Monday, March 3, 2008

berlari ke langit?

kenapa mahu berlari ke langit?
jika engkau mahu melarikan diri.
jika engkau mahu menyembunyikan diri.
jika engkau benci pada kehidupan.
jika engkau benci kepada manusia dan hipokrasi.
kenapa engkau tidak berlari ke uranus ataupun pluto.
kenapa engkau tidak berlari keluar dari galaksi bima sakti ini.
kerna langit adalah sesuatu yang mampu diterokai oleh manusia.
melainkan engkau berlari ke langit yang pertama maka engkau selamat di sana.
engkau berjaya melarikan diri.
engkau berjaya menyembunyikan diri.
engkau sudah jauh dari kehidupan.
engkau sudah jauh dari manusia dan hipokrasi.
kenapa perlu berlari ke langit sedangkan engkau ada bumi yang luas untuk diterokai?

No comments: