5.00 pagi aku terjaga lagi. argh, persetan sungguh!!!
kenapa aku tidak dapat tidur dengan nyenyak?
barangkali aku masih gembira kerana sebentar lagi aku akan pergi ke kemaman atas urusan kerja (walaupun aku masih seorang intern).
hahaha. aku gembira. sangat-sangat gembira!
tapi berdebar-debar juga rasa hati ini.
sudah hampir 19 tahun aku tidak menaiki kapal yang terbang di udara.
mungkin rasa inilah yang menyebabkan aku tidak dapat tidur dengan lena.
namun begitu, aku berharap perjalanan aku ke kemaman dan balik semula ke kota raya kuala lumpur ini akan selamat.
azan telah sayup kedengaran.
jam di desktop menunjukkan sudah jam 6.14 pagi.
sialan!!! leka sungguh aku menulis tanpa menyedari masa berlalu begitu pantas.
airport limo yang dipandu oleh encik othman akan sampai jam 6.30 pagi.
aku ingin mandi dan solat subuh.
happy good day everyone!
EAT SMART: ROASTED PEPPER + ONION PESTO TART
7 years ago
1 comment:
cey.pg kemaman pon nait belon.
Post a Comment