Monday, March 3, 2008

hadapilah hari esok dengan tabah

waktu ini engkau sedang tidur di atas kerusi.
entah kerusi apa aku juga tidak tahu.
entah lena tidurmu ataupun tidak.
barangkali kau sedang bersedih?
barangkali kau sedang takut?
takut untuk menghadapi hari esok?
hari esok yang tidak ada kepastian.
hari esok yang perlu dicorakkan agar menjadi lebih menarik.
aku percaya engkau seorang yang kuat.
aku percaya engkau juga seorang yang tabah.
aku percaya engkau mampu mengharungi hari esok.
apa yang kau perlu lakukan hanyalah untuk menghadapi hari esok dengan senyuman.
hadapilah hari esok dengan tabah.
tapi jika dengan menangis mampu melegakan perasaanmu, menangislah sekuat mana yang kau mahu.
luahkanlah perasaan sedih itu.
luahkanlah perasaan takut itu.
jangan terlalu berahsia seorang diri.
jangan dipendam sehingga memakan diri.
jangan biarkan perasaan mengawal diri.
kau perlu lebih kuat, lebih tabah.
aku yakin kau mampu lakukan.
aku akan terus berdoa untuk kau.
selamat malam buatmu yang sedang tidur di atas kerusimu.
semoga tidurmu dibuai mimpi indah.

No comments: