Friday, August 8, 2008

Ideologi: Majukan Diri Sendiri, Beri Sumbangan Balik Kepada Komuniti

Hujung minggu lepas aku minum dengan teman-teman di Pak Li Kopitiam, Shah Alam.

Teman-teman yang sedang bujang sebab girlfriend masing-masing sedang jauh ingin cuci mata lihat bidadari-bidadari dari kayangan kata mereka.

"Tipikal bujang," detik hati aku.

Kami duduk, order makanan dan minuman. Selesai makan kami berbual kosong mulanya tapi sekejap saja sebelum teman-teman mula cerita pasal politik Malaysia.

Pas dengan perjuangan Islam.

UMNO dengan perjuangan Melayu.

Banyak yang dibincangkan, aku hanya diam mendengar. Cuba memahami isu-isu politik Malaysia yang bosan sebab bagi aku politik itu kotor.

Lepas 30 minit dengar perbincangan yang tak akan habis, aku sampuk.

"Ideologinya mudah je. Kita Melayu kan? Kita Islam kan? Sekarang apa yang patut kita buat, kita majukan diri, kita jadi yang terbaik dalam apa yang kita lakukan," kata aku serius.

Aku hela nafas, aku sambung.

"Bila kita dah jadi yang terbaik dalam apa yang kita ceburi, bila kita dah kaya-raya jangan kita lupa komuniti kita.Kita sumbang balik apa yang kita dapat kat komuniti kita, kita sebarkan ideologi yang sama," terang aku panjang lebar.

"Macam mana kita nak buat?" tanya teman-teman lebih lanjut.

"Kita buat yayasan bantu komuniti kita dari segi pendidikan. Kita buka kolej atau universiti supaya komuniti kita boleh sambung pelajaran. Kita buka syarikat dan ambil komuniti kita bekerja, as simple as that," ujar aku.

"Tapi ingat, majukan dulu diri sendiri dan jangan lupa untuk berbakti balik kepada komuniti kita bila dah berjaya. Semoga kita sentiasa jadi manusia yang sedar asal-usul," aku ingatkan diri sendiri dan teman-teman.

7 comments:

Anonymous said...

halluu mr.jae.yep,agree wif u.majukan diri kita dulu b4 help anak bangsa.perbetulkan niat,kukuhkan tapak n tingkatkan kualiti diri n dun 4get Allah d Almighty alwaz come 1st.idup lbh berkat wif d blessing ;)
well..still wanna play hide n seek game.dun want 2 reveal who i am.let guess!!haha.have a nice day bro..chow.

Anonymous said...

ideologi lucah~!!!
wahahahaha...
think bout it...

the Haz-one said...

orang pernah bertanya,
"kenapa perjuang melayu, bukan Islam?"

maka aku menjawab...

"Islamku didukung Melayuku..."

Unknown said...

betul tu bro...
but..
hmm...

Anonymous said...

politik msia
- byk provokasi dan persepsi...
bangsa
- ketuanan melayu sesuatu yg pasti..
agama
- islam agama yg kta anuti...
solution
- org luar pijak melayu kita lawan..
- org persendakan islam kita tentang..

Ameirul Azraie Bin Mustadza said...

bagusnya kalau sume ade kesedaran camni :)

izzati said...

jauhnye lepak kt pak li kopitiam..hehe